KEMUNCAK SAMBUTAN ULANGTAHUN KE-25 POKÉMON TCG DI AEON MALL SHAH ALAM
Tarian Pikachu yang comel |
Para peminat Pokémon semua, jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi Pameran Pokémon TCG, yang kini sedang dilangsungkan di AEON Mall, Shah Alam.
Dilancarkan pada 28 Januari 2022 di AEON MALL Metro Prima, Kepong, pameran ini telah menjelajahi beberapa buah pusat membeli-belah seperti di MyTOWNKL, Cheras pada 18 hingga 27 Mac 2022 dan di AEON MALL Bukit Tinggi dari 12 hingga 24 April 2022.
Pameran Pokémon TCG di ruang legar AEON Mall Shah Alam |
AEON Mall Shah Alam merupakan lokasi terakhir/penutup untuk acara tahun ini. Ia sedang rancak berlangsung dari 17 Mei sehingga 29 Mei ini.
Peminat Pokémon berkumpul di pameran Pokémon Trading Card Games ke-25 dengan pelbagai aktiviti yang menarik namun SOP terus dipatuhi |
Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk para peminat Pokémon. Acara tersebut mempamerkan Pokémon TCG: Celebrations cards, Pokémon TCG: Sword and Shield - Evolving Skies, dan Pokémon TCG: Sword and Shield - set pengembangan Fusion Strike. Peminat turut berpeluang untuk menukar kad mereka, menonton demonstrasi permainan video terbaharu, Pokémon Legend: Arceus, bermain Pokémon Ga-Olé dan membeli cenderahati rasmi Pokémon yang dibawakan khas dari Jepun.
Peminat turut berpeluang untuk menukar kad mereka di Pameran Pokémon TCG |
Karya seni karakter Pokémon turut dipamerkan |
Kad-kad Pokémon yang pastinya menawan hati para pengumpul kad |
Bergambar untuk kenang-kenangan dengan pelbagai prop dan latar belakang yang menarik |
Usaha ini diadakan untuk menunjukkan bahawa AEON bukan sekadar tempat membeli belah malahan memberikan pengalaman baharu lagi menyeronokkan kepada para pelanggannya.
Para peminat Pokémon, terutamanya kanak-kanak pasti akan terhibur dengan penampilan Pikachu pada setiap Sabtu dan Ahad yang merangkumi sesi ‘Meet & Greet’ (6 petang), ‘Walkabout’ (3 petang) dan Tarian (5 petang & 7 petang).
Jom kita kunjungi Pameran Pokémon TCG, yang kini sedang dilangsungkan di AEON Mall, Shah Alam. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://nano.site/pokemontcg25
Comments
Post a Comment