IKEA GESA PEMBELI PEMBUAT ESPRESO METALLISK UNTUK PULANGKANNYA KERANA RISIKO PRODUK PECAH
IKEA menggesa semua pelanggan yang memiliki pembuat espreso METALLISK untuk hob 0.4 l dengan injap keselamatan keluli tahan karat, cap tarikh antara 2040 dan 2204 (ttmm), berhenti menggunakannya dan menghubungi IKEA untuk bayaran balik penuh.
Keselamatan merupakan keutamaan teratas bagi IKEA dan oleh yang demikian kami memanggil balik pembuat espreso METALLISK dengan injap keselamatan keluli tahan karat, cop tarikh antara 2040 dan 2204 (ttmm), disebabkan meningkatnya risiko produk pecah semasa digunakan. Risiko meningkat selepas perubahan bahan dan binaan pada injap keselamatan, dan dengan itu hanya produk dengan injap keselamatan keluli tahan karat (berwarna perak/kelabu) yang termasuk dalam pemanggilan balik ini. Tiada unit lain yang terjejas oleh pemanggilan balik ini. Tiada insiden dilaporkan di Malaysia.
Pembuat espreso METALLISK dengan injap keselamatan keluli tahan karat, cop tarikh antara 2040 dan 2204 (ttmm), boleh dikembalikan di mana-mana gedung IKEA di kaunter Penukaran & Pemulangan untuk bayaran balik penuh. Bukti pembelian (resit) tidak diperlukan.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan IKEA di 03-7952 7575.
IKEA memohon maaf atas sebarang kesulitan yang mungkin disebabkan oleh pemanggilan balik ini.
Comments
Post a Comment