DILMAH TEA PERKENAL KONSEP BAHARU MENIKMATI KEMEWAHAN TEH
Dilmah Tea, jenama teh dipelopori oleh keluarga yang pertama seumpamanya yang dibangunkan oleh pengeluar teh, baru-baru ini menganjurkan Hari Penghargaan Teh dan memperkenalkan konsep serba baharu bagi minuman teh Dilmah kepada para profesional daripada industri hospitaliti, serta pengguna dan penggemar teh di Malaysia.
Berpaksikan tema “Crafting a 21st Century Luxury Tea Experience” (Rasai Pengalaman Teh Mewah Abad ke-21), Dilmah yang telah pun mempelopori ciptaan teh Ceylon yang asal, terus didorong untuk menjaga asal-usul dan kesegaran teh mereka, serta memperkukuhkannya dengan inovasi-inovasi teh yang baharu.
Teh Dilmah tidak asing lagi di Malaysia dan telah menjadi kebiasaan untuk seisi rumah di negara ini sejak lebih daripada 10 tahun yang lalu. Dengan membawa pengalaman minum petang yang menjangkaui secawan teh yang biasa, Dilmah menunjukkan pelbagai kegunaan rangkaian teh premiumnya yang enak digandingkan dengan pelbagai makanan kegemaran rakyat Malaysia seperti nasi lemak dan sate ayam.
Dilhan C. Fernando, Penanam Teh dan Ketua Pegawai Eksekutif Dilmah Tea. |
“Dari bentuk bumi, tanahnya, sehinggalah ke daun teh, kami mempercayai tenaga alam semula jadi dapat mempengaruhi setiap rasa dalam teh yang kami hasilkan di Dilmah. Kami menghormati, memelihara dan menghayati alam semula jadi dan membawa sentuhannya dalam setiap bancuhan teh untuk memastikan setiap teguk akan dapat dinikmati oleh seisi keluarga. Kami sangat gembira dapat kembali ke Malaysia untuk menganjurkan Hari Penghargaan Teh ini dan kami ingin mengingatkan rakyat Malaysia tentang kualiti dan keaslian secawan teh Dilmah,” kata Dilhan C. Fernando, Penanam Teh dan Ketua Pegawai Eksekutif Dilmah Tea.
Antara pilihan rangkaian teh premium ini termasuk:
- Tea Makers Private Reserve: Koleksi eklektik teh yang jarang dijumpai, dipilih sendiri oleh Pengasas Dilmah, Merril J. Fernando, menjadikannya antara pilihan teh terbaik dan paling eksklusif di dunia. Tea Makers Private Reserve boleh didapati dalam daun teh longgar atau pek makanan secara pukal.
- Silver Jubilee Gourmet Tea: Pilihan campuran daun teh Gourmet Black, Green, White dan Infusions ini disediakan untuk meraikan warisan jenama Dilmah; semangat dengan tujuan penubuhannya. Herba teh ini telah menerima sentuhan abad ke-21, membentuk pilihan cita rasa teh gourmet seperti infusi elderflower bersama epal, ros Ceylon dan pudina, dan banyak lagi. Rangkaian teh ini boleh didapati dalam pek makanan secara pukal, uncang, atau daun teh longgar.
- t-series Designer Gourmet Tea: Rangkaian teh ini merupakan gandingan sempurna untuk setiap emosi, sesuai untuk dinikmati pada waktu berbeza dalam sehari. Rangkaian ini menyajikan pelbagai jenis teh gourmet berjenama termasuklah yang jarang dan istimewa seperti Ceylon Silver Tips dan Seasonal Flush. The Seasonal Flush oleh t-Series ialah teh yang sangat jarang ditemui kerana ia merupakan hasil daripada fenomena bermusim yang hanya berlaku dua kali setahun.
- Dilmah Exceptional: Dilmah Exceptional merupakan campuran infusi herba yang elegan, penuh dengan rasa dengan sentuhan lembut dan wangian yang halus dan menyenangkan.
- Yum Teas & Infusions: Rangkaian ini adalah gabungan sempurna keenakan teh dan herba, penuh dengan antioksidan. Setiap teh dibungkus secara individu dalam uncang teh terbiodegradasi 100%.
Seorang pakar pembancuh turut hadir untuk menampilkan beberapa resipi koktel dan mocktail baharu, masing-masing dengan rasa unik tersendiri. Dilmah turut berinovasi dengan meneroka pelbagai cara teh boleh dinikmati sebagai pencuci mulut! Teh boleh dicampur dengan coklat dan pencuci mulut biasa, atau ia juga lazat sebagai pencuci mulut yang berasaskan teh.
Di acara itu juga, sesi gandingan makanan ini turut menggandingkan teh t-series Dilmah dengan pencuci mulut yang lazat seperti fudge coklat, biskut dan aiskrim krim, serta pai epal.
“Rakyat Malaysia sudah biasa dengan budaya meminum teh, sama ada sebagai sebuah aktiviti sosial atau tradisi keluarga. Di Dilmah, kami ingin terus menjadi sebahagian daripada hidup rakyat Malaysia dengan memperkenalkan cara baharu untuk menghargai, menikmati dan meraikan teh,” tambah Fernando.
Untuk maklumat lanjut dan terkini mengenai Dilmah, sila layari:
- Laman web di https://www.dilmahtea.com/
- Halaman Instagram di https://www.instagram.com/dilmahceylontea/
- Halaman Facebook di https://www.facebook.com/dilmah/
- Halaman YouTube di https://www.youtube.com/c/DilmahRealTea
Comments
Post a Comment