HERBALIFE NUTRITION LANCARKAN KOPI PRA-CAMPUR BERPROTEIN TINGGI


Syarikat pemakanan global terulung, Herbalife Nutrition, hari ini melancarkan High Protein Premix Coffee, yang merupakan adunan kopi fungsian pertamanya di Malaysia. Minuman kopi ini merupakan alternatif berprotein tinggi bagi minuman kopi ais popular yang boleh didapati dan dinikmati di kafe dan tempat menjamu selera tempatan seperti kedai mamak dan kedai kopi.

High Protein Premix Coffee keluaran Herbalife Nutrition mengandungi 15 gram protein, tetapi hanya 80 kalori untuk setiap hidangan. Dengan pilihan perisa Café Latte dan Mocha, minuman kopi berkhasiat baharu ini boleh dinikmati pada tengah pagi atau petang, tanpa rasa bersalah, untuk memberikan suntikan tenaga yang diperlukan.

“Memandangkan pengguna hari ini lebih menitikberatkan soal kesihatan dan kesejahteraan, lebih-lebih lagi dengan peralihan daripada fasa pandemik kepada endemik, kami mendapati ada peningkatan jelas permintaan bagi diet yang lebih sihat dan pengambilan makanan fungsian,” kata Steven Chin, Pengarah Kanan/Pengurus Besar, Herbalife Nutrition Malaysia dan Singapura. “High Protein Premix Coffee dirumuskan khas untuk pengguna yang bukan sahaja inginkan ledakan tenaga yang boleh diperolehi daripada kopi, tetapi juga mahu mengurangkan pengambilan kalori, lemak dan gula daripada pilihan yang sedia ada di kafe. Selain daripada menjadi minuman kopi yang boleh disediakan dengan mudah, produk kami juga membolehkan pengguna menikmati minuman kegemaran mereka setiap hari dengan kandungan protein yang tinggi.”

Beliau menambah, “Walaupun ramai di antara kita yang bersarapan dengan secawan kopi, kita mungkin kurang memikirkan tentang ramuan yang terkandung di dalam kopi. Hakikat ini boleh menyebabkan rakyat Malaysia mengambil gula dan lemak secara berlebihan bersama minuman kopi, yang mungkin meningkatkan risiko penyakit tidak berjangkit seperti kegemukan dan diabetes. Menerusi High Protein Premix Coffee, kami membolehkan pengguna menikmati minuman kopi mereka dengan mudah dan sekali gus memanfaatkan khasiat kebaikannya.”

Pelancaran High Protein Premix Coffee oleh Herbalife Nutrition juga memenuhi keperluan yang semakin meningkat bagi pasaran kopi Asia Pasifik yang dijangka minum lebih banyak kopi dari sekarang sehingga 2024. Menurut Market Research, segmen kopi segera Malaysia diunjurkan mencatatkan kadar pertumbuhan 7.21% setahun dari 2020 hingga 2025. Di samping itu, tinjau selidik sarapan Herbalife Nutrition baru-baru ini yang membabitkan 5,500 orang di 11 pasaran Asia Pasifik mendedahkan bahawa kopi adalah satu daripada minuman sarapan paling kerap diminum di Malaysia setiap hari.



Boleh disediakan dengan mudah dalam masa beberapa saat, pengguna hanya perlu campur dua sudu High Protein Premix Coffee dengan air, goncang dan tuang ke dalam cawan berisi ais untuk menikmati minuman yang lazat lagi menyegarkan untuk memberikan tenaga kepada mereka sepanjang hari. Setiap hidangan High Protein Premix Coffee Herbalife Nutrition mengandungi:

· 15 gram protein
· 80 kalori
· 80mg kafein

Comments

Popular posts from this blog

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA