LOVE IN RESORTS WORLD GENTING - JOEY YUNG THE TOUR ASIA


Diva Cantopop dari Hong Kong, Joey Yung bakal menggegarkan Arena of Stars di Resorts World Genting dengan konsert solonya pada 5 November ini di Genting Highlands. 

Susulan pembatalan konsert 2020 LOVE World Tour dan Joey Yung The Tour “Love in Genting” di bulan Mac 2020 kerana pandemik Covid-19, Yung telah meluangkan masanya di negara China untuk merakam lagu-lagu baharu seperti Live in the Moment, Gone with the Flare, So Fresh (featuring Dany Lee) dan After All These; serta terlibat dalam siri realiti dan log percutian.

Jangan ketinggalan untuk berpesta bersama Yung dalam sambutan ulang tahun ke-20 penglibatannya dalam industry muzik di Arena of Stars pada 5 November 2022. Pemegang-pemegang tiket Joey Yung The Tour “Love in Genting” 2020 Concert boleh menukarkannya untuk tiket konsert baharu ini.

Tiket-tiket Love in Resorts World Genting - Joey Yung The Tour Asia bakal dijual mulai 15 Ogos 2022, dengan harga RM1,026 (VIP), RM776 (PS1), RM506 (PS2) dan RM316 (PS3). Yuran pemprosesan RM4.00 bakal dikenakan. Ahli-ahli GRC (Genting Rewards Card) boleh mendapatkan diskaun standard 10% untuk kategori tiket VIP, PS1 and PS2 sahaja. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.rwgenting.com.

Comments

Popular posts from this blog

MALAM GEMILANG GENKRU: DARI 'FANATIK' HINGGA 'AWAS', KRU BUKTIKAN KEUNGGULAN!

TARIKAN BAHARU GAMUDA COVE: PENGALAMAN UNIK UNTUK PENCINTA ALAM & KELUARGA

MEMAHAMI MAKANAN ULTRA-PROSES: ANTARA KEPERLUAN DAN RISIKO KESIHATAN

BOH CAMERONIAN ARTS AWARDS 2025: MEMPERINGATI PERINTIS, MERAIKAN BAKAT BAHARU