REVIEW: GADIS JOLOBU THE MOVIE - FILEM KOMEDI ROMANTIK DENGAN SENTUHAN BUDAYA NEGERI SEMBILAN
Get link
Facebook
X
Pinterest
Email
Other Apps
-
Dari sebuah lagu duet Hattan bersama Waris yang mencapai hampir 10 juta tontonan di YouTube, kini Gadis Jolobu diangkat ke layar perak. Filem Gadis Jolobu The Movie bergenre komedi romantik arahan CL Hor bukan sahaja mengetengahkan dialek Negeri Sembilan, malah, mengangkat keunikan adat pepatih dan keindahan budaya Minangkabau sebagai tarikan.
Projek mega dimeterai antara syarikat hiburan terkemuka Asia Pasifik, Tremendous Entertainment dan Zebra Studio Sdn Bhd diterajui pelakon, penyanyi dan pelawak berpengalaman seperti Datuk Hattan, Khir Rahman, Joey Daud serta memperkenalkan bintang baharu yang juga pengacara, Ahirine Ahirudin.
Pengasas dan Pengarah Zebra Studio, Saraleana Nattaya Azmi berkata, idea menghasilkan filem ini tercetus ketika bertemu dengan Hattan pada 2019.
“Sebagai legenda rock, Hattan tidak pernah memegang watak hero sepanjang berkecimpung dalam industri seni tanah air,” katanya.
Kata Saraleana lagi, pihaknya juga berbincang dengan Hattan untuk menghasilkan filem yang mempunyai elemen muzikal dan banyak lagu seperti zaman Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan filem Bujang Lapok dulu.
“Bukan senang menampilkan filem genre komedi yang ada sentuhan klasik, tetapi pengarah berpengalaman seperti CL Hor berjaya merealisasikannya,” katanya.
Mengulas penampilan Ahirine, kata Saraleana, sebagai penerbit visinya untuk mengetengahkan bakat baharu dalam industri seni.
“Pengarah, CL Hor sendiri memilih Ahirine menerusi proses uji bakat.
“Ahirine bukan sahaja memiliki kecantikan asli, malah, sanggup belajar dialek Negeri Sembilan walaupun gadis dibesarkan di bandar.
“Saya berpuas hati dengan hasil lakonan Ahirine sebagai muka baru dalam industri seni,” katanya.
Beralih cabaran sebagai penerbit, Saraleana berkata, dia perlu menyelesaikan penggambaran filem Gadis Jolobu The Movie dalam tempoh 14 hari ditetapkan.
“Penggambaran filem membabitkan lokasi sawah padi di Kampung Lonek, Batu Kikir, Negeri Sembilan pada Mac lalu.
“Saya turun padang dalam keadaan cuaca panas untuk memastikan filem ini selesai penggambaran dalam tempoh ditetapkan.
“Saya bersyukur Golden Screen Cinemas (GSC) memberi sokongan pada pembikinan filem dan memilih tarikh tayangannya pada 4 Ogos ini,” katanya.
Menyentuh soal kutipan filem, Saraleana berkata, dia tidak mensasarkan kutipan pecah panggung di pawagam tempatan.
“Kami terbit filem Gadis Jolobu The Movie untuk pasaran Malaysia dan peringkat global.
“Selepas selesai tayangan di pawagam tempatan pada Ogos, filem ini akan di bawa ke Brunei Darussalam, Indonesia dan Thailand.
“Kami juga merancang untuk melakukan wayang pacak filem Gadis Jolobu The Movie sekitar Negeri Sembilan pada September depan,” katanya.
Menerusi filem ini, Hattan membawa watak Atan, Joey Daud (Ajoi), Khir Rahman (Acong) dan Ahirine (Jijah).
SINOPSIS:
Gadis Jolobu The Movie memaparkan kisah tiga bujang terlajak yang rapat sejak kecil dan berusaha mencari jodoh di kampung halaman.
Sumpahan ‘lambat sunat, lambatlah kahwin’ sering bermain dalam fikiran menyebabkan mereka berusaha mencari jodoh walaupun menghadapi pelbagai dugaan.
REVIEW:
Jalan cerita filem tidak memerlukan
penonton mengerahkan otak. Kebanyakan adegan-adegan lucu dilaksanakan secara fizikal
dan bukan tersirat. Contohnya, teknik “slow-mo” dalam adegan aksi yang
digunakan boleh membuatkan penonton ketawa berdekah-dekah.
Dari segi lakonan, Joey Daud paling
menyerlah dalam filem ini dan berjaya menghidupkan watak Ajoi yang berlidah pendek dengan comedic
timing yang sangat on point! Dato Hattan juga harus diberi pujian atas cubaan
pertamanya dalam watak komedi, walaupun ada kalanya beliau kelihatan agak
serius.
Jiwa filem ini terletak pada keunikan
budaya Minangkabau masyarakat setempat di Negeri Sembilan kerana inilah yang
membezakan filem ini dari filem-filem komedi romantik yang lain. Kemuncak filem
ini menampilkan adat berkedim yang diadakan jika seseorang dalam masyarakat Adat Perpatih
yang ingin menukar sukunya kepada suku lain atas sebab perkahwinan.
Kepada mereka tidak mahir bertutur dalam loghat
Negeri Sembilan, usah khuatir kerana sarikata yang diberikan dalam Bahasa
Malaysia dan Bahasa Inggeris adalah mantap sekali terjemahannya.
Sebagai kesimpulannya, Gadis Jolobu The
Movie sangat sesuai untuk mereka yang inginkan hiburan ringan dan suasana
santai di pawagam.
Gadis Jolobu The Movie akan menemui penonton di pawagam GSC di seluruh negara dan platform Over-The-Top (OTT), Get PLAY bermula 4 Ogos depan.
Pada 28 Ogos 1957, iaitu beberapa hari sebelum sambutan Merdeka, The Federal Kuala Lumpur melakar sejarah apabila membuka pintunya sebagai cermin kemodenan tanah air yang baru merdeka. Hari ini, selepas proses transformasi yang menyeluruh, hotel ikonik ini kembali beroperasi di pusat Bukit Bintang, bersedia mengalu-alukan generasi baharu melalui warisan seni binanya yang segar.
Watsons Malaysia terus memperkukuhkan kedudukannya sebagai peruncit kesihatan dan kecantikan terkemuka negara menerusi penganjuran “Watsons Biggest Health & Beauty Expo 2026”, sebuah acara pengguna berskala besar yang menghimpunkan lebih 200 jenama kesihatan dan kecantikan, inovasi produk terkini serta pengalaman eksklusif untuk ahli di bawah satu bumbung.
BONIA baru-baru ini menyingkap tirai dunia #LiveToMyRhythm menerusi penampilan julung kali pelakon, penyanyi dan usahawan terkenal Thailand, Namtan Tipnaree, di Malaysia selaku Brand Muse BONIA bagi koleksi Musim Luruh/Dingin 2026.
AstraZeneca Malaysia dan Persatuan Nefrologi Malaysia (MSN) hari ni telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) selama dua tahun untuk bekerjasama di atas inisiatif yang bertujuan meningkatkan kesedaran dan pemahaman mengenai aHUS, sejenis penyakit jarang jumpa yang boleh mengakibatkan kerosakan buah pinggang yang teruk serta komplikasi organ lain jika tidak dikesan dan diuruskan pada peringkat awal. Dari kiri - Dr Nur Syimah Izzah Abdullah Thani, Pengarah Hal Ehwal Korporat AstraZeneca Malaysia; Profesor Dr Lim Soo Kun; Dr Rosnawati Yahya; Dr Izzuna Mudla binti Mohamed Ghazali, Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia; Kshitij Varma; Fashli Aziz; serta Encik Choo Kok Ming, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia. Di bawah MoU tersebut, AstraZeneca Malaysia dan MSN akan meneroka inisiatif untuk memperkukuh kesedaran dan pendidikan mengenai penyakit dalam kalangan professional penjagaan kesihatan, menyokong ...
MICHELIN Guide baru-baru ini mengumumkan senarai hotel pilihan 2026, yang kini boleh diakses menerusi platform MICHELIN Guide ( MICHELIN Key Hotels 2025: Senarai Hotel Pilihan di Seluruh Dunia ). Pelancong boleh meneroka senarai hotel baharu, menyemak pengiktirafan MICHELIN Key bagi setiap hotel, serta mendapatkan inspirasi untuk penginapan mereka.
Comments
Post a Comment