SOKONG PEREKA FESYEN LOKAL ANDA SEMPENA JUALAN MEGA 9.9 BERSAMA SHEIN


SHEIN, peruncit dalam talian yang menghimpunkan produk fesyen serta gaya hidup; senantiasa berusaha dalam memegang visinya untuk menyokong rekaan pereka tempatan. Sama ada menerusi reka bentuk, seni mahu pun apa jua yang terkait; para pereka tempatan telah mengekspresikan diri mereka secara kreatif. 

Secara tidak langsung, mengambil perhatian SHEIN untuk menghadirkan peluang buat mereka. Bukan sahaja membanggakan negara, barisan pereka lokal ini juga berjaya meraih pelbagai anugerah di kalangan warga serantau yang mengambil bahagian dalam Cabaran SHEIN X 100K pada tahun 2021. 

 Li Wen dinobatkan Anugerah Paling Kreatif 

Berikutan dari acara itu, pereka fesyen lokal, Li Wen dinobatkan Anugerah Paling Kreatif dalam pengolahan rekaannya yang membiaskan rona serta cetakan kontras. Manakala, Brian Khoo pula meraih Anugerah Pilihan Pengundi. Lantas, koleksi garapan kedua pereka tempatan ini tampil dijual di SHEIN. 

Brian Khoo pula meraih Anugerah Pilihan Pengundi

Lazimnya, ia adalah sukar buat para pereka untuk menterjemah lakaran karya mereka daripada cebisan kertas kepada ceraian pakaian sebenar. Apatah lagi bila untuk memasarkan pakaian itu kepada khalayak global. SHEIN menawarkan sokongan buat para pereka baharu ini untuk mempamerkan ciptaan mereka kepada pasaran global. 

Dengan adanya kerjasama daripada SHEIN, para pereka ini mendapat bimbingan dari permulaan sehingga akhir - dalam proses pensampelan, pengeluaran dan pengedaran. 

Yaya Zahir

Pengkarya digital, pelakon, penerbit, model dan hos televisyen; Yaya Zahir juga merupakan salah seorang pereka yang pernah berkolaborasi bersama SHEIN. Di mana, bintang realiti tv ini melancarkan koleksi SHEIN X YAYA ZAHIR yang menampilkan rangkaian pakaian statement bersentuh gaya quirky juga tampil berwarna-warni. “SHEIN benar-benar percaya pada kreativiti para pereka tanah air dan saya sangat bersyukur kerana SHEIN kini memberi platform untuk menonjolkan karya kami,” kongsi Yaya Zahir. 

“Saya gembira kerana akhirnya saya berpeluang untuk membentangkan rekaan pakaian saya kepada umum.” Sehingga hari ini, 12 pereka tanah air; termasuk Miriam Omar, Sherwan Rozan, Carson Wong, Laven.L, Valerie Hsin, AIYMY, JewelSum, ZUUSAHA dan Season Lye tampil membahu program SHEIN X. Miriam Omar adalah satu-satunya pereka dari Asia Tenggara yang dipilih untuk pementasan fesyen virtual #SHEINforall buat musim bunga/panas 2022. Sekali gus, membiaskan kredibiliti serta kualiti para pereka fesyen tanah air yang boleh diakses global. 

Rekaan Brian Khoo

Bentangan karya yang penuh gaya kreasi kumpulan pereka berbakat ini memeterai sokongan penuh SHEIN terhadap hasil kerja pereka serta pengkarya tempatan. “Sangat paling menggembirakan bila dapat melihat jenama antarabangsa memberi pengiktirafan kepada pereka fesyen Malaysia,” kata pemenang Anugerah Paling Kreatif Cabaran SHEIN X 100K; Li Wen. 

 Rekaan Li Wen

“Semoga ia memberi inspirasi kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk menceburi bidang reka bentuk fesyen.” Pada 9 September ini, SHEIN bakal melancarkan Jualan Mega 9.9. Sekali gus, menjangkakan diskaun sehingga 90% menerusi laman sesawang juga aplikasi mudah alih SHEIN. 

Dari 26 Ogos sehingga 13 September, hasil karya 12 pereka lokal ini menjadi sebahagian daripada acara jualan. Di samping itu, dari 9 sehingga 11 September ini, SHEIN turut melancarkan penghantaran percuma untuk pembelian daripada pereka tempatan tanpa perbelanjaan minimum. Layari https://my.shein.com/, atau ikuti akaun Facebook dan Instagram SHEIN Malaysia untuk mula menambah ceraian pakaian buat gerobok fesyen anda. 

Muat turun aplikasi SHEIN Malaysia di App Store dan Google Play kerana jualan #SHEIN99 semakin hampir. #supportlokal lantas olahkan sisi versi terbaik anda bersamanya.

Comments

Popular posts from this blog

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!

FIRETALK 2024 BY NOURUL DEPP KEMBALI SUNTIK MOTIVASI, UBAH MENTALITI

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES