NESPRESSO MALAYSIA BERGANDING BAHU DENGAN 10 BARISTA KOPI UNTUK MENAMPILKAN CITA RASA YANG TIDAK DAPAT DILUPAKAN


Mencari secawan kopi terbaik dengan rasa yang tidak dapat dilupakan bukanlah satu tugas yang sukar, terutamanya dengan Nespresso. Sebagai pemburu kualiti kopi yang unggul, Nespresso percaya bahawa rasa yang tidak dapat dilupakan muncul apabila penggemar kopi menikmati rasa dan aroma kopi yang segar dan terbaik dengan mesinnya yang anggun dan premium. Apa yang diperlukan hanyalah satu sentuhan butang.

Sempena Hari Merdeka, Nespresso bekerjasama dengan Barista Guild Asia untuk memahami cita rasa yang tidak boleh dilupakan oleh rakyat Malaysia. Sepuluh barista yang terpilih daripada Barista Guild Asia akan mencipta dua resipi kopi yang memenuhi selera rakyat Malaysia dengan menggunakan kopi terbaik dan segar daripada Nespresso.

Untuk resipi pertama, para barista perlu mengingati rasa yang tidak dapat dilupakan dan menterjemahkannya ke dalam secawan kopi yang selama ini kekal dalam ingatan mereka. Untuk resipi kedua, para barista akan mengadunkan kopi Nespresso dengan bahan tempatan kegemaran rakyat Malaysia, seperti gula melaka, pandan dan banyak lagi. Nespresso akan berkongsi resipi ini di platform media sosialnya untuk rakyat Malaysia mengundi resipi kegemaran mereka. Nespresso kemudiannya akan menyajikan resipi yang mendapat undian paling tinggi di Butik Nespresso untuk masa yang terhad.

Nespresso Gula Melaka Coffee

“Di Nespresso, kepastian kualiti kopi merupakan asas kepada semua yang kami lakukan. Kami didorong untuk memberi peluang kepada peminum kopi di Malaysia menikmati rasa yang tidak dapat dilupakan yang dibawa oleh kopi Nespresso, kopi yang paling segar dan terbaik dengan satu sentuhan butang melalui mesin kopi Nespresso. Kami percaya setiap orang mempunyai cita rasa masing-masing yang tidak dapat dilupakan. Inilah sebabnya kami teruja untuk melihat bagaimana barista dari Barista Guild Asia bereksperimen dengan kopi terbaik daripada Nespresso dan mencipta secawan kopi yang tidak dapat dilupakan oleh mereka dan masyarakat Malaysia,” kata Floriane Novello, Pegawai Eksekutif Perniagaan Nespresso Malaysia.

Bebaskan Aroma Harum daripada Kopi yang Lebih Berkualiti…

Nespresso berbangga menghidangkan secawan kopi terbaik dan segar. Ia mewujudkan rangkaian kopi berprestij bermula dengan memetik biji kopi dari sumber yang terbaik sehingga penjagaan hasil kopi yang teliti dan kepakaran pengeluaran yang ketat. Biji kopi hijau terbaik akan menjalani 70 pemeriksaan kualiti untuk memastikan aroma dan profil rasa tertentu dipenuhi.

Pakar pembancuh, pemanggang dan pengisar daripada Nespresso akan mengambil alih untuk menyerlahkan potensi penuh kacang sebelum serbuk kopi segar dikedapkan dalam kapsul aluminium yang boleh dikitar semula. Proses pembuatan kopi yang ketat menjamin hasil dalam cawan yang konsisten.

Kepelbagaian jenis kopi – daripada Ispirazione Italiana yang memberi penghormatan kepada tradisi pemanggangan Itali yang ikonik, kepada rangkaian World Explorations yang diilhamkan oleh budaya kopi yang kaya dari seluruh dunia – memastikan semua jenis penggemar kopi mendapat hidangan kopi yang sesuai, sama ada secawan dengan rasa kacang yang kuat atau rasa buah yang manis dan halus.

…dengan Satu Sentuhan Butang

Secawan kopi segar dan lazat hanya dengan satu sentuhan sahaja. Dengan satu sentuhan butang, pam tekanan 19 bar dalam mesin kopi Nespresso akan menembusi kapsul dan membebaskan aroma kopi terbaik. Mesin ini menghasilkan krema yang kaya dan mewah untuk memberikan secawan kopi yang sempurna.

Bukan sahaja mesin kopi Nespresso mudah digunakan, ia juga mempunyai ciri-ciri yang canggih. Disanjung sebagai mesin kraf peribadi, Nespresso Atelier membolehkan peminum kopi mencipta pelbagai resipi kopi dan susu dengan mudah, sama ada panas atau ais. Nespresso Essenza Mini pula berupaya membancuh secawan kopi hitam yang kuat dengan mudah.

Mesin kopi Nespresso yang anggun dan kelihatan moden datang dalam pelbagai warna dan saiz yang membantu penggemar kopi, dan peminat reka bentuk dalaman meningkatkan suasana rumah mereka.

Sambut Merdeka dengan Rasa Malaysia

Sempena memperingati sambutan hari Merdeka, Nespresso Malaysia memperkenalkan Pek 8 bungkus Kegemaran Malaysia yang merangkumi kopi kegemaran rakyat Malaysia sepanjang zaman daripada rangkaian Ispirazione Italiana dan World Explorations. Mencerminkan rasa tempatan pada reka bentuk pembungkusannya, pek 8 unit ini berharga RM192.

Secawan kopi Nespresso yang terbaik dan segar (setiap unit; 10 kapsul setiap unit) hanya bermula dari RM23.50. Sementara itu, peminum kopi boleh membeli Nespresso Atelier pada harga RM1,799 dan Nespresso Essenza Mini pada harga RM649.

Kopi dan mesin kopi Nespresso boleh dibeli melalui Butik Nespresso di The Gardens Mall, Pusat Beli-belah 1 Utama, Sunway Pyramid, Pavilion Kuala Lumpur dan Gurney Plaza, Pulau Pinang; serta melalui aplikasi mudah alih Nespresso, laman rasmi Nespresso (www.nespresso.com) dan melalui Talian Khidmat Pelanggan kami di 1800 80 7001 (waktu operasi: setiap hari dari 08:00 hingga 22:00, bebas tol).

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Nespresso Malaysia, lihat halaman Instagram rasmi kami (@nespresso.my) atau laman Facebook (Nespresso.MY) untuk menerima kemas kini tentang tawaran terkini kami.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING