PLATFORM KECANTIKAN DAN PENJAGAAN KULIT, THREEBS, KINI MENAWARKAN PRODUK UNTUK IBU, KANAK-KANAK DAN HAIWAN PELIHARAAN


Laman web e-dagang kecantikan dan penjagaan diri terkemuka Malaysia, Threebs, mengumumkan usahanya untuk mengembangkan rangkaian produk yang dibawa melalui laman web yang memfokuskan kepada maklumat untuk semua penggunanya. Threebs kini menampilkan produk-produk baharu daripada pelbagai jenama dalam kategori penjagaan ibu, bayi dan haiwan peliharaan. Kira-kira 1,000 produk baru boleh didapati di laman e-dagang Threebs.

Pengumuman ini adalah selari dengan usaha Threebs untuk memperkasa pengguna kategori ini dengan memberi maklumat dan panduan yang lengkap bagi membantu pengguna membuat keputusan pembelian yang tepat, bersesuaian dengan keperluan sendiri atau untuk yang tersayang

“Dengan kejayaan kami dalam menyediakan perkhidmatan dan pendidikan berkualiti bagi penjagaan kulit dan kecantikan, kami mahu memberikan jaminan dan kemudahan yang sama untuk segmen pasaran yang lain juga. Dengan menawarkan produk penjagaan ibu, bayi dan haiwan peliharaan, ianya dilihat sebagai satu usaha yang bukan sahaja mampu menjana keuntungan, malah turut memberi impak kepada pengguna produk sebegini. Pelbagai variasi yang lengkap dengan butiran dan boleh disesuaikan dengan pengguna akan disediakan bagi memenuhi keperluan setiap individu,” kata Benjamin Songs, Pengarah Operasi Threebs.

Pengguna kini boleh mendapatkan produk berjenama seperti Sudocrem, Earth Mama, bunjie baby & Zesty Paw melalui laman web Threebs yang telah diberi nafas baharu. Jenama-jenama terkemuka ini telah menempa nama dalam industri tersendiri, dan sedang memulakan usaha mengembangkan capaian kepada lebih ramai pengguna melalui pendekatan berasaskan pendidikan oleh Threebs.

Tidak terhad pada jenama yang gah, Threebs kini menampilkan produk dari jenama-jenama yang sedang meningkat naik dan mempunyai peminat tersendiri seperti Mewoofun, Bioline, NaturVet dan Virbac.

“Kebiasaannya, pengguna akan keliru dan tidak pasti ketika membuat pembelian untuk produk sebegini. Tanpa maklumat atau nasihat yang betul, mereka mungkin tidak dapat memilih produk yang sesuai untuk kegunaan sendiri. Dengan kejayaan dalam kategori penjagaan kulit, Threebs turut berhasrat untuk menyediakan maklumat yang tepat kepada pengguna yang mencari produk penjagaan ibu, bayi dan haiwan peliharaan. Kami amat berbesar hati dalam memberikan sokongan melalui panduan lengkap di laman web Threebs, serta memberi cadangan produk melalui wakil khidmat pelanggan melalui Instagram, Facebook, e-mel dan blog kami. Dengan rancangan ini, tanda Threebs-isms boleh didapati untuk semua kategori,” tambah Benjamin.

Beauty Spellbook merupakan satu blog yang diuruskan oleh pakar dalaman serta penasihat jemputan Threebs. Blog ini dibangunkan untuk menyediakan panduan lengkap serta maklumat bagi pelbagai topik yang berkaitan dengan produk yang dijual. Dengan penambahan kategori baharu ini, Beauty Spellbook akan menampilkan konten yang bersesuaian, termasuklah untuk penjagaan ibu, bayi dan haiwan peliharaan.

“Apa yang kami kagumi tentang industri ini ialah pilihan produk yang banyak untuk pengguna. Namun, kebanyakan pengguna lebih memilih produk yang popular daripada memilih produk yang paling sesuai untuk mereka. Tubuh setiap individu adalah unik; oleh itu, keperluan bagi setiap dari kita adalah berbeza. Kami percaya bahawa pendekatan berasaskan ilmu dan pendidikan akan memberi manfaat kepada orang ramai dalam membuat pilihan yang bijak, bukan sahaja untuk produk penjagaan kulit, malah untuk produk penjagaan ibu, bayi dan juga penjagaan haiwan peliharaan. Inilah tujual asal penubuhan Threebs, untuk menganalisis industri dan mencipta solusi kepada masalah yang dihadapi oleh orang ramai,” tambah Benjamin.


Dengan tambahan kategori baru ini, pengguna yang ingin membeli mana-mana produk atau jenama baharu boleh menikmati potongan istimewa sebanyak RM10 bagi jenama terpilih dengan menggunakan kod promo NEW10 semasa proses pembayaran di platform Threebs.

Bagi menambah rangkaian produk yang ditawarkan, Benjamin dan yang lain sedang merangka rancangan untuk turut menawarkan wangian dan perkakasan rumah. Threebs juga dalam usaha memperkenalkan perisian pengecaman wajah terkini yang boleh mengimbas dan menganalisa muka pengguna bagi mengenalpasti masalah kulit dan memberikan cadangan yang bersesuaian.

Dilancarkan pada tahun 2021, Threebs bermula sebagai satu projek sesama rakan mengenai analisis pengguna. Threebs mula mengorak langkah sebagai salah satu pemain utama dalam industri setelah mengenalpasti permintaan yang tinggi untuk produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi serta isu-isu dalam pasaran Asia Tenggara. Kini, Threebs memiliki lebih 150,000 pengguna berdaftar dengan purata perbelanjaan sebanyak RM150 setiap bulan.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING