SCOTT’S GUMMIES DENGAN MULTIVITAMIN KINI DENGAN PERISA MANGGA YANG MENARIK


Kebanyakan ibu bapa bimbang tentang jumlah pemakanan yang diambil oleh anak-anak mereka setiap hari. Memandangkan penjagaan kesihatan anak-anak menjadi salah satu keutamaan mereka, ibu bapa selalunya mencari cara baharu untuk memberikan nutrien yang secukupnya untuk pertumbuhan yang sihat.

Scott’s Gummies dengan Multivitamin kini boleh didapati dalam perisa mangga, menyertai rangkaian perisa sedia ada seperti perisa Epal dan Tropika. Scott's Gummies dengan Multivitamin (diperkaya dengan Vitamin A, B6, C, D, E dan Zink) dirumus khas untuk kanak-kanak berumur lima tahun dan ke atas.

“Apabila bercakap tentang makanan atau vitamin, kanak-kanak agak memilih kerana mereka biasanya mempunyai pilihan rasa tertentu. Oleh itu, kami memastikan Scott's Gummies dengan Multivitamin memberi manfaat mikronutrien yang penting pada tahap optimum kepada kanak-kanak dalam perisa menarik yang sesuai dengan cita rasa mereka,” kata Bryan Wong, Pengurus Besar Kluster di Haleon MSB & Indo-China.

Berdasarkan IQVIA, Scott’s ialah jenama nombor satu di Semenanjung Malaysia bagi Kategori Makanan Tambahan Kesihatan Kanak-Kanak dan Vitamin C (Kanak-kanak). Scott's ialah jenama warisan yang lama, terkenal dengan rangkaian emulsi dan DHAnya.

Scott’s bekerjasama dengan Watsons Malaysia dalam usaha menjadikan produk Scott’s mudah diakses oleh pengguna di seluruh negara. Pengguna akan menikmati diskaun istimewa apabila mereka membeli-belah untuk rasa baharu Scott’s Gummies dengan Multivitamin daripada Watsons. Selain itu, pengguna yang membuat pembelian RM100 dan ke atas akan menerima hadiah selimut bercorak buaya. Promosi eksklusif ini bermula hari ini, 15 September 2022 dan akan berakhir pada 26 Oktober 2022.


Sempena pelancaran itu, sumbangan akan diberikan kepada Smile Train, sebuah organisasi antarabangsa yang menyediakan pembedahan pembetulan untuk kanak-kanak yang dilahirkan dan/atau hidup dengan sumbing bibir dan lelangit.

Hadir pada majlis pelancaran yang berlangsung di Pavilion Bukit Jalil itu ialah Scha Alyahya dan peserta rancangan permainan realiti, Generasi Z dan Z Power Kids. Scha berkongsi pandangan tentang pilihan Scott’s Gummies dengan Multivitamin untuk anak perempuannya, manakala peserta Generasi Z Musim ke-2 dan Z Power Kids Musim ke-3 mengambil bahagian dalam aktiviti yang menyeronokkan dan kompetitif.

Scott’s Gummies dengan Multivitamin dalam pelbagai perisa boleh didapati di semua farmasi utama, ia dijual pada harga runcit yang disyorkan RM46.50 untuk satu botol berisi 60 biji atau RM12.60 untuk satu pek 15 biji.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING