VIU MALAYSIA DAN REKA TEEMOR MAHU TAJA PAKEJ MAJLIS PERKAHWINAN IMPIAN BERNILAI RM350,000



Pernah dengar rakan-rakan atau keluarga anda bercerita tentang cabaran atau mimpi ngeri yang dihadapi ketika majlis perkahwinan mereka? Tahu sesiapa yang merancang majlis perkahwinan impian mereka, kemudian segalanya tidak kesampaian di saat-saat akhir?

Merancang perkahwinan sememangnya satu tempoh yang cukup memberi tekanan dan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, tekanan yang dihadapi pasangan pengantin semakin besar disebabkan pelbagai faktor. Malah, ada sesetengah pasangan yang terpaksa membatalkan majlis resepsi perkahwinan mereka di saat-saat akhir.

Oleh yang sedemikian, Viu Malaysia dan Reka Teemor ingin menaja pakej perkahwinan bernilai RM350,000 untuk menjadikan perkahwinan impian anda satu kenyataan, tanpa perlu sebarang drama.

Syaratnya, anda mestilah sudah berkahwin, tetapi belum sempat menjalankan majlis resepsi perkahwinan anda.

Apa yang anda perlu lakukan hanyalah berkongsi kisah bagaimana rancangan perkahwinan anda menjadi tunggang-terbalik atau tidak dapat dilangsungkan, dan mengapa anda perlu mempunyai majlis resepsi perkahwinan impian.

Pasangan bertuah akan berpeluang bekerjasama dengan perancang perkahwinan terkemuka, Reka Teemor untuk merealisasikan perkahwinan impian anda.

Terletak di Lembah Klang, Reka Teemor mempunyai pengalaman lebih 16 tahun dalam perniagaan pengurusan acara dan rekaan untuk perkahwinan. Malah ia terus meletakkan matlamat utamanya untuk menjadi antara perancang dan pereka majlis perkahwinan terbaik di Malaysia.

Peraduan ini berlangsung mulai 5 hingga 15 September 2022.

Untuk menyertai Peraduan Kisah Ijab Kabut Ku, ikuti akaun rasmi Viu Malaysia di Instagram dan Tiktok.

Kongsikan kisah cabaran yang anda hadapi sehingga tidak dapat melangsungkan majlis resepsi perkahwinan di akaun Instagram dan Tiktok anda, sama ada melalui gambar dengan kapsyen atau video.

Muat naik kisah anda di akaun Instagram atau TikTok anda dan tag @ViuMalaysia, dengan hashtag #KisahIjabKabutKu.

Kemudian, isi borang peraduan di sini. Pemenang peraduan akan diumumkan pada pertengahan September 2022.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING