5 KAFE YANG HARUS ANDA KUNJUNGI DI PAVILION BUKIT JALIL

Penat bershopping di Pavilion Bukit Jalil? Apa kata anda berehat sebentar dahulu untuk menikmati secangkir kopi segar dan sedikit kudapan sebelum anda meneruskan rancangan berbelanja di kedai-kedai kegemaran anda di sini? Kami senaraikan lima kafe yang harus anda kunjungi di Pavilion Bukit Jalil.

Dapatkan cita rasa kopi Itali di illy Caffè. Ia terkenal dengan campuran 9 jenis biji kopi Arabica yang menjadi kegemaran jutaan penggemar kopi di dunia. Cubalah illycrema, kopi espresso yang telah diaduk sehingga berkrim dan disejukkan untuk menghasilkan kopi yang kaya, berkrim dan penuh nikmat!

Lokasi: illy Caffè, Level 3 (Orange Zone), Pavilion Bukit Jalil


Artelier Coffee menyajikan pelbagai kopi ala-Jepun yang dihasilkan oleh pakar barista Masahiro Aoki. Kafe ini terkenal dengan kopi ‘Dirty’ yang disediakan dengan menuang kopi espresso panas ke atas susu yang disejukkan. Cubalah pilihan kopi ‘Dirty’ - Dirty (Latte), Dirty Houjicha, Dirty Matcha dan banyak lagi.

Lokasi: Atelier Coffee, Level 3 (Orange Zone) & Level 5 (Orange Zone), Pavilion Bukit Jalil


Kafe yang terletak di dalam kedai buku Bukit Jalil Tsutaya Books menawarkan satu tempat yang tenang dan selesa untuk berehat setelah penat membeli buku. Dapatkan kopi yang dibru dengan segar dan dipadankan dengan pancake Jepun - Autumn Special Mont Blanc Dorayaki yang berintikan krim buah berangan manis.

Lokasi: Bukit Jalil Tsutaya Books, Level 2 (Orange Zone) Pavilion Bukit Jalil


HWC Coffee telah memperkenalkan satu campuran biji kopi musim baharu yang diberi NEROLI, yang meraih 93 mata dalam Coffee Review. Ini merupakan campuran biji kopi yang mendapat markah paling tinggi yang dihasilkan oleh HWC Coffee! Jika anda menggemari aroma madu dan bunga, dengan buah-buahan serta aroma kayu, kopi ini pasti akan menawan deria anda!

Lokasi: HWC Coffee, Level 2 (Pink Zone) Pavilion Bukit Jalil


Rasailah kelainan yang menyegarkan di CO2 Coffee Bar, dengan campuran perisa buah-buahan, dan rempah-ratus di dalam minuman kopi anda. Pilihan minuman mocktail tanpa alkohol juga boleh didapati di sini. Minuman di sini bukan sahaja sedap tetapi juga cantik untuk diinstagramkan!

Lokasi: CO2 Coffee Bar, Level 3 (Pink Zone), Pavilion Bukit Jalil

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN

LOSYEN DAILY MOISTURIZING ENERGIZING AVEENO® – STANDARD BAHARU DALAM PENGHIDRATAN KULIT DAN PENYEGARAN DERIA!