THE GRAND CAMPBELL HOTEL BAWAKAN BUFET RAMADAN AHLAN WA SAHLAN 1001 RASA


Buat julung kalinya, pada tahun ini, “The Grand Campbell Hotel Kuala Lumpur” yang terletak di dalam Kompleks Campbell yang dimiliki oleh Kumpulan SHAPADU akan menyediakan Bufet Ramadan dengan tema “Hidangan 1001 Rasa” dengan harga RM78.00 untuk Dewasa dan RM55.00 untuk Kanak-Kanak.

Dengn lebih daripada 100 aneka juadah berbuka puasa, bufet Ramadan ini juga akan menampilkan selebriti terkenal Chef Dee atau lebih dikenali dengan watak “Dee Jangan Ketawa” yang bakal menghiburkan pengunjung sambil menikmati juadah berbuka nanti.

Selain dari menikmati juadah berbuka puasa, pengunjung juga boleh menginap di “The Grand Campbell Hotel” sepanjang bulan Ramadan dengan Harga Promosi dari RM150.00 semalam untuk Bilik Superior (termasuk Sahur untuk 2 orang), sehingga RM300.00 semalam untuk Bilik Superior (termasuk Sahur dan Buffet Ramadan untuk 2 orang).

“The Grand Campbell Hotel” juga menyediakan Pakej Perkahwinan untuk bakal Pengantin dengan kapasiti Dewan Utama yang boleh memuatkan 500 orang dalam satu masa, semestinya menjadi pilihan bakal-bakal Pengantin untuk meraikan hari bahagia mereka. “The Grand Campbell Hotel” juga mempunyai 153 buah bilik iaitu Bilik Superior, Bilik Deluxe, dan Bilik Eksekutif.

The Grand Campbell Hotel juga mempunyal tiga (3) bilik Seminar dan satu (1) ruang majlis tertutup yang boleh memuatkan 100 orang. Di samping itu, ruang majlis terbuka (open event space) yang boleh memuatkan sehingga 4,000 orang tersedia di Tingkat Empat, Kompleks Campbell.

Kedudukan lokasi hotel yang strategik di mana ia berhampiran dengan Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Kompleks Sogo menjadikan hotel ini tumpuan bagi semua lapisan masyarakat terutamanya ketika bulan Ramadhan dan musim perayaan.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING