EUCERIN LANCAR RANGKAIAN PENJAGAAN KULIT - EVEN RADIANCE UNTUK KULIT LEBIH BERSERI


Eucerin, perintis global dalam penjagaan kulit dermo-kosmetik holistik, secara rasmi melancarkan Rangkaian Even Radiance baru-baru ini. Rangkaian ini diilhamkan daripada usaha untuk mencipta rangkaian penjagaan kulit yang dapat membantu pengguna memperoleh 'kulit kaca' Korea yang jelas terhidrat dan berseri. 


Acara pelancaran rangkaian Even Radiance ini telah disempurnakan oleh Jongseo Jun, seorang pelakon Korea Selatan yang pernah memenangi anugerah di IOI City Mall, Putrajaya. Pelakon popular tempatan, Ayda Jebat turut memeriahkan majlis tersebut.   


Kajian terbaru oleh Eucerin mendapati bahawa 68% daripada pengguna Asia menyatakan yang kulit kelihatan kusam atau kulit kering masih lagi menjadi salah satu kerisauan utama mereka. 

Kebimbangan biasa di kalangan mereka termasuk kulit tampak kusam, tidak berseri dan kering, kulit berminyak dan tona kulit tidak sekata. Puncanya ialah kesan daripada gaya hidup dengan tekanan tinggi dan aktif, kurang mendapat tidur yang betul, atau pendedahan jangka panjang kepada UV dan cahaya biru, menyebabkan kulit menjadi kusam, kering dan juga rosak. 

Memandangkan trend Korea berkembang pantas di seluruh dunia, satu perkara yang sentiasa menonjol adalah betapa berserinya kulit mereka terutamanya di bawah cahaya malap! 

Dengan inovasi serta teknologi Jerman yang lebih 100 tahun bersama pakar kulit Asia, Eucerin komited untuk mencergaskan semula kulit anda dan menawarkan rangkaian produk yang sudah pasti akan membantu anda mendapatkan rupa 'kulit kaca' tersebut. 

Rangkaian Even Radiance ini memperkenalkan tiga produk hebat baharu yang mempunyai keberkesanan 3x lebih tinggi berbanding Vitamin C untuk kulit berseri dan menggandakan kesan pemulihan, gebu dan menyegarkan semula. 

Kini anda boleh mencapai kilauan 'kulit kaca' dengan 90% lebih cerah dan 91% kulit lembap berseri dalam masa 2 minggu sahaja. 



Dengan Kajian yang terbukti secara klinikal, Rangkaian Even Radiance menampilkan beberapa bahan utama baharu. : 

1. Niacinamida & Ekstrak Likuoris – Antioksidan mujarab yang meneutralkan radikal bebas akibat sinaran UV, faktor persekitaran dan gaya hidup untuk mengurangkan kekusaman kulit pada puncanya. Ia menangani kekusaman kulit dengan menghalang kesan kerosakan kulit akibat UVB dan mempercepatkan penyembuhan pada tahap sel untuk kulit 90% lebih cerah. 

2. Aqua GG & Panthenol – Dua bahan aktif pelembap generasi baharu yang mampu diserap jauh ke dalam kulit tanpa rasa berminyak. Bahan ini mempunyai ciri melembap, menenangkan dan menghidupkan semula yang sangat baik untuk kulit 91% lebih segar berseri. Dengan gabungan bahan-bahan ini dan digunakan pada kulit anda, anda mampu mencapai kulit yang 90% lebih cerah dan 91% kulit lembap berseri. 

Rangkaian Eucerin Even Radiance 


Water Gel Moisturizer | 50 ml | RM 138.00 

Pelembap gel berasaskan air yang cepat menyerap - ia mencerahkan, menghidrat dan meremajakan kulit untuk kulit yang lebih gebu, segar dan berseri dalam masa dua minggu sahaja. Terbukti secara klinikal, pelembap menunjukkan sehingga 90% peningkatan dalam kecerahan kulit dan 91% peningkatan dalam keserian kulit. Bahan Utama: Niacinamida, Ekstrak Likuoris, Aqua GG & Panthenol 


Duo Ampoules: Ampul Bright & Glow | 15 ml x2 | RM 169.00 

Ampul Bright Yang pertama daripada dua, serum ini mempunyai tekstur ringan air yang meresap jauh ke dalam lapisan kulit. Ia bertindak menghalang radikal bebas untuk memulihkan kulit kusam & rosak pada puncanya sambil mengaktifkan semula sel kulit untuk penyerapan serum kedua yang lebih baik. Bahan Utama: Niacinamida, Ekstrak Likuoris, Aqua GG & Panthenol 

Ampul Glow Serum kedua mempunyai tekstur lut sinar susu yang menyubur dan melembapkan lapisan paling atas kulit, menghasilkan semula sel kulit dan meningkatkan keberkesanan pencerahan untuk memerangi tona kulit yang kusam atau tidak sekata. Bahan Utama: Lumiscin, Aqua GG, Panthenol 


Dark Eye Circle Corrector | 15 ml | RM 160.00 
Krim gel yang kaya dengan penghidratan berpanjangan. Tanpa rasa berminyak, ia adalah penyelesaian 3-dalam-1 yang mudah untuk memulih, menggebu dan mencergaskan semula bahagian bawah mata dengan mengurangkan lingkaran hitam, sembap dan garis-garis halus. Bahan Utama: Ekstrak Likuoris, Lumiscin, Aqua XYL, Haloxy 

Rangkaian Even Radiance Eucerin kini tersedia di semua farmasi terkemuka dan pada platform E-dagang.

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI