SAKSIKAN AKSI BOLA SEPAK FIFA CLUB WORLD CUP 2022™ DI SPOTV


SPOTV berbangga untuk mengumumkan bahawa bermula 2 - 12 Februari 2023 ini, saluran ini akan menyiarkan FIFA CLUB WORLD CUP 2022.

Peminat bola sepak akan disajikan dengan aksi hebat dari kelab-kelab bola sepak terbaik dari seluruh dunia dengan juara Afrika, Americas, Asia, Oceania dan Eropah bertembung dalam kejohanan tahunan di Maghribi tahun ini.

Kesemua tujuh (7) perlawanan kejohanan ini akan disiarkan secara langsung di saluran SPOTV 2, begitu juga di aplikasi striming, SPOTV NOW, yang akan memberi peluang kepada peminat untuk menyaksikan kelab dan pemain bola sepak kegemaran mereka dari Real Madrid FC (Sepanyol | UEFA), Al Ahly SC (Mesir | CAF), Auckland City FC (New Zealand | OFC), Wydad AC (Maghribi | CAF/Penganjur), Seattle Sounders FC (USA | CONCACAF), Al Hilal (Arab Saudi | AFC).

SPOTV NOW boleh didapatkan di Hong Kong, Indonesia, Malaysia, Filipina dan Singapura di Google Play Store dan App Store.

Saluran SPOTV boleh ditonton di Malaysia di Astro dan Unifi TV.

Comments

Popular posts from this blog

DRAMA BAHARU AKASIA TV3: “LUKA DI HUJUNG SETIA” GANDINGKAN DATO’ ADI PUTRA & ZARA ZYA

TRESOR MONDE.H RAIKAN PEMBUKAAN RASMI BUTIK DI KLGCC MALL, MEMPERKENALKAN DESTINASI BAHARU BAGI BARANG KEMAS MEWAH

GEEKAY TUNDUKKAN RENN, RANGKUL GELARAN JUARA DEW CHALLENGE MUSIM 2

ECO-SHOP SUMBANG LEBIH DARIPADA RM36,000 BAGI MEMBANTU KELUARGA MANGSA KEBAKARAN DI KOTA BHARU