KEMPEN "HELLO HONG KONG" DILANCARKAN DENGAN 500,000 TIKET PENERBANGAN PERCUMA
Hong Kong bersedia untuk menyambut pengunjung dari seluruh dunia sekali lagi dengan tangan dan pintu terbuka. Dengan pelancaran kempen promosi global “Hello Hong Kong” baru-baru ini, Hong Kong menawarkan sambutan terbaik ke seluruh dunia dengan 500,000 tiket penerbangan percuma, baucar perbelanjaan dan minuman selamat datang percuma di seluruh bandar serta pelbagai tawaran untuk pelancong.
Berucap pada majlis pelancaran hari ini, Dr Pang Yiu-kai, Pengerusi Lembaga Pelancongan Hong Kong (HKTB) berkata: “Hong Kong kembali di peta perjalanan pengembara global, dengan lebih banyak keseronokan yang ditawarkan berbanding sebelum ini. Kami mengucapkan selamat datang kepada seluruh warga dunia melalui kempen ‘Hello Hong Kong’, menjemput rakan-rakan dari segenap pelosok kembali ke salah satu destinasi pelancongan terhebat di dunia. Dengan kepelbagaian kulinari, pengalaman luar dan seni & budaya yang kaya serta bertaraf dunia, saya yakin Hong Kong akan menarik pelancong kembali untuk perjalanan yang epik dan tidak dapat dilupakan.”
Jurucakap Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Hong Kong, Jack So berkata: “Tiket-tiket penerbangan ini telah ditempah pada waktu paling buruk ketika pandemik, ini menunjukkan keyakinan kami pada masa depan industry penerbangan Hong Kong. Kempen ini akan melipat kali gandakan trafik udara dan menggalakan publisiti untuk Hong Kong. Sejak pelonggaran sekatan perjalanan and keperluan kuarantin untuk pelancong masuk tahun lepas, trafik pelancong ke HKIA telah meningkat, terutama pada suku lepas. Tahun 2023 juga merupan permulaan baik dengan permulaan perjalanan normal dengan China. HKIA telah lama menjadi hab pernerbangan antarabangsa yang utama dan kami yakin bilangan trafik pelancong akan terus meningkat.”
Pengarah Eksekutif HKTB, Dane Cheng mengumumkan strategi dan inisiatif utama bagi membaikpulih pelancongan pada pada sidang akhbar hari ini (2 Feb), termasuk:
Mengucapkan Hello dari Hong Kong kepada seluruh Dunia
Kempen promosi “Hello Hong Kong” sedang giat dilancarkan di seluruh dunia untuk menghantar mesej positif bahawa Hong Kong telah kembali seperti biasa dengan pengalaman baharu yang menarik menanti pengunjung, berikutan pemansuhan semua sekatan masuk ke Hong Kong.
Kempen ini melibatkan siri promosi yang bertenaga dan bersemangat tinggi, yang akan disiarkan di 3,000 platform di seluruh dunia. Sebuah siri video bertema akan menampilkan usahawan terkemuka, pempengaruh sosial, Peminat Super Hong Kong serta selebriti termasuk legenda Cantopop Aaron Kwok, Sammi Cheng dan Kelly Chen, yang mempamerkan pelbagai pengalaman baharu yang mempersonakan di bandar ini.
Menghantar Ucapan Selamat Datang kepada Pengembara Global
Untuk menarik pengunjung dunia yang menantikan-nantikan peluang melawat Hong Kong, 500,000 tiket penerbangan percuma yang ditaja oleh Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Hong Kong akan diedarkan kepada pasaran berbeza secara berperingkat, melalui syarikat penerbangan Hong Kong, seperti Cathay Pacific Airways, Hong Kong Express dan Hong Kong Airlines, bermula Mac ini.
Pelbagai tawaran yang menarik dianjurkan pihak HKTB untuk mengalu-alukan kedatangan pelancong, dengan lebih dari 16,000 cawangan di seluruh bandar HKTB, sektor pelancongan serta perhotelan. Antara lain, pada peringkat permulaan, sekurang-kurangnya 1 juta baucar penggunaan pengunjung “Hong Kong Goodies” meliputi minuman selamat datang percuma di bar, restoran dan hotel yang mengambil bahagian, atau baucar tunai dalam sektor pengangkutan, kulinari, beli-belah, pusat tarikan pelancong dan hotel akan diberikan untuk ditebus di seluruh bandar.
Memaparkan Pengalaman and Acara Terbaru Hong Kong
Seluruh bandar bertujuan untuk menyambut pengunjung dengan tarikan baharu dan juga yang telah dinaik taraf serta tarikan kegemaran sepanjang masa. Antara pembangunan terbaru seperti M+ dan ‘Hong Kong Palace Museum’ di Daerah Budaya Kowloon Barat, ‘Peak Tram’ generasi ke-6 terbaharu, ‘Water World Ocean Park’, persembahan malam terbaru di Hong Kong Disneyland, “Momentous” dan ‘waterfront promenades’ yang di naiktaraf yang menyajikan pemandangan hebat Victoria Harbour.
Lebih daripada 250 acara dan festival bandar disahkan akan diadakan di Hong Kong sepanjang tahun, termasuk acara sukan, seni dan kulinari. Sorotan termasuk festival muzik bertenaga Clockenflap, Festival Seni Hong Kong, Art Basel, Marathon Hong Kong, Hong Kong Sevens dan Sidang Kemuncak Muzium 2023, yang mempamerkan daya tarikan bandar yang dinamik serta pelbagai.
Sementara itu, lebih daripada 100 acara dan pameran MICE antarabangsa akan kembali ke Hong Kong pada tahun 2023, menyediakan platform yang sangat baik untuk pelbagai sektor bagi merebut peluang perniagaan.
Comments
Post a Comment