MEDICOS MEMPERKENALKAN XÙ, PELITUP MUKA PERUBATAN PERTAMA YANG DIPERBUAT DARIPADA ECOFIBER MESRA ALAM


Tidak dinafikan bahawa COVID-19 ternyata mengubah dunia. Ini jelas terbukti daripada kemajuan inovasi yang pesat dalam menyesuaikan cara hidup baharu terutamanya dalam bidang peralatan perubatan dan perlindungan diri. Sehingga kini, rakyat Malaysia secara amnya masih mengamalkan pemakaian pelitup muka di tempat-tempat yang sesak sebagai langkah berjaga-jaga untuk melindungi kesihatan, walaupun kita kini dalam fasa endemik. Walaupun langkah berjaga-jaga kendiri sedang diamalkan, terdapat permintaan yang konsisten daripada orang ramai untuk pelitup muka pakai buang yang mesra alam. Ini selaras dengan kebimbangan global terhadap kelestarian alam sekitar, bagi mengurangkan jejak karbon di bumi.

Ini mencetuskan inspirasi kepada MEDICOS, sebagai pengeluar dan perintis bagi pelitup muka terkemuka Malaysia. Disokong dengan lebih 30 tahun kepakaran dalam membantu berjuta- pengguna dalam menyediakan persekitaran kerja yang lebih selamat, MEDICOS berusaha meningkatkan kualiti dalam kawalan jangkitan. Kini, MEDICOS memperkenalkan Pelitup Muka Perubatan XÙ HydroChargeTM, diperbuat daripada EcoFiber* Semulajadi. XÙ HydroChargeTM merupakan pelitup muka yang pertama di Malaysia diperbuat daripada bahan mesra alam yang boleh terbiodegradasi!

Nama MEDICOS XÙ (disebut “she”) berasal daripada aksara Cina: 续, membawa maksud “kelestarian”. Direka bentuk dengan mengutamakan kelestarian, perlindungan dan keselesaan, MEDICOS XÙ diperbuat daripada EcoFiber semula jadi yang boleh diperbaharui. Isi padu gentian pulpa kayu diadun bersama dengan agen pengikat dalam kuantiti besar, menghasilkan bahan yang kukuh serta lebih kuat daripada kertas. EcoFiber semula jadi juga bersifat hipoalergenik, menjadikannya lembut terhadap kulit sensitif.

MEDICOS XÙ ialah pelitup muka perubatan paling ringan keluaran jenama ini, memberikan 55%** kebolehnafasan yang lebih baik tanpa menjejaskan keselamatan dan prestasinya. Dengan 3 lapisan perlindungan, keunikkan penapis HydroChargeTM, memberikan 99% kecekapan penapisan terhadap virus dan bakteria sekecil PM0.1 bagi mencapai standard tertinggi industri. Untuk lebih yakin lagi, MEDICOS XÙ juga telah melepasi Ujian EN 14683 Tahap II oleh Nelson Labs, Amerika Syarikat.

William Wong, Ketua Pegawai Eksekutif MEDICOS Malaysia, menekankan kepentingan kelestarian: “Di MEDICOS, kami benar-benar prihatin, bukan hanya sekadar menyediakan perlindungan untuk seisi keluarga. Kami juga ingin bertanggungjawab dan melakukan yang lebih baik untuk alam semula jadi – dengan mengambil kira aspek ini, Pasukan Penyelidikan dan Pembangunan kami bekerjasama rapat dengan rakan kongsi kami untuk mendapatkan bahan yang lebih mesra alam iaitu EcoFiber yang semulajadi. Diperbuat daripada campuran gentian pulpa kayu, EcoFiber semulajadi ini boleh terbiodegradasi dari semasa ke semasa dalam persekitaran tapak pelupusan, sekali gus mengurangkan kesan karbon terhadap alam sekitar. Dengan menghasilkan pilihan yang boleh diperbaharui untuk pengguna kami, ia dapat menyokong visi kami untuk memacu kelestarian dalam ekosistem kami. Dengan cara itu, kesinambungan boleh dikekalkan bukan sahaja untuk generasi kita, tetapi untuk kemudian hari.”

Bersempena dengan pelancaran MEDICOS XÙ, MEDICOS menjemput pengguna untuk mengambil langkah kolektif ke arah kelestarian! Bekerjasama dengan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), MEDICOS akan menyokong Projek Bank Biji Benih NGO, yang memupuk amalan melindungi alam sekitar semula jadi. Untuk setiap kotak Pelitup Muka Perubatan XÙ HydroChargeTM yang dijual mulai Januari hingga April 2023, RM1 akan disalurkan kepada MNS dalam menyokong usaha ekologinya.

“Terdapat banyak kebaikan kepada alam sekitar apabila kita menanam pokok, diantaranya adalah pengurangan gas rumah hijau dan pelepasan karbon dioksida, yang menjadi salah satu punca kepada pemanasan global dan perubahan iklim. Selaras dengan visi MEDICOS XÙ untuk mengurangkan jejak karbon, MEDICOS komited untuk menyemai 1,500 biji benih pokok hutan pada tahun ini,” tambah Wong.


Sertai MEDICOS XÙ dalam perjalanan kesinambungannya – jadilah sebahagian daripada usaha global dalam mengamalkan pilihan ekologi yang lebih baik! Bersama-sama, kita boleh melakukan lebih banyak lagi untuk masa depan yang lebih mesra alam .

Pelitup Muka Perubatan MEDICOS XÙ EcoFiber Semulajadi (RM21 untuk 30 keping) kini boleh didapati di laman web rasmi MEDICOS (https://shop.medicos.com.my/), Shopee, Lazada, dan kedai dalam talian Watsons (https://bit.ly/3BMrbHa).

*40% mengikut berat diperbuat daripada fiber mesra alam.
**Berbanding dengan pelitup muka pembedahan standard.



Comments

Popular posts from this blog

ANTA MALAYSIA MELANCARKAN KEMPEN SUMBANGAN KASUT SEMPENA RAMADAN

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA