OAKWOOD HOTEL & RESIDENCE, KUALA LUMPUR MEMPERKENALKAN BUFET RAMADAN MASAKAN IBUNDA 100 ANEKA PILIHAN


Menjelang Bulan Puasa, Oakwood Hotel & Residence, Kuala Lumpur memperkenalkan Bufet Ramadan dengan tema Masakan Ibunda 100 Aneka Pilihan dari 24 Mac 2023 hingga 20 April 2023.

Bertempat di TrEat Restaurant, menu Bufet Ramadan tahun ini yang dirancang dan disediakan oleh Chef Selebriti Oakwood Hotel & Residence, Kuala Lumpur iaitu Chef Muhamad Zulfikar Ali Bin Mahdi atau dikenali Chef Z. Beliau akan memasak hidangan dengan resipi tersendiri, termasuk Lebanese Lamb Shank Kabsa.


Penggemar Lamb Shank, pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk mencuba sendiri Lamb Shank Kabsa yang dimasak dengan rempah yang membangkitkan selera. Rasailah kelembutan daging kambing yang telah direbus selama 2 jam. Enak dimakan bersama Nasi Basmathi, Telur Safron, kuah Kabsa pekat dan sos pedas Harra.




Antara hidangan ala masakan ibu di kampung yang harus dicuba adalah Nasi Biryani, Ayam Bakar Sos Lada Hitam, Itik Salai Masak Lemak Cili Padi, Ikan Masak Asam Pedas, Petola Masak Lemak, Sup Daging, Kerabu, Ulam-ulaman dan sebagainya.

Ulam-ulaman

Rendang

Ikan Masak Asam Pedas

Petola Masak Lemak

Nasi Biryani

Ayam Bakar Sos Lada Hitam

Itik Salai Masak Lemak Cili Padi

Gulai Kawah

Sup daging 

Selain daripada masakan ala ibunda, anda juga boleh menikmati makanan bakar seperti ikan, kambing, ayam, sate dan sebagainya yang disediakan segar berhampiran kolam renang di luar restoran.





Lengkapkan hidangan anda dengan pelbagai jenis makanan pencuci mulut seperti bubur manis, buah-buahan segar, kuih-muih dan air balang.

 
Bufet Ramadan Masakan Ibunda boleh didapati dengan harga RM118 bersih (Dewasa) RM88 bersih (Warga Emas) RM59 bersih (5-11 tahun) . Pembelian awal (Early Bird) (20 Feb – 18 March 2023 RM88nett) dan Pandu Masuk (Lamb Shank Khabsa RM55 bersih untuk satu bahagian).

Oakwood Hotel & Residence, Kuala Lumpur adalah salah sebuah hotel di bawah jenama Ascott yang dimiliki oleh Plenitude Bhd.

Alamat: 222, Jalan Ampang, Kampung Datuk Keramat, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Untuk tempahan sila hubungi TrEat Restaurant di talian 603 2720 3827

Untuk maklumat lanjut sila ikuti

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM