PRINCE COURT HANTAR BEKALAN PENTING UNTUK BANTU MANGSA GEMPABUMI TURKIYE-SYRIA

Selepas peristiwa gempa bumi dahsyat yang berlaku di Turkiye dan Syria baru-baru ini, Pusat Perubatan Prince Court telah menyahut seruan untuk memberi bantuan oleh Kedutaan Turkiye di Kuala Lumpur dan menyumbang barang-barang keperluan termasuk bekalan perubatan asas, bekalan makanan dan selimut.

Mr. Osman Aktas, Second Secretary of Embassy of the Republic of Türkiye in Malaysia, Ms. Cindy Choe, Chief Executive Officer of Prince Court Medical Centre, Ms. Jennifer Soon, Chief Operating Officer of Prince Court Medical Centre, Ms. Melissa Sandhu, Head of Sales and Marketing of Prince Court Medical Centre, and Mr. Omer Altun, Director of Yunus Emre Institute.

Ms. Cindy Choe, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Perubatan Prince Court telah menyampaikan sumbangan barang-barang keperluan kepada En. Osman Aktas, Setiausaha Kedua Kedutaan Republik Turkiye di Malaysia dan En. Omer Altun, Pengarah Institut Yunus Emredi di Kedutaan Turkiye di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada petang hari Selasa. 

Sumbangan ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan oleh Prince Court untuk membantu mangsa-mangsa gempa bumi dengan menyediakan bekalan tambahan termasuk selimut dan bekalan perubatan penting yang diperlukan dalam tempoh beberapa minggu yang akan datang. 

“Kami amat bersimpati mendengar tentang tragedi dahsyat yang menimpa serta kehilangan nyawa rakyat Turkiye serta mereka yang terjejas akibat bencana ini. Kami mengucapkan takziah dan turut bersimpati kepada mereka yang kehilangan orang-orang tersayang. Kami turut berdukacita dengan mereka yang berdepan dengan tragedi ini dan berharap mereka dapat bangkit semula untuk membina semula kehidupan masing-masing,” kata Ms. Cindy Choe.

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN

LOSYEN DAILY MOISTURIZING ENERGIZING AVEENO® – STANDARD BAHARU DALAM PENGHIDRATAN KULIT DAN PENYEGARAN DERIA!