RESTORAN REBUNG TAMAN BOTANI PERKENALKAN MENU SANTAPAN DIRAJA RAMADAN INI


Sempena bulan Ramadan ini, Restoran Rebung Chef Ismail memperkenalkan Bufet Ramadan Santapan Diraja yang menampilkan lebih daripada 90 jenis hidangan yang enak untuk berbuka puasa bermula dari 23 Mac hingga 20 April 2023. 


Jamulah selera dengan pelbagai hidangan yang merangkumi makanan pembuka selera sehinggalah ke pencuci mulut. Hidangan utama yang menjadi kegemaran ramai seperti daging salai masak lemak cili api, ikan patin masak tempoyak, pari masak asam pedas juga bakal disediakan. 

Sambil pelanggan menjamu selera, pelanggan akan dihiburkan dengan persembahan ghazal dari kumpulan Orkes Melayu Rojer.

Nasi Ayam Golek Istana

Restoran Rebung enawarkan ruang makan yang yang mampu menampung kapasiti sehingga 450 orang pada satu masa. Terdapat juga bilik-bilik seperti Orange Room untuk 10-12 orang, Blue Room berkapasiti 15-18 orang, Red Room berkapasiti 60-80 orang, Green Room berkapasiti 90-110 orang, Stage Area (Pentas) berkapasiti 110-130 orang, Yellow Room berkapasiti 45 orang manakala Anjung boleh menampung sehingga 60-80 orang.

Ruang Solat (Surau) lelaki dan perempuan yang mampu menampung sehingga 20 orang pada satu masa juga disediakan. 

Hidangan utama yang harus dicuba adalah Nasi Ayam Golek Istana, Gulai Kawah Kambing, Daging Salai Masak Lemak Cili Api, Tempoyak Ikan Patin, Asam Pedas Pari atau Tetel, Telur Itik Masak Lemak Cili Api, Rebung Perut Masak Lemak Cili Api dan banyak lagi.






Kepada penggemar manisan, cubalah pelbagai jenis bubur manisan dan juga kuih-muih Melayu, 


RESTORAN REBUNG CHEF ISMAIL
Bufet Ramadan Santapan Diraja

Alamat: 5-2, Aras 5, Parkir Bertingkat Bukit Aman, No. 1, Jalan Tanglin, Taman Botani Perdana, 50480, Kuala Lumpur.

Tarikh: 23 Mac - 20 April 2023
Waktu: 6.30PM - 9.30PM

Harga
RM99 bersih (dewasa)
RM69 bersih (kanak-kanak berumur 5 - 12 tahun)

Untuk tempahan, sila hubungi talian: 03-2276 3535/2525 atau emel restoranrebungchefismail@gmail.com

Facebook : Restoran Rebung Chef Ismail
Instagram : @rebung_taman_botani
Waze : Restoran Rebung Dato Chef Ismail

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM