MENANGI PERCUTIAN 3H2M DI ATAS KAPAL DALAM PERADUAN ‘SMILE OF LOVE: WIN A CRUISE’ ANJURAN AEON BERSAMA RESORTS WORLD CRUISES

AEON CO. (M) BHD atau AEON telah melancarkan kempen, "Smile of Love – Win A Cruise Contest" dengan kerjasama Resorts World Cruises baru-baru ini di AEON Alpha Angle, Wangsa Maju.

Dari kiri Ong Hsieh Lien, Penolong Naib Presiden, Komunikasi & Pemasaran Korporat Resorts World Cruises; Nikki Lee, Ketua Pemasaran Mall, AEON dan Koh Mei Leng, Pengurus Besar – Ketua Sistem Pembayaran Khidmat Kredit AEON.

Anda boleh mencuba nasib untuk memenangi percutian di atas kapal Genting Dream 3H/2M untuk 2 orang oleh Resort World Cruise dengan membuat pembelian minimum RM38 (Ahli AEON) dan RM58 (Bukan ahli AEON) dalam gabungan dua resit hari pada yang sama di kedai-kedai F&B, Snek & Pawagam di AEON Malls.


Peraduan berlangsung dari 10 Februari hingga 7 Mei 2023, di mana 8 pemenang bertuah akan diumumkan pada 15 haribulan setiap bulan.


Majlis pelancaran disempurnakan oleh Ong Hsieh Lien, Penolong Naib Presiden, Komunikasi & Pemasran Korporat Resorts World Cruises dan Nikki Lee, Ketua Pemasaran Mall, AEON. Turut menghadiri majlis terserbut adalah Koh Mei Leng, Pengurus Besar – Ketua Sistem Pembayaran Khidmat Kredit AEON, pihak media dan para pempengaruh.

Kempen Smile of Love mempunyai matlamat untuk memberi ganjaran kepada para pelanggan AEON atas kesetiaan mereka dan sokongan berterusan dengan membeli-belah di AEON Malls. 


Kerjasama di antara AEON dan Resorts World Cruises adalah tepat pada masanya kerana kapal Genting Dream pada masa ini berlayar dari Pelabuhan Klang setiap minggu dan menawarkan pelbagai pakej pelayaran 2 dan 3 malam ke destinasi popular, termasuk Pulau Pinang, Singapur dan tidak lama lagi Phuket.

Kapal Genting Dream, ‘A Resort Cruising at Sea’ menampilkan pelbagai penawaran yang menarik seperti makan percuma di restran terpilih yang menawarkan pelbagai hidangan antarabangsa dan Asia, serta snek kegemaran sepanjang hari. Sebagai kapal persiaran pertama di dunia dengan Piawaian Halal OIC/SMIIC*, para penumpang beragama Islam boleh menjamu selera dengan makanan dan minuman halal di bahagian khas restoran The Lido, yang turut menawarkan hidangan vegetarian dan Jain. Bilik solat turut disediakan untuk kemudahan para penumpang beragama Islam.


Kapal persiaran ini turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan aktiviti hiburan seperti persembahan pentas antarabangsa dan tayangan filem di teater Zodiac dengan kapasiti 999 tempat duduk, taman air di laut dengan kolam dan 6 gelongsor air, aktiviti memanjat, luncur zip, dan sebagainya untuk seisi keluarga.


Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Facebook AEON Mall, https://www.facebook.com/AEONMallMY/.

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI