TIKTOK KONGSI TIGA CARA UNTUK MEMBANTU PENIAGA TEMPATAN DI BULAN RAMADAN DAN RAYA 2023


TikTok, platform utama untuk video pendek mudah alih, membantu peniaga tempatan memulakan perniagaan dengan mengangkat kehadiran mereka dalam talian sempena Ramadan 2023 ini. Sebelum bulan suci Ramadan bermula pada Mac, TikTok memberi galakkan kepada perniagaan dengan menyediakan beberapa pendekatan yang berbeza untuk meluaskan dan meningkatkan pertumbuhan, demi sambutan yang bermakna buat peniaga dan pelanggan mereka pada antara perayaan tahunan terbesar di Malaysia ini.

Imran Khan, Pengurus Komunikasi Pemasaran, TikTok Asia Tenggara berkata bahawa rakyat Malaysia teruja untuk meluangkan masa bersama orang tersayang, baik secara dalam talian mahupun luar talian dan TikTok menjadi platform pilihan untuk mendapatkan inspirasi serta memberi inspirasi.

“Ramadan merupakan titik penting dalam bermuhasabah, meraikan perayaan dan berkumpul bersama buat rakyat Malaysia. Pengguna menginginkan hiburan, berkongsi kegembiraan dan pengalaman mereka meraikan bulan tersebut di TikTok. Situasi ini mewujudkan pelbagai peluang untuk perniagaan, yang mana mereka boleh memanfaatkan jaringan pengguna TikTok yang luas untuk membina hubungan yang utuh bersama komuniti dan mengembangkan kehadiran digital mereka semasa bulan yang bermakna ini,” kata Imran.


Dalam kaji selidik yang dijalankan oleh TikTok mengenai tingkah laku pengguna sepanjang Ramadan 2022, platform ini menyaksikan peningkatan 3.8 kali ganda dalam tontonan video dan 2.8 kali ganda dalam muat naik video pada bulan tersebut. Hasil kaji selidik juga mendedahkan bahawa 96 peratus pengguna terpengaruh untuk membeli produk atau perkhidmatan daripada TikTok. Dengan penggunaan TikTok sepanjang hari oleh pengguna, apakah platform terbaik untuk perniagaan pada Ramadan ini?



Oleh itu, TikTok berkongsi tiga cara untuk perniagaan menyertai, berinteraksi dan menghasilkan impak berpanjangan dalam meraikan Raya 2023.

Langkah 1: Rancang kempen meliputi semua peringkat

Ramadan disambut selama sebulan dan persiapan untuk meraikannya bermula seawal sebulan sebelumnya. Dalam tempoh tersebut, ramai pengguna memfokuskan untuk membersihkan dan menghias rumah mereka dengan efisien, mencari sampul duit raya yang paling cantik, membeli-belah dan meneroka barangan kecantikan serta penjagaan diri yang berkualiti dengan tawaran nilai hebat, sebagai persiapan untuk menyambut bulan tersebut dalam keadaan terbaik.

Memandangkan pengguna TikTok bakal berbelanja lebih pada Ramadan, penting untuk perniagaan memenuhi keperluan mereka sebelum dan semasa bulan ini. Dengan kehadiran jenama yang kukuh di dalam talian beberapa bulan sebelum dan kemudian memperhebatkan tawaran serta kempen menjelang Ramadan, para peniaga berupaya menarik minat pengguna sepanjang tempoh tersebut.

Memandangkan pengguna sering memeriahkan perayaan dengan berbelanja secara dalam talian atau luar talian, tempoh perayaan ini merupakan peluang terbaik untuk menyajikan mereka dengan tawaran istimewa dan masa terhad. Setelah berjaya meraih perhatian pengguna, peniaga boleh meluaskan katalog mereka dengan Dynamic Showcase Ads dan menggunakan mesej komersial yang menarik dalam menawarkan pengguna nilai terbaik untuk wang mereka. Dengan mengaplikasikan tetapan penjejakan dan pengukuran, peniaga boleh menganalisis prestasi produk dan mempromosikan produk yang mendapat interaksi tinggi untuk hasil jualan yang lebih signifikan.

Langkah 2: Kreatif dalam menggunakan pencipta dan tanda pagar

Selepas merancang kempen, peniaga perlu menggandakan usaha dan kehadiran digital mereka dengan menghasilkan lebih publisiti terhadap jenama, dan langkah ini boleh diperhebatkan lagi melalui penglibatan pencipta kandungan. Individu yang dikenali mampu menjadi daya penarik terhadap sesuatu jenama. Di sinilah peranan TikTok's Creator Marketplace dan Marketing Solutions.

Tidak kira sama ada peniaga mampu menjalankan kempen mereka sendiri atau memerlukan bimbingan, mereka boleh mendapatkan sokongan dalam talian daripada pasukan Client Success atau program Creator Solutions untuk penyelesaian yang bersesuaian dengan mereka. Ekosistem Creator Marketing Partners TikTok juga boleh membantu dalam menyediakan perkhidmatan terurus mengikut bajet dan skala peniaga.

Penglibatan pencipta mampu memberi impak terhadap mana-mana kempen pemasaran dengan kadar penyiapan yang lebih cepat, meraih ‘likes’ dan perkongsian yang lebih tinggi, seterusnya membawa kepada penjualan yang lebih baik. Menerusi penggunaan pencipta, tanda pagar terkenal seperti #TikTokMadeMeBuyIt - yang telah memperoleh 38 bilion tontonan, atau melakukan cabaran mencipta tandapagar untuk menarik penyertaan pengguna, peniaga boleh menghasilkan kandungan original yang dapat membina kepercayaan terhadap jenama mereka untuk manfaat jangka masa panjang.

Langkah 3: Bina relevan dan berhubung dengan komuniti

Pada 2022, satu daripada dua pengguna terlihat jualan sempena Ramadan di TikTok, dan 87 peratus daripada mereka berkemungkinan besar membeli jualan sempena Ramadan yang dilihat di TikTok. Walaupun kini membeli-belah dalam talian menjadi pilihan ramai, kehadiran sosok individu untuk sesuatu jenama dan yang sentiasa bersedia untuk berinteraksi dengan pengguna masih penting, kerana hal ini mewujudkan rasa pertalian terhadap jenama berbanding dengan hanya berinteraksi dengan halaman katalog. Matlamat TikTok adalah untuk menyebarkan kegembiraan dan dengan mewujudkan pertalian bersama pengguna, peniaga boleh mencipta hubungan yang lebih bermakna dengan mereka untuk sambutan perayaan yang bermakna.

Peniaga boleh menjalankan sesi jualan secara langsung melalui TikTok Shop - yang boleh diperhebat lagi dengan iklan beli-belah secara langsung. Bina minat pengguna terhadap produk terlebih dahulu sebelum sesi ini dengan berkongsi sedikit maklumat tentang produk melalui iklan untuk membangkitkan keterujaan dan pastikan semua produk yang bakal dipromosikan mempunyai stok. ‘Shoppertainment’ adalah masa hadapan e-dagang, dan TikTok Shop menawarkan pengalaman beli-belah sehenti yang mana pengguna boleh berhibur dan mengetahui mengenai jenama atau barangan baharu setiap hari. Dengan TikTok Shop tersedia dalam aplikasi TikTok, peniaga boleh memanfaatkan pangkalan pengguna platform yang besar ini untuk menjangkau kumpulan sasaran pengguna mereka.

Membuat perubahan dalam bulan yang bermakna

Tahun lalu, vivo Malaysia mencapai kejayaan hebat daripada kempen Ramadan mereka hasil daripada penggunaan TikTok Shop serta Live Shopping dan iklan video beli-belah untuk meningkatkan kesedaran. Inisiatif ini meletakkan mereka di kedudukan pertama dari segi nilai barangan kasar (GMV) dengan peningkatan sebanyak 228 peratus berbanding sebelum kempen. Sesi jualan secara langsung mereka berjaya memperoleh lebih 660,000 kunjungan halaman dan menjual lebih 300 produk semasa kempen.

Jeremy Lin dari vivo Malaysia berkongsi bahawa mereka berpeluang berinteraksi dengan pengguna dan menyerlahkan kreativiti mereka untuk meningkatkan lagi jualan

Jeremy Lin, Pengarah Jualan vivo Malaysia

Jeremy Lin, Pengarah Jualan vivo Malaysia berkata, “Menerusi TikTok Shop, kami berharap dapat menjangkau pengguna baharu dalam komuniti dan berasa amat terkejut dengan sambutan luar biasa pelanggan terhadap kandungan kami. Pelanggan sudah biasa melihat iklan produk vivo, tetapi kebolehan berinteraksi dengan mereka melalui video beli-belah secara langsung dan juga menyerlahkan kreativiti melalui iklan video banyak membantu kami memperoleh lebih ramai pengikut serta mengungguli tempat teratas dalam jualan sepanjang Ramadan tahun lalu. Kami tidak sabar untuk membawakan lebih banyak tawaran tahun ini, di samping promosi yang lebih baik untuk pelanggan kami.”

Setiap perniagaan mempunyai keperluannya yang tersendiri, dan TikTok berhasrat untuk menjadi sebahagian daripada proses pertumbuhan tersebut pada musim perayaan ini dan seterusnya. Dengan memanfaatkan matlamat TikTok untuk menyebarkan momen menggembirakan, peniaga boleh mencipta interaksi bermakna untuk memberi inspirasi kepada pengguna, memenangi hati mereka dan seterusnya memenuhi troli beli-belah mereka pada Ramadan dan Hari Raya ini.

Untuk lebih maklumat atau untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara mengaktifkan perniagaan anda di TikTok sempena bulan Ramadan, layari www.tiktokramadan.com.

Feature photo: Image by tirachardz on Freepik

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI