SANTAPAN BUKA PUASA UMPAMA AIR TANGAN IBU DI RESTORAN UMMIS HIJAU KASTURI


Bermula 2 Ramadan sehingga 28 Ramadan, ubati rindu pada ibu bersama Restoran Santapan Ummis Hijau Kasturi. Disediakan oleh cef hebat yang memenuhi sosok seorang ibu penyayang ini, hidangan bufet  bakal membawa anda mendakap rindu dengan setiap suapan ke mulut.

Diusahakan oleh pasangan suami isteri, Chef Haji Fauzi dan Chef Hajah Norziah, restoran ini menggabungakan pengalaman mereka yang lebih dari 28 tahun dalam bidang kulinari secara profesional. Sepanjang pengalaman tersebut, kedua-dua mereka setia berkhidmat dengan kerabat diRaja Brunei dan juga pelbagai hotel antarabangsa.


Menampilkan 45 jenis hidangan yang merangkumi pembuka selera, hidangan utama dan pemanis mulut, restoran ini pastinya akan menambat selera anda, lebih-lebih lagi selepas berpuasa seharian. Tiga masakan utama yang ditawarkan setiap hari ialah Berlado, Masak Lemak dan Asam Pedas dengan pelbagai jenis lauk utama yang dimasak berganti-ganti.






Selain itu, masakan seperti aneka kerabu, lauk-pauk, ulam-ulaman, soto, masakan barat dan air penyegar dahaga juga sedia dihidangkan.


Bagi yang gemarkan kuih-muih, jangan lupa untuk mencuba kuih serabai bersama bubur serawa dan beraneka kuih tradisional Melayu.


Eratkan lagi hubungan bersama ahli keluarga dan rakan-rakan dengan berkongsi Dulang Berkat.


Restoran ini boleh memuatkan 80 pelanggan pada setiap hari dengan selesa. Namun begitu, tempahan awal sangat digalakkan bagi memastikan tempat duduk yang terjamin.


Jualan “early bird” dibuka sekarang sehingga seminggu sebelum bulan Ramadan pada kadar RM45.90. Harga normal ialah RM51.90 seorang!


Jom kita berbuka puasa beramai-ramai di restoran Santapan Ummis Hijau Kasturi di bulan Ramadan ini. Tempahan: www.wasap.my/60176534133/booking

Alamat: 
RESTORAN UMMIS HIJAU KASTURI 
Unit No G/3A, Sentul Village Service
Apartment 10, Jalan Sentul Perdana
Kuala Lumpur

Untuk maklumat lanjut, sila ikuti
https://www.facebook.com/santapanummishijaukasturi/

Comments

Popular posts from this blog

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

FIRETALK 2024 BY NOURUL DEPP KEMBALI SUNTIK MOTIVASI, UBAH MENTALITI