MCDONALD’S MALAYSIA LANCAR MENU RAHMAH SEBAGAI KOMITMEN MEMBANTU RAKYAT MALAYSIA


Restoran khidmat segera terkemuka, McDonald’s Malaysia melancarkan Menu Rahmah hari ini sebagai usaha untuk menyediakan peluang kepada seluruh rakyat Malaysia bagi menikmati hidangan McDonald’s dengan harga yang berpatutan, pada hanya RM5.

Penyertaan McDonald’s dalam inisiatif Menu Rahmah ini dirasmikan oleh YB Datuk Seri Salahuddin bin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). Ia merupakan usaha McDonald’s Malaysia dalam menyokong Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Kos Sara Hidup yang mana merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan untuk membantu dan meringankan beban masyarakat dalam isu peningkatan kos sara hidup.

“Sebagai jenama yang cukup dekat di hati rakyat Malaysia, McDonald’s Malaysia dengan sukacitanya menyokong inisiatif yang bermakna ini. Dengan pelancaran Menu Rahmah McDonald’s Malaysia, ia membolehkan kami menyediakan hidangan kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang untuk sama-sama menikmati hidangan kami pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja,” kata Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald’s Malaysia.


McDonald’s Malaysia menawarkan tiga pilihan Menu Rahmah berharga RM5 iaitu:
  • Burger Ayam dan Teh Ais Limau (cawan kecil)
  • Bubur Ayam McD (saiz kecil) dan Teh Ais Limau (cawan kecil)
  • McEgg dan Teh Ais Limau (cawan kecil)

Menu Rahmah McDonald’s boleh didapati sepanjang hari di semua restoran McDonald’s di seluruh negara.

“Kami sangat berbesar hati melihat jenama global terkemuka seperti McDonald’s dapat bersama kami melaksanakan Menu Rahmah ini, sebagai usaha untuk menyediakan hidangan yang berpatutan kepada mereka yang memerlukan. Sejak sekian lama, kami tahu McDonald’s merupakan jenama yang sangat komited membantu masyarakat dan kami berharap dengan penyertaan ini, lebih ramai pemain industri dapat turut serta melaksanakan inisiatif ini,” kata YB Datuk Seri Salahuddin bin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Sempena pelancaran Menu Rahmah, McDonald’s juga mengumumkan kemunculan semula menu yang sangat dinantikan ramai sempena bulan Ramadan, iaitu Foldover Ayam dan Foldover Daging, yang boleh didapati di semua restoran McDonald’s mulai hari ini.

McDonald’s juga akan melaksanakan kempen Promosi 30 Hari Ramadan yang mana para pelanggan boleh menikmati pelbagai promosi dan ganjaran menarik melalui aplikasi McDonald’s sepanjang bulan Ramadan.


Dalam majlis sama, McDonald’s turut menyantuni anak-anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia di Kajang dengan hidangan Menu Rahmah, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan syarikat ini dalam menyumbang kepada masyarakat di sekitar lokasi operasinya.

 

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY HEALTHCARE GROUP MELANCARKAN E-BUKU PERTOLONGAN CEMAS PEDIATRIK, MEMBUKA AKSES KEPADA ILMU UNTUK MENYELAMATKAN NYAWA