TEMUI ZACK TABUDLO DAN ARTIS UNIVERSAL MUSIC MALAYSIA DI ACARA ‘MUSIC IS UNIVERSAL’ SABTU INI


Namanya mungkin masih asing buat rakyat Malaysia secara umum, namun bintang asal Filipina Zack Tabudlo merupakan salah satu bintang ternama dari negaranya.

Setelah tular di media sosial (khasnya di platform TikTok) lewat lagunya yang berjudul Pano, Zack kini bakal bertemu peminatnya di Kuala Lumpur, Malaysia.

Dengan kerjasama di antara pihak Universal Music Malaysia dan Universal Music Filipina, Zack akan membuat persembahan di acara ‘Music Is Universal’ pada tanggal 4 Mac 2023 di tingkat LG2, Central Avenue, Sunway Pyramid.

Acara ini bukan sahaja akan memberi peluang buat Zack untuk menyerlahkan bakatnya sebagai seorang penyanyi dan penghibur, tetapi juga untuk mendekati dan mengenali para peminatnya di Malaysia dengan lebih akrab.

Lebih menarik lagi, acara ini akan diserikan dengan kehadiran beberapa artis Universal Music Malaysia yang lain iaitu YonnyBoii, Insomniacks, serta Bella Astilah. Ketiga-tiga artis ini sememangnya mempunyai golongan peminat mereka tersendiri, lantas acara ini akan memberi mereka kesempatan untuk mempersembahkan karya terbaharu masing-masing.

Bagi peminat yang ingin menyertai acara ini untuk menonton artis kesayangan anda, jangan lupa untuk melakukan RSVP.

Acara ‘Music Is Universal’ ini mendapat sokongan daripada hotel Le Meridien sebagai penaja penginapan dan juga stesen radio Bahasa Inggeris tersohor Malaysia, Hitz FM selaku stesen radio rasmi.

Sila ikuti laman media sosial Universal Music Malaysia untuk perkembangan terkini.

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM