AMLIFE SARANKAN “TIDUR REGENERATIF – RAHSIA AWET MUDA” SEMPENA SAMBUTAN HARI TIDUR SEDUNIA 2023

AmLife International Sdn. Bhd. sekali lagi kembali untuk menganjurkan inisiatif Hari Tidur Sedunia (WSD) bagi menangani isu-isu tidur yang semakin berleluasa menerusi acara kesihatan tidur serantau untuk warga media di Berjaya Times Square Hotel baru-baru ini.

Dari kiri - Dr. Lim, Mr. Lew & Dr. Ariel memperkenalkan teknologi AmLife DeepZleep AmSonic regenerative sleep dari Jepun

Zaman pasca Covid membuka lembaran dan cabaran baharu kepada kehidupan manusia, terutamanya kualiti tidur. Perpustakaan Maklumat Ubat & Bioteknologi Kebangsaan mendapati bahawa COVID-19 telah menimbulkan kesan sampingan jangka pendek dan juga panjang dengan 40% daripada individu melaporkan kesukaran tidur semasa pandemik dan 31% menderita akibat gangguan tidur selepas COVID.

Menurut laporan dalam Jurnal Perubatan dan Sains Kesihatan Asia, perangkaan menunjukkan bahawa 9 daripada 10 rakyat Malaysia mengalami satu bentuk insomnia (kesukaran tidur) dan menghadapi satu atau lebih masalah tidur. Seramai 35% rakyat Malaysia dibelenggu gangguan tidur, dengan lebih daripada 53% tenaga kerja Malaysia mendapat kurang daripada jumlah tidur minimum 7 jam sehari manakala sekurang-kurangnya 51% mengalami tekanan berkaitan kerja.

Sementara itu, satu tinjau selidik keratan rentas dalam talian mengenai kesihatan kerja yang dijalankan oleh Pusat Perkhidmatan Kesihatan Komuniti, Fakulti Sains Kesihatan dan beberapa universiti tempatan utama seperti UKM & UM melaporkan bahawa pada 2021, 54% daripada 11,356 dewasa yang bekerja tidak mendapat tidur yang secukupnya. Faktor yang menyebabkan waktu tidur kurang daripada 7 jam sehari termasuk menjaga anak, gaya hidup, keadaan tidur kurang baik dan isu kesihatan mental.

Berpegang kepada cogan kata, “Life, Redefined,” atau Mentakrifkan Semula Kehidupan, AmLife menerajui gerakan WSD untuk membantu rakyat Malaysia mendapat tidur yang lebih lena, lantas menambah baik kesihatan dan membolehkan mereka menikmati sepenuhnya kehidupan. Tahun ini merupakan tahun ke-8 AmLife menganjurkan acara pameran kesihatan bersempena Hari Tidur Sedunia bersama Persatuan Tidur Sedunia, dan juga rakan kerjasamanya selama tiga tahun, Persatuan Penjagaan Tidur Taiwan (TSCA) di bawah tema “Tidur Amat Penting Demi Kesihatan”. Usaha ini merupakan sebuah inisiatif pendidikan serantau meliputi Malaysia, Hong Kong dan Taiwan.

Selebriti & hos TV Hui Mei ialah duta Hari Tidur Sedunia untuk AmLife tahun ini.

Menurut En. Lew Mun Yee, Pengasas & Presiden AmLife, pendidikan tidur kini semakin penting memandangkan gangguan tidur boleh mencetus pelbagai masalah kronik termasuk diabetes jenis 2, sakit jantung, kegemukan, kemurungan dan penyakit berkaitan keimunan.

“Dalam jangka panjang, kekurangan tidur boleh menyebabkan penyakit degeneratif. Kajian saintifik mendapati bahawa tidur ialah cara terbaik untuk menguatkan sistem imun dan mengurangkan risiko jangkitan virus! Tidur dan penuaan berhubung kait rapat kerana gangguan tidur menjejaskan kesihatan, keimunan dan fungsi keseluruhan badan dan mempercepatkan penuaan,” kata Lew.

AmLife juga membincangkan “Rahsia Awet Muda” menerusi tidur regeneratif hari ini. Menurut laporan akhbar, Malaysia akan menjadi sebuah negara warga emas menjelang 2030. Ini bermakna dalam masa hanya lapan tahun, jumlah penduduk 60 tahun dan lebih akan mencecah 15.3%, iaitu seorang daripada setiap enam orang akan berusia lebih 60 tahun.

Penuaan populasi Malaysia menimbulkan risiko besar kepada industri penjagaan kesihatan negara dan merupakan cabaran utama masyarakat kita. Penyakit Alzheimer ialah masalah kesihatan serius dalam sesebuah negara yang mempunyai ramai warga emas. Kira-kira 50 juta orang di seluruh dunia disahkan menghidap penyakit Alzheimer. Malah di Jepun sahaja terdapat kira-kira 7 juta pesakit Alzheimer.

Beberapa orang pakar tidur telah berkongsi hasil penemuan mereka di acara media tersebut. Dr. Ariel B. Neikrug, PhD, Pakar Psikologi Kesihatan Klinikal dan Pakar Perubatan Tidur dan juga Penolong Profesor Klinikal Berdaftar, Psikiatri & Tingkah Laku Manusia, Fakulti Perubatan, University of California, Irvine berkongsi fakta tentang pemulihan berkaitan usia & antipenuaan. Di samping itu, beliau berucap membincangkan isu kesihatan mental yang dialami oleh orang ramai selepas Covid. “Tidur memainkan peranan sangat penting dalam proses penuaan, kesihatan mental dan kesejahteraan umum kita. Tidur memainkan peranan terutamanya dalam proses baik pulih badan dan otak kita,” kata Dr. Ariel.

Dr. Lim Geng Yan, Usahawan Bidang Penjagaan Warga Emas, Pelopor Inovasi dan Doktor Perubatan, berkongsi tentang degenerasi atau kemerosotan sel dan bagaimana tahap keimunan dipertingkatkan menerusi tidur berkualiti dan terapi sel stem. “Walaupun strategi rawatan Covid semasa tidak boleh membantu sel-sel organ yang rosak untuk dihasilkan semula, banyak kajian perubatan mendapati bahawa sel stem mesenkima (MSC) mempunyai keupayaan untuk memulihkan organ yang rosak akibat Covid, dan MSC berpotensi membalikkan kesan sampingan Covid jangka panjang,” ujar Dr. Lim.

Makanan dan senaman sesungguhnya penting untuk memastikan tidur lebih lena. En. KS Chan, Pakar Pemakanan Bertauliah dan Dr. Choo Hao Jian, seorang doktor yang mengkhusus dalam bidang geriatrik dan perubatan regeneratif telah berkongsi hasil penemuan mereka tentang cara mendapatkan tidur yang berkualiti menerusi pemakanan yang sewajarnya dan aktiviti penjagaan di rumah untuk membantu menenangkan badan dan minda bagi mendapatkan tidur yang nyenyak.

"Tidur yang berkualiti boleh dicapai dengan mengamalkan kitaran sirkadian, di mana kita melatih badan kita untuk membiasakan diri dengan rutin yang mengawal kitaran tidur-bangun," kata Dr. Choo.

"Satu cara untuk mengamalkan ini adalah dengan menutup lampu apabila kita pulang ke rumah selepas bekerja, dan meletakkan semua peranti elektronik supaya badan kita secara automatik akan tahu bahawa sudah tiba masanya untuk berehat," tambah Dr. Choo.

"Salah satu cara untuk memperbaiki diet anda adalah dengan meningkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran, sambil makan lebih banyak daging tanpa lemak. Orang ramai juga harus mengelakkan makanan yang diproses," kata KS Chan.

Di acara tersebut, AmLife melancarkan kempen tanggungjawab sosial korporat “Tidur Lebih Lena Dengan AmLife” yang bertujuan untuk meninjau masalah tidur paling umum yang dialami oleh rakyat Malaysia. Beberapa pempengaruh gaya hidup akan mengajak pembaca menceritakan “kisah tidur” mereka dan penyertaan yang paling menarik layak untuk menjalani ujian epigenetik dan mendapatkan rundingan perubatan profesional.

AmLife turut melancarkan AmLife DeepZleep – AmSonic serba baharu dan maju, hasil teknologi tidur regeneratif unik dari Jepun. Peranti ini menyediakan tiga jenis konsep terapi revolusioner termasuk Terapi Potensi Elektrik, Terapi Frekuensi AmSonic dan Terapi Haba. Kombinasi terapi ini menghasilkan kesan yang menggalakkan tidur regeneratif pertama dunia demi kesejahteraan rohani dan jasmani keseluruhan, membolehkan anda memulihkan semula kesihatan sambil anda tidur.

AmLife telah mendidik dan membantu orang ramai mendapatkan tidur dan kesihatan lebih baik menerusi terapi potensi elektrik dari Jepun untuk tempoh 20 tahun lepas. Selepas bertapak kukuh dalam industri tidur, AmLife kini mempelopori perubatan regeneratif menerusi terapi sel stem.

“Rawatan serba maju ini membantu lebih ramai orang melengahkan penuaan dan mengurangkan penyakit untuk membolehkan semua orang menikmati hidup berkualiti. Dengan terapi sel stem, seseorang mungkin meningkat usia tetapi masih kuat kerana badan manusia sebahagian besarnya terdiri daripada sel; maka penghasilan semula sel-sel baharu secara konsisten membantu dalam proses antipenuaan,” kata En. Lew.

Menyedari hakikat ini, AmLife telah mempelopori usaha terbaharunya –AlphaCelle – yang merupakan klinik pertama untuk menyepadukan sel stem, potensi elektrik tinggi dan eksosom untuk rawatan regeneratif menyeluruh yang membantu lebih ramai orang melengahkan penuaan, mengurangkan penyakit dan menikmati kehidupan berkualiti pada usia emas.

“Misi kami ialah untuk mempopularkan terapi sel stem untuk semua dan membolehkan lebih ramai orang menjalani terapi sel stem dan membuka lembaran baharu dalam hidup yang lebih bahagia buat mereka,“ ujar En. Lew.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.amlife.com.my.

Comments

Popular posts from this blog

ANTA MALAYSIA MELANCARKAN KEMPEN SUMBANGAN KASUT SEMPENA RAMADAN

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA