GUARDIAN ANJUR BENGKEL KEBERSIHAN DAN SUMBANG PRODUK MANDIAN KEPADA PELAJAR SEKOLAH


Kira-kira 200 pelajar Tahun 2 dan pelajar Berkerperluan Khas dari Sekolah Kebangsaan Shah Alam baru-baru ini, telah menyertai Bengkel Kebersihan Guardian interaktif anjuran Guardian Malaysia yang merupakan sebahagian daripada program khidmat masyarakatnya di seluruh negara, “Bersama, Menjaga Kebersihan dan Kesihatan Kanak-Kanak”, yang bertujuan membantu kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah kekal bersih dan seterusnya, kekal sihat.

Soren Lauridsen, Ketua Pegawai Eksekutif, Kesihatan dan Kecantikan Asia Tenggara, Guardian Health and Beauty Sdn Bhd berkata;

“Kami berasa senang hati dan bangga menyaksikan keseronokan pada wajah kanak-kanak ini ketika mempelajari tentang amalan kebersihan yang baik di Bengkel Kebersihan kami. Di Guardian, kami percaya bahawa semua orang berhak untuk menjadi bersih dan sihat. Ia adalah hak asasi manusia. Hal ini tidak sepatutnya menjadi satu kemewahan atau keistimewaan, terutamanya bagi kanak-kanak. Kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah terdedah kepada serangan penyakit kerana keluarga mereka tidak mempunyai sumber untuk membeli produk kebersihan, lebih-lebih lagi selepas Covid-19 kerana keutamaan diberikan kepada menyediakan makanan untuk anak-anak mereka.”

Soren Lauridsen, Ketua Pegawai Eksekutif, Kesihatan dan Kecantikan Asia Tenggara, Guardian Health and Beauty Sdn Bhd

“Inilah sebab tercetusnya Kempen ‘Bersama, Menjaga Kebersihan dan Kesihatan Kanak-Kanak’ Guardian yang dilancarkan dengan sasaran untuk menyediakan 20 juta mandian untuk kanak-kanak kurang bernasib baik, bukan hanya di Malaysia, tetapi di semua negara Asia Tenggara yang lain seperti Singapura, Indonesia, Kemboja dan Vietnam. Ini adalah kempen Tanggungjawab Sosial Korporat yang merentasi seluruh rantau operasi Guardian.”

Selain Bengkel Kebersihan, kanak-kanak sekolah itu turut menerima produk mandian Guardian percuma. Sebanyak 820 botol produk mandian dan pencuci tangan disumbangkan kepada mereka.

Dalam pada itu, sukarelawan Guardian juga telah turut serta untuk melukis sebuah mural yang menampilkan Beruang Guardiancares yang menggambarkan kepentingan kebersihan dan amalan mandi di sekolah tersebut.

Guru Besar SK Shah Alam, Puan Hamidah Bt Shamsudin turut merakamkan ucapan terima kasih beliau di atas sumbangan Guardian.

“Kami sangat bersyukur di atas sumbangan yang bermakna dan usaha Guardian untuk memastikan kebersihan dan kesihatan kanak-kanak ini. Kami juga sangat menghargai usaha Guardian untuk menceriakan lagi sekolah kami dengan lukisan mural yang berwarna-warni. Ia benar-benar memberi semangat kepada para pelajar,” kata Puan Hamidah.

Turut hadir, Dato’ Lawrence Low, Pengerusi dan Pengasas, MyPerintis & School of Life Malaysia, rakan kongsi NGO Guardian dalam program ini.

Soren menambah; “Di samping itu, untuk setiap satu liter produk mandian Guardian yang dijual di Malaysia, 15 sen akan disumbangkan untuk membeli produk mandian untuk kanak-kanak kurang bernasib baik ini. Jadi kami berharap agar pelanggan kami dapat menyokong usaha khidmat masyarakat kami dengan membeli produk mandian badan Guardian.”

Sementara itu, patung beruang Guardiancares akan dijual pada harga RM30 sahaja, di semua stor Guardian di seluruh Malaysia dan di stor dalam talian serta aplikasi mudah alih Guardian. Semua hasil jualan patung Beruang Guardiancares akan disalurkan ke dana #guardiancares bagi menyokong keperluan penjagaan diri kanak-kanak kurang bernasib baik di Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

ANTA MALAYSIA MELANCARKAN KEMPEN SUMBANGAN KASUT SEMPENA RAMADAN

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA