JABRA LANCAR PERANTI GAYA KERJA HIBRID - EVOLVE2 & SPEAK2

Kajian dalam Global Report yang dilaksanakan dan diterbitkan pada tahun 2022 oleh Jabra bertajuk “Hybrid Ways of Working” mendapati bahawa 80% sidang mesyuarat dilaksanakan sama ada dalam bentuk dalam talian sepenuhnya atau secara hibrid.


Warga natif hibrid seperti golongan Gen Z menganggap komputer riba, set kepala, dan tempat-tempat yang mempunyai sambungan internet yang baik sebagai “pejabat” mereka. Golongan ini sering melaksanakan kerja mereka di “ruang ketiga” seperti ruang kerja bersama, kafe, atau perpustakaan, yang merupakan trend dalam tahun 2023.

Walaupun dengan kemudahan bekerja dari kediaman sendiri, terdapat juga cabaran seperti kualiti audio dan visual yang rendah dalam pelaksanaan kerja dari luar pejabat. Kajian mendapati bahawa 37% pekerja global menyatakan bahawa mereka sering berasa ketinggalan dalam sidang mesyuarat hibrid dan hanya 3 daripada 10 pekerja pejabat didapati sentiasa menggunakan peranti audio dan video luaran untuk kerja mereka.

Untuk merapatkan jurang generasi dan teknologi di kalangan tenaga kerja dan untuk tetap utuh dalam usaha ke arah penghasilan kualiti audio yang lebih baik, Jabra, jenama audio profesional terkemuka dunia, memperkenalkan produk baharu dalam rangkaian terkemuka set kepala dan pembesar suara untuk kegunaan persidangan.

Siri Jabra Evolve2 menyaksikan tambahan tiga set fone kepala peringkat pertengahan yang baharu termasuklah Jabra Evolve2 65 Flex, Evolve2 50 dan Evolve2 55 yang menyokong kerja dari mana-mana sahaja.

Sementara itu, siri fon pembesar suara profesional Jabra yang menerajui pasaran turut berkembang dengan Jabra Speak2 75, Speak2 55 dan Speak2 40 yang menawarkan kemudahan pergerakan, kejelasan dan kualiti bunyi yang kekal unggul.


Perubahan gaya kerja hibrid dengan rangkaian Evolve2 baharu

Set kepala Evolve2 baharu direka untuk memperkasakan pengguna dengan ciri-ciri yang paling bermanfaat dan profesional untuk melindungi zon tumpuan mereka dan membolehkan mereka menerima panggilan dan menyertai mesyuarat walau di mana mereka berada.

Di samping itu, dengan set kepala Evolve2, pengguna tidak perlu menukar set kepala di waktu rehat kerana ia mengoptimakan bunyi untuk panggilan profesional dan muzik. Jabra Evolve2 65 Flex begitu menonjol dengan reka bentuk unik fold-and-go dengan cekak kepala berengsel yang boleh dilipat, earcup yang lebih nipis, dan lengan boom lebih pendek yang boleh disembunyikan.

Dengan set kepala ini, pengguna boleh berasa yakin bahawa suara mereka dapat didengar dengan jelas walaupun di tempat yang bising, yang dibawakan oleh cipset yang berkuasa, algoritma digital termaju, dan mikrofon beamforming Jabra ClearVoice bagi kegunaan pejabat terbuka.

Cipset dan teknologi pembatalan hingar membawakan Pembatalan Hingar Aktif Hibrid (ANC) yang terbaik dalam kelasnya* dan earcup memory foam dengan padanan yang rapat membantu mengedap lebih banyak bunyi persekitaran.

Selain itu, set kepala ini menampilkan teknologi Jabra Air Comfort dan earcup fleksibel yang bergerak mengikut pergerakan pengguna – yang menjadikan set kepala ini benar-benar selesa, walaupun dipakai berjam-jam.

Jabra juga membawakan Pembatalan Hingar Aktif (ANC) dalam rangkaian set kepala profesional yang lebih luas, dengan pilihan tanpa wayar, Evolve2 55, dan versi berwayar, Evolve2 50. Set kepala tersebut direka dengan ANC yang berkuasa dengan reka bentuk ruang akustik unik, pembesar suara khusus 28mm, cipset yang direka khas yang mengupayakan pengasingan suara, dan dua mikrofon pembatalan hingar premium.

Produk Evolve2 Mid Range diiktiraf untuk semua platform persidangan maya terkemuka, seperti Microsoft Teams, Google Meet dan Zoom.

Dari kiri: Speak2 40, Speak2 55 & Speak2 75

Kehidupan kerja hibrid kedengaran lebih baik dengan rangkaian Speak2 baharu

Rangkaian Speak2 baharu direka khusus untuk memenuhi keperluan bagi pembesar suara pintar yang direka untuk mengendalikan apa sahaja yang perlu dihadapi dalam kesibukan hari kerja hibrid, sama ada sidang mesyuarat, panggilan langsung, penstriman media, pembentangan, atau sekiranya walau di mana sahaja anda bekerja.

Rangkaian Speak2 direka supaya melangkaui standard prestasi fon pembesar suara, dan audio full duplex yang sesuai untuk semua peserta persidangan supaya mereka bukan hanya dapat didengari, tetapi juga diberi perhatian.

Jabra Speak2 75 seumpama bilik mesyuarat dalam poket anda, satu-satunya fon pembesar suara dalam rangkaian ini yang menampilkan Penunjuk Kualiti Mikrofon yang direka khas.

Lingkaran cahaya 360 darjah menunjukkan kepada pengguna mutu suara mereka yang dikesan oleh mikrofon, supaya pengguna berasa yakin kerana dapat tampil benar-benar profesional walau di mana mereka bekerja.

Fon pembesar suara ini menampilkan pembesar suara full-range termaju 65mm, yang membawakan pengalaman audio yang jauh lebih berkuasa untuk memastikan mesyuarat yang jauh lebih efisien dan produktif.

Speak2 40 menawarkan talian langsung menerusi kabel USB kepada pengguna manakala Speak2 75 atau Speak2 55 pula memberikan pilihan penggunaan secara tanpa wayar menerusi Bluetooth. Rangkaian Speak2 menawarkan peranti profesional yang bukan sahaja boleh dimuatkan di dalam poket dan mudah dibawa ke mana sahaja, tetapi juga lengkap dengan teknologi terkini.

Setiap produk Speak2 juga direka supaya dapat digunakan dengan semua platform persidangan maya utama, oleh itu pengguna boleh menyertai panggilan dan persidangan dari mana-mana lokasi dengan yakin, tanpa perlu risau tentang kualiti audio yang rendah atau masalah sambungan.

Agnes Koh, Pengurus Pemasaran Produk Serantau, APAC, bagi Jabra berkata, “Peralatan audio yang baharu ini berupaya menyokong gaya kerja hibrid dengan membawakan gaya kerja fleksibel ke tahap yang lebih tinggi. Ia membolehkan pekerja pejabat moden melaksanakan kerja mereka dengan cara yang paling produktif dengan penampilan dan bunyi yang bertaraf profesional .”

“Dengan rekaan semula rangkaian audio profesional utama kami, iaitu Evolve2 dan Speak2, kami menyokong generasi pekerja fleksibel masa kini dengan pengalaman yang dioptimakan untuk meningkatkan prestasi mereka dalam mana-mana persidangan hibrid,” kata Agnes.

Ciri-ciri utama ketiga-tiga produk Evolve2:
  • Keselesaan maksimum dengan teknologi Jabra Air Comfort
  • Sistem Mikrofon ClearVoice Jabra yang memenuhi standard mikrofon premium bagi pejabat terbuka
  • Busylight bersepadu 360°
  • Pembesar suara khusus 28mm membawakan bunyi premium untuk muzik
  • Diiktiraf untuk platform persidangan maya terkemuka (terdapat dalam varian dengan pengiktirafan UC dan Microsoft Teams)
  • Rangkaian tanpa wayar sehingga 30m/100 kaki (Evolve2 65 Flex & Evolve2 55 sahaja)
  • Penyesuaian tersendiri dengan Jabra Sound+, Jabra MySound dan pembantu suara (Evolve2 65 Flex & Evolve2 55 sahaja)
  • Sambungkan dua peranti pada masa yang sama dengan dwi ketersambungan (Evolve2 65 Flex & Evolve2 55) dan sambungkan kepada peranti lain menerusi Bluetooth dengan memasang palam (Evolve2 50)
  • Lengan boom boleh disenyapkan untuk menjawab panggilan
  • Terdapat dalam stereo dan mono (Evolve2 55 & Evolve2 50 sahaja) – Evolve2 65 Flex boleh didapati dalam stereo
  • Pilihan bagi tempat letak pengecas (Evolve2 65 Flex & Evolve2 55 sahaja)
Ciri-ciri utama Evolve2 65 Flex sahaja:
  • Set kepala profesional* mudah alih dengan reka bentuk unik fold-and-go
  • Pembatalan Hingar Aktif Hibrid (ANC)* yang terbaik dalam kelasnya
  • Lengan boom yang boleh disembunyikan untuk tampil profesional
  • Masa bercakap sehingga 20 jam tanpa penggunaan ANC/busylight, masa bercakap sehingga 15 jam dengan penggunaan ANC/busylight, masa mendengar sehingga 32 jam tanpa penggunaan ANC/busylight, masa mendengar sehingga 21 jam dengan penggunaan ANC/busylight

Ciri-ciri utama Evolve2 55 sahaja:
  • Masa bercakap sehingga 16 jam tanpa penggunaan ANC/busylight, masa bercakap sehingga 10 jam dengan penggunaan ANC/busylight, dan masa mendengar sehingga 18 jam tanpa penggunaan ANC/busylight, masa mendengar sehingga 15 jam dengan penggunaan ANC/busylight
  • Padanan selesa yang terbaik dalam kelasnya
Ciri-ciri bersama rangkaian Speak2 range:
  • Empat mikrofon beamforming pembatalan hingar dengan teknologi inovatif pengurangan hingar latar
  • Audio full duplex termaju
  • Teknologi Penormalan Tahap Suara
  • Direka supaya dapat digunakan dengan semua platform persidangan maya utama, seperti Microsoft Teams, Google Meet dan Zoom
  • Penarafan IP64 untuk perlindungan daripada habuk dan air
Speak2 75 sahaja:

  • Audio super-wideband dan pembesar suara full range 65mm
  • Penunjuk Kualiti Mikrofon
  • Sehingga 33% bahan mampan (dari bahagian mekanikal)
  • Sambungan mudah dengan Microsoft Swift Pair
  • Penggunaan segera dengan plug-and-play
  • Sehingga 32 jam hayat bateri tanpa wayar
  • Microsoft Teams Rooms dan Zoom Rooms
Speak2 55 dan Speak 40:
  • Plug-and-play untuk memudahkan penggunaan, dan sehingga 12 jam hayat bateri tanpa wayar bagi Jabra Speak2 55
  • Mengandungi lebih daripada 50% bahan mampan (daripada bahagian-bahagian mekanikal)
Harga
  • Evolve2 50 Stereo MSRP RM1,180
  • Evolve2 55 Stereo MSRP RM1,580
  • Evolve2 65 Flex MSRP RM1,880
  • Speak2 40 MSRP RM1,080
  • Speak2 55 MSRP RM1,180
  • Speak2 75 MSRP RM2,380

Ketersediaan

Speak2 & Evolve2 Mid Range akan berada di pasaran mulai April 2023. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut atau untuk permintaan demo, kunjungi Jabra di www.jabra.com/evolve2 atau www.jabra.com/speak2.

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM