NAAMASTAY HIP HOP KEMBALI TAHUN INI DENGAN PENAMPILKAN YOGI B, BALAN KASH DAN BANYAK LAGI


Naamastay Hip Hop Kembali semula tahun ini dengan tema yang lebih baru dan bertenaga dengan menampilkan 36 barisan artis tempatan ( dan lebih banyak artis akan diumumkan tidak lama lagi) yang hebat di samping aktiviti-aktiviti booth lokal yang merangkumi makanan tempatan, foto, permainan dan banyak lagi. 

Acara muzik tahunan ini akan berlangsung pada 20 Mei 2023 di Sweet Memory, KL yang terletak di Jalan Chagar, Chow Kit KL, bertentangan dengan Wisma FGV, bangunan lama Sime Darby. 

Apa yang lebih dibanggakan untuk Naamastay Hip Hop pada tahun ni ialah, konsert ini telah menerima sokongan daripada Kementerian Komunikasi dan Digital bersama badan kreatif kerajaan, MyCreative Ventures Sdn. Bhd. Sebagai penghargaan kepada peminat muzik hip hop tempatan, penganjur Naamastay Hip Hop telah mengumumkan yang 100 tiket pertama akan diberikan secara PERCUMA pada 12 April 2023, bermula pada pukul 4:00 petang sehingga pukul 12:00 tengah malam. 

Harga tiket terawal iaitu ‘early bird’ yang terhad boleh didapati pada harga RM 89 dan RM 111 untuk harga tiket biasa. Semua tiket ini boleh dibeli melalui laman naamastayhiphop.ubertickets.asia bermula 12:00 tengah malam pada 13 April 2023. 


“Naamastay Hip Hop berbeza daripada mana-mana konsert lain yang telah anda hadiri. Acara ini membawa barisan artis yang berbakat dengan suasana yang meriah dan muzik yang dibawakan sangat bertenaga dan bertaraf antarabangsa. 

Naamastay Hip Hop bukan sahaja membawakan artis dan persembahan yang hebat malah ia juga simbolik untuk meraikan keaslian dan kehebatan seni dan budaya muzik hip hop tempatan,” kata Sri Janarthanan Nair, Pengarah Urusan FourOne6. Tambah Sri Janarthanan Nair, Naamastay Hip Hop menjanjikan platform muzik tahunan yang luar biasa untuk pencinta muzik berkumpul dan mengalami persembahan yang hebat daripada artis hip hop Tamil Malaysia. 


Untuk butiran lanjut mengenai acara muzik ini, ikuti Naamastay Hip Hop di https://www.facebook.com/naamastayhiphop/, https://www.instagram.com/naamastayhiphop/ 

Comments

Popular posts from this blog

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA