PAUSE & OOMPH - PENJAGAAN KECANTIKAN HOLISTIK DARI DALAMAN DAN LUARAN

Rangkaian Penjagaan Kulit PAUSE

Jenama kecantikan Pause & Oomph telah tiba di Malaysia dengan pesanan: Menambah “Oomph” kepada kulit hanya memerlukan anda untuk “pause” beberapa saat! Dirumus khas untuk penjagaan diri holistik wanita, jenama itu telah muncul dengan rangkaian produk yang dirumus menggunakan ramuan semula jadi dan bebas daripada bahan yang memudaratkan: Pause untuk penjagaan kulit untuk kecantikan luar dan suplemen Oomph untuk kesihatan dalaman.
Rangkaian suplemen OOMPH

Pamela Gueh, pengasas Pause & Oomph, berkongsi inspirasi di sebalik konsep dwi jenama itu: “Kecantikan ialah program kesihatan menyeluruh dari dalaman sehingga ke luaran - semua produk kami dibuat dengan mengambil kira moto ini! Tidak dapat dinafikan bahawa ramai wanita di luar sana yang mengabaikan penjagaan kecantikan diri apabila mereka semakin meningkat usia dan memikul tanggungjawab yang lebih besar dalam hidup, dan kulit merupakan adalah bahagian tubuh yang pertama yang menunjukkan tanda-tanda penuaan. Bagi saya, penjagaan kulit anda bukan sekadar menggunakan produk luaran tetapi ia juga harus memperlahankan proses penuaan dari dalaman ke luaran."

Untuk mengekalkan rutin kecantikan yang ringkas dan sihat, PAUSE menampilkan hanya lima produk penjagaan kulit yang penting setiap hari, Produk-produk dalam rangkaian ini adalah bebas daripada paraben, bahan-bahan kimia atau pewangi tiruan dan dirumus dengan teliti menggunakan bahan-bahan asli dan semula jadi yang bermanfaat kepada kulit.

Pause Vit-C Brightening Cleanser

Pause Hydrating Rice Serum 30ml


Pause Vit-C Brightening Cleanser (Pembersih muka) dirumus untuk membersihkan kulit dengan menggunakan khasiat semula jadi buah-buahan. Ia mengandungi ekstrak strawberi dan tiga jenis minyak pati (essential oil) semula jadi untuk menyegarkan kulit yang kusam atau tidak bermaya. 

Sementara itu, Intense Hydrating Rice Serum mnampilkan keberkesanan  antioksidan di dalam ekstrak beras dan asid hyaluronik untuk mengekalkan kelembutan dan keanjalan kulit.

Pause Juniper Berry AHA Toner

Produk lain dalam rangkaian Pause adalah  toner, esen dan masker tanah liat untuk memenuhi melengkapkan penjagaan kulit yang berbeza, serta berus pembersih lembut yang lembut pada semua jenis kulit.

Rangkaian suplemen Oomph pula adalah makanan tambahan yang sesuai untuk digunakan oleh semua peringkat umur! Rangkaian produk ini terdiri daripada multivitamin, minuman penggalak (booster) dan minuman serat probiotik yang juga boleh menjadikan smoothie untuk diminum sebelum bersenam atau selepas bersenam. 

Bagi mereka yang telah berusia dan ingin terus mengekalkan kesihatan kulit, jenama Oomph menampilkan rangkaian kolagen kecantikan yang diperkayakan dengan sakura (bunga ceri), sarang burung, peptida atau beri campuran.

Kulit kita tidak akan berubah menjadi cantik secara ajaib dengan rejim penjagaan kulit sepuluh langkah atau menambahkan jumlah produk kecantikan, ia perlu dijaga dan diserlahkan dari dalaman dengan memakan makanan yang berkhasiat.  

Untuk membantu warga Malaysia agar dapat memahami kulit mereka dan memilih produk yang sesuai dengan keperluan individu mereka, Pause & Oomph mempunyai jurnal kulit dalam talian percuma di laman web. Jurnal ini memaparkan artikel blog yang mengupas secara mendalam semua aspek penjagaan kulit holistik dan faedah pelbagai produk yang berbeza.

Para penggemar kecantikan juga boleh merujuk kepada glosari ramuan di laman web tersebut. Ia memaparkan senarai ramuan yang digunakan dalam produk dengan lengkap dan telus — beserta dengan kegunaannya, kesan sampingan dan petua penggunaan yang berkesan!

Rangkaian produk Pause & Oomph dihasilkan dengan penuh kasih sayang di Malaysia dan mendapat pensijilan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Rangkaian penuh tersedia di dalam talian melalui laman web rasminya atau Shopee, dengan pilihan penghantaran ke seluruh negara dan antarabangsa.

Untuk maklumat lanjut dan pembelian, sila layari: https://pauseandoomph.com/

Comments

Popular posts from this blog

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!