PROGRAM TV MENARIK SEPANJANG RAMADAN 2022 DI AWESOME TV


Bersempena dengan kehadiran bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan, saluran stesen televisyen swasta percuma (free-to-air) Awesome TV kembali mengangkat tema istimewa penuh bermakna; ‘Ikhlaskan Jiwa, Dekat DenganNya’ bagi melatari Kempen Ramadan 2023 tahun ini yang sarat dengan pengisian komprehensif sepanjang bulan mulia ini menerusi himpunan hampir 50 program menarik khas untuk rakyat Malaysia.

Mulai minggu pertama Ramadan ini, para penonton bakal dihidangkan dengan seleksi kandungan terhebat merangkumi genre kerohanian, CSR dan kemasyarakatan, telefilem, drama bersiri, koleksi filem menarik tempatan dan antarabangsa, naskhah throwback klasik malar segar, sketsa, sitkom, variasi, bual bicara serta banyak lagi yang boleh ditonton menerusi platform Awesome TV di saluran Astro 123 dan MyTV 112.

Mengulas lanjut mengenai pengisian kempen Ramadan tahun ini, Datin Ezzan Zalilah Zulfadzli selaku Pengarah Unit Kandungan Awesome TV berkata, “Sudahpun memasuki tahun ketiga, Awesome TV tidak pernah ketinggalan dalam menyajikan santapan program-program menarik sempena sambutan bulan Ramadan untuk seisi keluarga.

Untuk tahun ini, persiapan rapi sudahpun dibuat bagi menyemarakkan lagi pengisian kempen ‘Ikhlaskan Jiwa, Dekat DenganNya’ dengan menghimpunkan variasi program istimewa daripada pelbagai genre berbeza demi memenuhi citarasa semasa audiens.

Selain daripada mempersembahkan program-program berunsur hiburan yang berkualiti tinggi, kami tidak ketinggalan untuk menyiarkan program-program yang mempunyai pengisian nilai-nilai kerohanian serta suntikan elemen-elemen pengajaran dan pendidikan dalam program yang disiarkan.

Sebagai stesen televisyen, kami juga memikul tanggungjawab besar dalam mendidik masyarakat menerusi program-program yang mampu memupuk nilai-nilai murni dan positif. Membawa amanat yang sama, kami teruskan tradisi tahunan menerusi kolaborasi amal bersama pihak ‘KAPB’ bagi menjayakan inisiatif penerbitan program CSR ‘Ihsan Kita’ untuk mendekati audiens kami menerusi aktiviti kemasyarakatan di bulan penuh barakah ini.

Semoga rakyat Malaysia bakal terhibur dengan pelbagai kandungan hebat tanpa henti yang dibawakan khas sepanjang bulan Ramadan oleh Awesome TV. Selamat menonton!”

1. Sempena bulan puasa ini, Awesome TV menampilkan rangkaian drama-drama terhebat khas untuk peminat drama Melayu tempatan. Drama ‘Jodoh Duda I’ 18 episod yang dibintangi oleh Azrel Ismail, Elisha Sandha dan Syazwan Zulkifly bakal menghiasi slot ‘Rom Com’ pada setiap hari Isnin hingga Rabu jam 9.30 malam bermula 27 Mac 2023. Manakala drama ‘Kiblat Yang Hilang’ akan menampilkan barisan pelakon handalan seperti Laila Nasir, Azhan Rani, Zul Huzaimy, Sweet Qismina, Kartina Aziz, Wafariena, Zain Hamid, Trisha Oii, Badrul Muhayat, Riz Amin pula bakal mengambil alih slot ‘Dramatix’ pada setiap hari Isnin hingga Ahad jam 8.30 malam.

2. Sepanjang bulan Ramadan, Awesome TV jugak tidak ketinggalan membariskan program-program berunsur kerohanian seperti ‘Chit Chat Ustaz S3’, program bual bicara mengenai kisah 25 Rasul iaitu ‘Kekasih Awal Dan Akhir’ yang dikemudikan oleh PU Amin pada setiap hari Isnin hingga Ahad jam 7.00 malam bermula 27 Mac 2023.

3. Program ‘Relax! Jangan Gaduh’ yang dihoskan oleh power couple Awal Ashaari dan Scha Alyahya pula bakal membincangkan tentang hal-hal agama dan isu-isu semasa yang berlaku dalam kehidupan seharian yang di adakan secara debat bersama ahli panel. Program 12 episod ini akan ditayangkan pada setiap hari Jumaat hingga Ahad jam 7.30 malam bermula 31 Mac 2023. Antara nama-nama popular yang turut diundang khas termasuklah Jihan Muse & Ungku Hariz, Pekin Ibrahim & Mona Allen, Aziz M.Osman & Puteri Lily Lokman, Ezzaty Abdullah & Azwan Kombos, Zamarul Hisham & Diana Rafar, Syed Aiman & Linda Rafar, Aliff Aziz & Bella Astillah, Beego & Linda Hashim, Atu Zero & Ika, Adam Lee & Sweet Qismina, Aepul & Leez Rosli, Fauzi Nawawi & Lisdawati.

4. Koleksi filem menarik juga membariskan naskhah-naskhah menarik seperti ‘Perempuan Melayu Terakhir’, ‘Show Me Your Love’, ‘Pua Chu Kang The Movie’, ‘Men On The Dragon’ menerusi slot ‘Monday Movie’ yang bersiaran pada setiap hari Isnin, jam 10.00 malam.

5. Dalam pada itu, slot ‘Hiburan’ bakal membariskan program-program menarik berbentuk infotainment dalam pelbagai genre seperti program masakan, food hunting, travelogue, bual bicara, dan banyak lagi. Jangan lupa temujanji anda dengan kami untuk program-program seperti ‘Jadi Ke Tak?’, ‘Riuh Bazram’, ‘Eat Clean With Anis’, ‘Resepi Most Wanted’, ‘Laki Masak Bini Lucky’, ‘Ha Ha Ha S2’ dan banyak lagi.

6. Manakala slot ‘Filem Kita’ yang bersiaran pada setiap hari Rabu, 10.00 malam pula membawakan anda seleksi filem tempatan malar segar pilihan seisi keluarga seperti ‘Gangster Celop’, ‘Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam’, ‘Jalan Kembali: Bohsia 2’, ‘Bravo 5’.

7. Slot ‘Ohsem Lejen’ pada setiap hari Khamis jam 10.00 malam akan terus menyajikan filem-filem klasik yang diterajui Seniman Agung Negara, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee seperti ‘Labu dan Labi’, ‘Nasib Si Labu Labi’, ‘Kanchan Tirana’, ‘Anak Buloh Betong’ dan ‘Dayang Senandung’.

8. Filem-filem Bollywood terhebat seperti ‘Dhadkan’, ‘Race 3’, ‘Kick’ serta banyak lagi bakal menyerikan slot ‘Hindi Special’ yang bersiaran pada setiap hari Jumaat jam 10.00 malam.

9. Kami juga akan menemani anda sekeluarga ketika bersahur dengan sajian kandungan menarik menerus ‘Sahur Special’ pada setiap hari Sabtu jam 4.00 pagi yang akan membariskan filem-filem throwback seperti ‘Konstabel Mamat’, ‘Bertunang’ dan ‘Selubung’.

10. Program kemasyarakatan CSR ‘Ihsan Kita’ pula disiarkan pada setiap hari Sabtu dan Ahad jam 6.00 petang yang bakal membawa kita menyelongkar realiti kehidupan masyarakat menerusi lapan buah rumah kebajikan terpilih.

11. Program ‘Housemate Kiriman Tuhan’ dan ‘Kau Yang Bernama Seri’ pula akan mengisi slot ‘Sitcom’ pada setiap hari Sabtu dan Ahad, jam 9.30 malam yang pastinya bakal mencuit hati. Peminat genre komedi kini dihiburkan dengan program ‘Housemate Kiriman Tuhan’ menerusi 15 buah episod yang menampilkan Tauke, Atu Zero, Luqman Hafidz, Ramona Zam Zam, Azhar ARL dan Otton ARL sehingga 15 April ini. Mulai 16 April pula, para penonton akan dihiburkan dengan rantaian sitkom ‘Kau Yang Bernama Seri’ menerusi 15 buah episod yang dibintangi oleh Azhar Sulaiman, Riena Diana, Shasha Abedul, Jazmy Juma dan Norlia Ghani.

12. Manakala slot ‘Horror Sabtu’ yang bersiaran pada setiap hari Sabtu, jam 10.00 malam pula akan membariskan koleksi filem seram seperti ‘Nightmare Side’, ‘The Returning’ dan ‘Hantu Merah Casablanca’

13. Slot ‘Malar Segar’ yang masih setia menemani penonton pada setiap hari Ahad jam 2.00 petang pula bakal membariskan filem-filem menarik seperti ‘Tuah’, ‘Ribut Barat’, ‘Si Jantung Hati’ dan banyak lagi.

14. Mengisi slot ‘Ohsem Tele’ pada setiap hari Ahad jam 9.00 malam turut menampilkan seleksi telemovie segar seperti ‘Syurga Nur Muhammad’ yang dilakonkan oleh Danish Hazriq, Puteri Sarah Liyana, Lan Siro, Raja Afiq, Amin Haridz, Badrul Muhayat, ‘Hud’, diterajui oleh Fahrin Ahmad, Eira Syazira, Eqifshah dan Norlia Ghani. Sutradara hebat tanah air, Rashid Sibir juga tampil dengan karya hebat ‘Jeman’ yang dibintangi oleh Iman Zulkarnain, Fauziah Nawi, Farah Ahmad dan Mia Farhana.


Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING