PROMOSI HARGA BONANZA SEHINGGA DISKAUN 80% DI SOGO SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI INI


Ada mereka yang berkata shopping raya tidak lengkap kalau tidak ke SOGO. Nampaknya, ia adalah sebuah kenyataan yang tidak dapat disangkal kerana jumlah orang yang berkunjung ke Sogo ketika musim perayaan ini memang ramai sekali. Apa tidaknya, Sogo Kuala Lumpur kini sedang rancak mengadakan promosi dan aktiviti hebat untuk membantu anda semua membuat persiapan persiapan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Antara promosi yang tidak harus dilepaskan adalah...

Promosi Bonanza Harga Raya (24 Mac – 23 April 2023)

Promosi ini diadakan di seluruh stor SOGO di Kuala Lumpur, Shah Alam dan Johor Bahru. Potongan harga sehingga 80% ditawarkan ke atas pelbagai barangan berjenama daripada pakaian wanita, lelaki dan kanak-kanak, aksesori, kecantikan, barang kelengkapan rumah dan produk gaya hidup.








Promosi Raya Bazaar (21 Mac – 26 April 2023)

Berkonsepkan Bazar Raya, promosi ini diadakan di Arena Promosi, Tingkat 7, SOGO Kuala Lumpur. Pengunjung boleh mendapatkan segala kelengkapan menyambut Aidilfitri di dalam bawah satu bumbung. Tawaran-tawaran yang tidak harus dilepaskan termasuklah Belian dgn Belian (BDB), Hadian dengan Belian (HDB), pelbagai aktiviti lain termasuklah peraduan berfoto, cabutan bertuah harian dan banyak lagi.





Sesi ‘Meet & Greet’ bersama Fazura & Fattah Amin pada 9 April 2023 pada 3.30 petang - 4.30 petang. Terhad kepada 100 pelanggan pertama yang membuat pembelian minimum RM50 dalam satu resit bagi produk Fazbulous pada 6 - 9 April 2023.

Sesi ‘Meet & Greet’ bersama Dato Sri Siti Nurhaliza pada 9 April 2023 pada 12.30 tghri - 1.30 petang. Terhad kepada 100 pelanggan pertama yang membuat pembelian minima RM150 dalam satu resit bagi produk SimplySiti dan Beausiti pada 7 - 9 April 2023.


Ihsan Raya Bersama SOGO (24 Mac – 10 Apr 2023)

Sempena Ramadan dan Raya tahun ini, SOGO mengadakan kempen ‘Ihsan Raya Bersama SOGO’ bagi memberi keceriaan kepada anak-anak dari Rumah Nur Hati. Para pelanggan digalakkan untuk bersama-sama memberi sumbangan serendah RM50 bagi seorang kanak-kanak untuk membeli pakaian Raya.

Sumbangan boleh dilakukan di Kaunter Khidmat Pelanggan, Tingkat Bawah, SOGO KL.


Peraduan Jom Balik Kampung bersama SOGO & PayNet (24 Mac – 31 Mei 2023)

Peraduan berlangsung di seluruh stor SOGO di Kuala Lumpur, Shah Alam dan Johor Bahru. Dianjurkan bersama Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet).

Ia terbuka untuk pemegang kad ATM MyDebit dengan pembelian minimum RM50 di semua stor SOGO dan/ atau SOGO Foodgarden di SOGO Kuala Lumpur.

Cara penyertaan:
  1. Peserta perlu meneka jumlah ketupat di dalam Bola Gergasi yang disediakan di mana-mana satu stor SOGO dan sertakan resit pembelian pada borang penyertaan.
  2. 28 penyertaan dengan jawapan yang betul atau jawapan terdekat akan layak ke acara Peringkat Akhir untuk memenangi hadiah menarik bernilai lebih RM150,000!
  • Hadiah utama: Kereta Perodua Aruz 1.5 (bernilai RM72,900)
  • Hadiah kedua: Kereta Perodua Bezza 1.3X (bernilai RM43,980)
  • Hadiah ketiga: Kad Hadiah SOGO bernilai RM10,000
  • Hadiah sagu hati untuk 20 pemenang berupa Kad Hadiah SOGO bernilai RM1,000.
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.sogo.com.my/

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!