U.S. POTATOES BANTU PEMENANG PINGAT SUKAN SEA 2023 & SPARTAN ELIT CAPAI KEJAYAAN DI ACARA SPARTAN MALAYSIA


Penyertaan dalam acara sukan yang kompetitif seperti Spartan Malaysia Trifecta Weekend 2023 bukan sahaja memerlukan kemahiran, kekuatan mental atau strategi. Malah lebih penting lagi ialah persediaan sebelum acara seperti pemakanan yang sesuai untuk memberikan kelebihan yang membantu peserta mencapai prestasi puncak dan kejayaan.

Kajian mendapati bahawa kentang A.S.– yang penuh dengan tenaga, serat, kalium dan Vitamin C – ialah makanan fungsian sesuai untuk membekalkan tenaga dan meningkatkan prestasi sukan, di samping menggalakkan gaya hidup aktif.

Potatoes USA baru-baru ini menaja Spartan Race Kuala Lumpur Trifecta Weekend pada 28 & 29 Oktober, yang diadakan di Gamuda Cove. Acara menguji kelasakan dan ketahanan peserta ini merupakan Perlumbaan Spartan pertama di Semenanjung Malaysia sejak 2019 dan dijangka menjadi kempen Spartan Trifecta paling menarik di Asia Tenggara tahun ini. Pada 2023 sahaja, Spartan menganjurkan lebih 160 perlumbaan di 55 negara di seluruh dunia, melibatkan lebih 1 juta peserta di peringkat global.


Di acara Spartan yang berlangsung, Potatoes USA menyajikan produk kentang A.S. kepada lebih daripada 6,000 pelumba sukan lasak berhalangan di reruainya. Semua peserta disajikan dengan kentang lenyek A.S. yang membantu mereka mengembalikan tenaga dan nutrien yang diperlukan selepas menamatkan acara. Bahan pendidikan tentang kuasa kentang sebagai makanan untuk meningkatkan prestasi sukan telah diedarkan, manakala pakar diet sukan Tania Lee turut berkongsi maklumat tentang manfaat kentang untuk ahli sukan.

Potatoes USA telah mendapatkan sekumpulan Pelumba Spartan untuk menyertai kempen pendidikan pemakanan kentang, termasuk Jayden Tian, Jayakumar Tharmalingam, Ariff Suffian dan Azlan Matle. Jayden Tian menjuarai kategori Spartan BEAST-AG dan Super-AG manakala atlet Duatlon negara, Tahira Najmunisaa yang meraih pingat duatlon pertama Malaysia di Sukan SEA ke-31 2022 di Vietnam, telah berjaya menduduki tempat ke-2 dalam kategori Spartan Beast Wanita Elit di acara Spartan KL Trifecta Weekend yang diadakan baru-baru ini. Bersama-sama pemenang pingat Sukan SEA 2023, William Yoong dan Wan Athira, semua peserta sukan elit ini mengakui kuasa kentang dan menjadikan kentang A.S. sebahagian daripada pemakanan mereka untuk menambah bekalan karbohidrat sebelum mengambil bahagian dalam Perlumbaan Spartan.

William Yoong, jurulatih kecergasan berusia 29 tahun yang meminati sukan kompetitif merupakan peserta tegar acara-acara lumba berhalangan di sekitar bandar raya. William telah mencatatkan sejarah di Sukan SEA Ke-32 di Kemboja pada bulan Mei lalu, apabila meraih pingat pertama Malaysia di Sukan SEA 2023 – gangsa dalam acara 100m lelaki individu dan perak dalam acara lari berganti-ganti lelaki berpasukan bagi perlumbaan litar berhalangan (OCR).


"Sebagai persiapan untuk Perlumbaan Spartan, kita perlu mendapatkan bekalan karbohidrat yang sewajarnya. Kentang A.S. adalah sumber karbohidrat kompleks sempurna untuk membekalkan simpanan glikogen otot bagi atlet. Selain membekalkan tenaga, kentang juga merupakan bahan serba guna di dapur,” jelas beliau.

Seorang lagi ahli sukan wanita yang mewakili Potatoes USA, Wan Athira yang berusia 26 tahun, juga telah mengambil bahagian di Sukan SEA Ke-32 dan memenangi pingat gangsa dalam acara larian berhalangan wanita. Beliau berkata, “Kentang A.S. merupakan karbohidrat yang kos efektif dan kaya dengan nutrien yang diperlukan untuk perlumbaan yang sengit. Kentang yang bebas gluten merupakan sumber karbohidrat yang baik untuk memastikan saya terus mendapat bekalan tenaga dan mengurangkan rasa lapar semasa perlumbaan yang sengit dan panjang. Saya makan kentang A.S. untuk latihan, proses pemulihan dan juga pada hari perlumbaan!”. Tambahan lagi, kentang A.S. lazat, mudah dimasak dan boleh disediakan dengan pelbagai cara,”,” ujar Athira.

Ramai belia kini menghargai amalan gaya hidup lebih sihat, seperti yang dilihat daripada minat mereka dalam sukan fizikal dan juga keputusan lebih bijak yang dibuat tentang pilihan makanan. Ini adalah sejajar dengan matlamat teras Potatoes USA dan peranannya untuk menggalakkan pemakanan sihat, mendorong gaya hidup aktif dan meningkatkan prestasi sukan dalam kalangan generasi lebih muda, seperti yang dilihat dalam kerjasama Potatoes USA dengan Spartan Malaysia.


Di Malaysia, trend menunjukkan minat dalam segala jenis sukan kian meningkat. Namun laporan media memaparkan tahap penglibatan rakyat Malaysia dalam aktiviti sukan kurang menggalakkan. Menyedari hakikat ini, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia telah mengumumkan rancangan untuk menjadikan Malaysia sebuah “Negara Sukan" menjelang 2025, dengan memperkenalkan insentif untuk menggalakkan inisiatif sukan bagi meningkatkan kesihatan dan mengembangkan kerjaya dalam bidang sukan.

Umur peminat sukan juga semakin muda. Satu kajian yang dijalankan oleh Universiti Tunku Abdul Rahman bertajuk Young Adults’ Passion for Sport (Minat Dewasa Muda Terhadap Sukan) mendedahkan bahawa dewasa muda Malaysia berumur 18 hingga 30 tahun memupuk minat terhadap gaya hidup bersukan, terutamanya disebabkan pengaruh keluarga dan rakan-rakan.

Pelbagai kajian yang dijalankan sepanjang tempoh 40 - 50 tahun lepas menunjukkan bahawa karbohidrat ialah makronutrien utama untuk mengekalkan dan menambah baik prestasi sukan. Menurut jurnal Nutrition Today di Amerika Syarikat, diet seimbang mengandungi makanan yang kaya dengan karbohidrat semula jadi, padat dengan nutrien dan bermutu tinggi seperti kentang mungkin pilihan optimum untuk meningkatkan prestasi fizikal dalam kalangan atlet sukan lasak elit.

Comments

Popular posts from this blog

COLGATE OPTIC WHITE PURPLE: UBAT GIGI PEMUTIH UNGU PERTAMA COLGATE

ICBS 2024: MENJEMPUT ANDA MENEROKA INOVASI KAFE DI KUALA LUMPUR!