'CHRISTMAS POP' FAHRENHEIT88 TAMPILKAN PESTA POP-UP FLUFFY DISNEY


Bersedia untuk menyambut perayaan Krismas ini di Pusat Beli-belah Fahrenheit88. Dengan tema Christmas Pop, ia menjanjikan suasana Krismas yang indah dan pelbagai aktivti serta promosi khas, lain dari yang lain.

Dari 17 November 2023 hingga 7 Januari 2024, Fahrenheit88 meraikan keajaiban cuti hujung tahun dengan sentuhan warna-warna ceria! Kunjungilah Pesta Pop-up Fluffy Disney yang menampilkan pelbagai pilihan barangan Disney Fluffy yang comel termasuk set haruman eksklusif 


Anda juga boleh mendapatkan pelbagai haruman dalam saiz mini yang comel! Bukan itu sahaja, anda juga boleh mencuba sampel haruman yang disediakan di sana. Serlahkan kreativiti anda di bengkel kalungan bunga DIY Disney dan Kotak Lutsinar untuk dibawa pulang. 

Bersantai seketika selepas penat membeli-belah di kafe yang bukan sahaja menawarkan kopi dan snek yang lazat, tetapi juga cantik untuk dimuat naik ke instagram! 


Bersedialah untuk berbelanja di Christmas Pop Market yang terletak di Aras Bawah, di mana anda boleh mendapatkan pelbagai barangan untuk persiapan menyambut hari Krismas. Antaranya -hiasan bertemakan Krismas di Living Concept,  tumbuhan hiasan di Mossybola Kokedamalook, aksesori di Stone Bliss, biskut Krismas di The Bean dan banyak lagi.


Bagi merancakkan lagi sambutan Krismas, Fahrenheit88 turut menyediakan pelbagai bengkel kepada para pengunjung. 

Pada 9 Disember, 4 - 5 petang, dan 17 Disember 2 - 3 petang, anda boleh serlahkan kreativit anda untuk menghias Rumah Gingerbread.

Bengkel mewarna batik juga bakal diajnurkan untuk menyuntik sedikit tradisi Malaysia ke dalam sambutan Krismas.

Saksikan persembahan Christmas Flashmob pada 17 Disember ini.


Fahrenheit88 bukan sekadar sebuah pusat beli-belah, malahan ia juga menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti hiburan, santai dan juga untuk memanjakan diri anda. Kumpulkan keluarga atau rakan-rakan untuk berkaraoke di CEO Karaoke! Nyanyilah sepuasnya di musim percutian ini! 

Bermalamlah di The Bed Capsule Hotel. Jadikan kunjungan anda ke Fahrenheit88 satu pengalaman cuti inap yang menenangkan.

Manjakan diri anda dengan rawatan kecantikan di Isfahan Beauty untuk menyerikan lagi wajah anda untuk menyambut perayaan Krismas. 

Jangan lupa kunjungi Szindore untuk mendapatkan pelbagai jenis haruman yang menarik untuk anda sendiri atau dihadiahkan kepada orang tersayang. 

Tutti Frutti juga mencerikan musim perayaan ini dengan perisa edisi istimewa untuk Krismas mulai 6 Disember. Jangan ketinggalan untuk mencuba Panettone Froyo - manisan yang ditaburi buah-buahan, kekacang dan rempah!


Jangan lupa untuk mendapatkan ganjaran anda di kaunter khidmat pelanggan, Aras Bawah. Anda berpeluang untuk memenangi kad hadiah Uniqlo bernilai RM100 dengan pembelian minimum RM100 atau RM200 dalam satu resit. Dengan pembelian RM200, anda juga akan menerima sekeping baucar bernilai RM20 dari Brands Outlet.

Terhad kepada 2 tebusan setiap pelanggan setiap hari. Sementara stok masih ada. 

#FAHRENHEIT88 #F88CHRISTMASPOP 

Untuk maklumat lanjut tentang Christmas Pop, 
lawati halaman Facebook Fahrenheit88 di https://www.facebook.com/Fahrenheit88/
atau hubungi Perkhidmatan Pelanggan Fahrenheit88 di 03-2148 5488

Comments

Popular posts from this blog

KL WELLNESS CITY PERUNTUKKAN RM25 JUTA UNTUK MENANGANI ISU KEKURANGAN JURURAWAT DI MALAYSIA