LULULEMON MELANCARKAN KEDAI TERBESARNYA DALAM MALAYSIA DI THE EXCHANGE TRX


lululemon athletica inc. (NASDAQ:LULU), dengan sukacitanya mengumumkan pembukaan kedai baharunya di The Exchange TRX, yang merupakan kedai terbaru dan terbesar milik jenama itu di Malaysia setakat ini, sekaligus mengukuhkan komitmen yang lebih mendalam terhadap pasaran di Malaysia.

Terletak di destinasi membeli-belah yang serba baharu The Exchange TRX, kedai berkeluasan 5,000 kaki persegi itu berada di tengah-tengah daerah kewangan antarabangsa Kuala Lumpur yang pesat membangun bertemu dengan pusat hab membeli-belah gaya hidup mewah. Kedai lululemon yang terbaru itu menampilkan reka bentuk semula jadi dan mesra alam. Gabungan rotan daripada sumber tempatan serta bahan mesra alam sekitar, mewujudkan suasana damai dan tropika di keseluruhan kedai itu. Komitmen terhadap sumber mampan ini bukan sahaja meningkatkan nilai estetika, malah turut mengukuhkan hubungan dengan komuniti tempatan, mencipta ruang yang memenuhi cita rasa tetamu Malaysia.

Di bawah strategi pertumbuhan Power of Three x 2, lululemon berhasrat untuk meneruskan pengembangannya untuk meningkatkan kerelevenan dan hubungannya dengan lebih ramai lagi komuniti tempatan. Pada awal tahun ini, lululemon turut memeterai kerjasama e-dagang pertamanya di Asia dengan Lazada bagi memacu pengembangan digitalnya dan meluaskan lagi pasarannya di Malaysia dan Singapura. Dengan pembukaan kedai terbarunya di Malaysia, lululemon bersedia untuk meningkatkan lagi momentum perniagaannya di rantau Asia Pasifik.

“Sebagai jenama yang menitikberatkan kesejahteraan untuk semua, kami teruja untuk melancarkan kedai terbaru kami di Malaysia, sebuah negara di mana usaha untuk mencapai kesejahteraan holistik dan seimbang diterapkan dalam kehidupan seharian,” kata Naib Presiden Kanan APAC, Gareth Pope. “Pembukaan kedai terbaru ini merupakan tanda kejayaan misi kami dalam memberikan inspirasi kepada individu dalam perjalanan kesejahteraan mereka. Kami berharap dapat menjalin hubungan dengan lebih ramai lagi rakyat Malaysia dan memupuk komuniti cergas bertenaga yang mencerminkan nilai teras kesejahteraan, kemampanan, komuniti, dan inovasi kami,”


Produk yang dihasilkan khusus untuk aktiviti yoga, larian, latihan, dan pelbagai kategori aktiviti sukan seperti golf, tenis, dan mendaki, serta koleksi Kasual yang direka sebagai pakaian harian yang versatil, semuanya boleh didapati di kedai ini. Para tetamu bakal menikmati peluang eksklusif untuk menerokai pelbagai produk popular yang ditawarkan, termasuk seluar dan hijab Align™ istimewa jenama itu yang direka khusus untuk wanita dan diperbuat daripada fabrik Nulu™ yang lembut. Bagi wanita, produk aktiviti larian utama seperti seluar Fast and Free, yang dikuasakan oleh fabrik Nulux™, menawarkan pergerakan yang lebih selesa tanpa halangan dan kain yang ringan. Para wanita juga boleh menikmati seluar Wunder Train, yang menampilkan fabrik Everlux™, ia memastikan pakaian cepat kering dan menyerap peluh untuk tahap keselesaan dan tumpuan yang terbaik ketika bersenam.

Untuk lelaki, seluar ABC, yang diperbuat daripada fabrik Utilitech™, memberikan keselesaan sepanjang hari, kebebasan untuk bergerak, dan regangan empat hala dalam gaya kasual dan langsing. Para lelaki juga boleh mendapatkan seluar pendek Pace Breaker yang dipacu prestasi, diimaginasikan semula untuk keselesaan maksimum dan kepelbagaian gunaan, sesuai untuk berlari, berlatih, dan bersenam. Lelaki juga boleh menemukan seluar pendek License to Train, yang dilengkapi dengan poket berzip dan tali jerut pinggang versatil yang boleh dipakai di dalam atau di luar. Selain itu, kedai tersebut turut mempersembahkan dua koleksi musim cuti terbarunya iaitu Winter Whites dan Moon Bow yang terdiri daripada pakaian aktif teknikal dan pakaian lounge selesa hinggalah kepada pakaian dan aksesori yang wajib dimiliki, serta hadiah bergaya dan selesa, sesuai untuk semua acara.

Direka dengan Science of Feel, pendekatan unik lululemon terhadap inovasi melibatkan rangkaian produk jenama itu termasuk fabrik teknikal proprietari, teknik penghasilan berinovasi, dan padanan strategik serta ciri-ciri bagi memenuhi keperluan setiap pengguna dan meningkatkan kesejahteraan serta prestasi mereka.

Bagi 50 pelanggan pertama yang berkunjung ke kedai baharu lululemon setiap hari mulai 6 hingga 10 Disember 2023, dari 10:00 pagi hingga 6:00 petang, mereka akan menerima botol air eksklusif lululemon yang boleh diperibadikan di premis TRX.


Menyantuni dan Membantu Komuniti menerusi Kempen “Here for the Presence”

Sempena pembukaan kedainya yang terbaru dan bagi memupuk komuniti kesejahteraan holistik di mana mereka boleh bergerak, berkembang dan berhubung, lululemon turut menganjurkan acara komuniti selama dua hari di Rumah Tangsi yang akan dibuka kepada orang ramai pada 9 hingga 10 Disember 2023, dari 7:00 pagi hingga 8:00 malam. Acara komuniti itu akan menampilkan pengalaman kesejahteraan holistik seperti yoga, latihan, dan larian serta sesi mandian bunyi bersama-sama dengan rakan lululemon dan duta jenama Malaysia, termasuk Umi Atiqah, jurulatih yoga bertauliah, dan Katrina Taib, pemilik studio kecergasan CLUBALOHA. Para tetamu juga berpeluang menikmati jus yang menyegarkan, bagi meningkatkan lagi keseluruhan pengalaman.

Hasil daripada acara itu akan disumbangkan kepada rakan program amal Here To Be lululemon, Buku Jalanan Chow Kit, sebuah NGO yang berusaha untuk menyediakan peluang pendidikan yang sama rata, serta persekitaran membesar yang sihat untuk kanak-kanak kurang bernasib baik bagi membantu mereka keluar daripada perangkap kemiskinan. Acara selama dua hari itu menjanjikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan, membuktikan komitmen lululemon dalam meningkatkan kesejahteraan para tetamu dan komuniti di mana jenama itu berkhidmat.

Memandangkan bahawa ruang yang disediakan adalah terhad, pastikan anda mendaftar tempat anda lebih awal dan mendapatkan maklumat lanjut mengenai acara itu di dalam talian. Untuk mendapatkan maklumat lanjut sila layari laman sesawang rasmi lululemon di sini.

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM