NIKMATI SUASANA “A REMARKABLE STAR-FILLED CHRISTMAS” DI SUNGEI WANG PLAZA!


Sempena musim perayaan Krismas tahun ini, Sungei Wang Plaza membawakan kempen Krismas dengan tema "A Remarkable Star-Filled Christmas." Dipenuhi aktiviti perayaan yang menarik untuk semua, kempen perayaan tahun ini menjanjikan pengalaman yang mempesonakan dari 23 November hingga 1 Januari.

Seluruh pusat beli-belah dihiasi bintang-bintang dan juga pokok Krismas yang tingginya 20 kaki dengan lampu berkelip-kelip yang menambahkan lagi suasana keceriaan sambutan Krismas.


Kempen Krismas ini dirasmikan oleh Cik Michelle Siew, Pengerusi Perbadanan Pengurusan Plaza Sungei Wang Plaza dan diiringi oleh Cik Winnie Lim, Pengurus Hartanah Knight Frank Malaysia, Encik Joseph Teo, Pengurus Pusat Sungei Wang Plaza, Encik Paul Wong, Ketua Pegawai Eksekutif MegaStar Arena Kuala Lumpur dan penampilan istimewa Cik Jess Lee, penyanyi Cina yang terkenal di Malaysia. 

“Hiasan kami yang direka dengan teliti, diselitkan dengan warna-warna cerah dari biru, emas, dan perak, ditatah dengan kelimpahan bintang, untuk mencipta visual yang menakjubkan dan suasana Krismas yang penuh keajaiban” kata Cik Michelle Siew, Pengerusi Perbadanan Pengurusan Sungei Wang Plaza. 

Sungei Wang Plaza turut menyantuni para penghuni tiga buah rumah anak yatim iaitu Rumah Charis, Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Mary, dan Kebajikan Kanak-kanak Lighthouse untuk memenuhi lebih 100 impian kanak-kanak yang ditulis dan digantung pada pokok Krismas di Centre Court. 


Inisiatif ini juga akan terbuka kepada semua pengunjung Sungei Wang Plaza melalui Peti Sumbangan Secret Santa yang diletakkan di Centre Court untuk mengumpul hadiah untuk diberikan kepada anak-anak yatim. Hadiah yang dikumpul akan dihantar ke rumah kebajikan tersebut pada 18 Disember 2023 sebagai persediaan untuk Krismas yang akan menjelang. 

Inisiatif ini bertujuan untuk menyebarkan semangat Krismas yang sebenar dengan menyumbang dengan ikhlas dan menceriakan si penerima.


STARLIT MARKET 

Manjakan diri dengan pengalaman membeli-belah yang menarik untuk membuat persiapan menyambut Krismas dari gerai-gerai yang menjual hiasan Krismas yang menawan, cenderahati yang menarik, coklat, pakaian perayaan, dan juga beg perjalanan, Starlit Market menjanjikan sesuatu yang istimewa untuknya semua. 

SAMBUTAN KRISMAS 

Berhiburlah dengan pelbagai persembahan Krismas yang disediakan termasuk persembahan muzik oleh Together for Peace, menampilkan Muzik Chambers dan Merry Melodies oleh Ritma Sore. Superstar Cina ANIU turut akan membuat penampilan istimewa dalam sesi 'Meet & Greet'. 

Perayaan diteruskan dengan pertunjukan bakatseperti Miss & Mrs Gaia World 2023, Sesi bertemu peminat Top 8 Pertandingan Bakat, Astro Classic Golden Melody 2023, Astro Classic Golden Melodi 2023 Grand Final (LIVE), Rancangan Pratonton Mrs Malaysia Tourism Queen International 2024, dan Pertandingan Bakat Asia Rising Star Junior. Untuk melengkapkan suasana Krismas, Sungei Wang Plaza akan menampilkan Santa Claus dan Santarina yang akan meronda pusat beli-belah dan bermesra dengan pengunjung! 


TEBUS HADIAH KRISMAS 

Tebus sebuah Tumbler Krismas yang comel dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM218 dalam maksimum dua (2) resit. Penebusan hadiah Krismas boleh didapati di Kaunter Perkhidmatan Pelanggan Sungei Wang Plaza di Tingkat Bawah dan tertakluk pada terma dan syarat. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Sungei Wang Plaza di www.sungeiwang.com atau ikuti lama Facebook Sungei Wang di www.facebook.com/sungeiwangplaza Gunakan hashtag di media sosial: #ChristmasatSungeiWangPlaza #ARemarkableStar-FilledChristmas #SungeiWangPlaza

Comments

Popular posts from this blog

KL WELLNESS CITY PERUNTUKKAN RM25 JUTA UNTUK MENANGANI ISU KEKURANGAN JURURAWAT DI MALAYSIA