‘HEALTHY FUN RUN’ PERTAMA PANASONIC MELANGKAH UNTUK MASA DEPAN YANG LEBIH SIHAT


Panasonic Malaysia menganjurkan Panasonic Healthy Cooking Fun Run pertama pada 28 Januari di Anjung Floria, Putrajaya. Acara mesra keluarga sejauh 5KM ini sejajar dengan slogan jenama Panasonic "Create Today. Enrich Tomorrow." dan teras utamanya "Kesejahteraan Dalaman" (Inner Wellbeing) yang mengutamakan budaya kesejahteraan holistik, bermula dari dapur dengan mengamalkan pemakanan yang sihat dan berkhasiat.

Melangkaui sekadar pemakanan sihat, Fun Run ini juga merangkumi konsep "Heathy Everyday" Panasonic yang bertujuan untuk mencetuskan perjalanan di kalangan para keluarga menerima dan mengamalkan tabiat sihat yang meluas dalam kehidupan seharian untuk masa depan yang lebih cerah. Ini semua bermula dengan mengambil langkah sihat untuk menambahbaikan kesihatan setiap hari.


"Panasonic Healthy Cooking Fun Run adalah komitmen kami untuk memupuk komuniti yang lebih sihat. Bagi kami, ini lebih daripada sekadar aktiviti larian, ini merupakan perayaan kesejahteraan dan mengambil langkah pertama untuk menjalani gaya hidup sihat melalui kombinasi pemakanan yang betul dan sihat, serta aktiviti fizikal kerap untuk meningkatkan kualiti hidup. Kami menggalakkan keluarga dan individu untuk sentiasa mengambil peluang untuk menyertai pelbagai aktiviti supaya kekal aktif dengan cara yang menyeronokkan dan interaktif," kata Keisuke Nishida, Pengarah Urusan Panasonic Malaysia.

Healthy Fun Run ini dirasmikan oleh Pengarah Cawangan Kecergasan Kebangsaan, Jabatan Belia & Sukan Kebangsaan, Encik Dharzuky bin Daud. Kehadiran beliau menambahkan lagi semangat dan tenaga peserta. Selain itu, Fun Run juga menampilkan pelbagai aktiviti menarik, termasuk Cabaran Langkah, Stesen Jus, dan Sudut Demo "Healthy Everyday".


Elemen kelestarian juga dipaparkan dalam Fun Run ini. Pingat, simbol kejayaan peserta dihasilkan daripada bahan HDPE kitar semula, selari dengan komitmen Panasonic kepada alam sekitar yang lebih hijau. Selanjutnya, beg tote boleh diguna semula disediakan kepada semua peserta, mencerminkan dedikasi syarikat untuk mengurangkan pembaziran.

Comments

Popular posts from this blog

THE EXPERTS - FILEM AKSI HEIST YANG DINANTIKAN 2024, TAMPILKAN BARISAN PELAKON HEBAT TANAH AIR

COLGATE OPTIC WHITE PURPLE: UBAT GIGI PEMUTIH UNGU PERTAMA COLGATE

ICBS 2024: MENJEMPUT ANDA MENEROKA INOVASI KAFE DI KUALA LUMPUR!