SIME DARBY BEYOND AUTO TERAJUI PASARAN EV MALAYSIA PADA 2023 DENGAN BYD


Sime Darby Beyond Auto (SDBA), pengedar eksklusif BYD di Malaysia, meraikan pencapaian tahun 2023 yang cemerlang dengan BYD muncul sebagai pemimpin pasaran kenderaan elektrik (EV) Malaysia. Kejayaan hebat ini sekali gus memperlihatkan populariti BYD yang tiada tandingan, seiring dengan minat yang semakin bertambah dalam kalangan rakyat Malaysia untuk mengguna pakai kaedah pengangkutan lestari.

SDBA telah menyambut ketibaan tahun 2024 yang bertuah dengan acara sambutan Tahun Baharu Cina gilang-gemilang di Stadium Nasional Bukit Jalil yang tersergam pada awal bulan ini. Acara tersebut mendapat sambutan luar biasa, dengan lebih 660 tempahan diterima pada hujung minggu bagi model BYD ATTO 3 dan BYD DOLPHIN. Sejajar dengan kejayaan ini, SDBA bakal melancarkan siri promosi menarik, tawaran eksklusif dan kempen hebat dengan kadar faedah 0%. Inisiatif ini dirangka untuk mengekalkan momentum dan memberikan nilai yang tiada tandingan kepada pemandu Malaysia yang mahu beralih kepada kenderaan elektrik.

BYD ATTO 3 telah berjaya menempah nama sebagai model pilihan utama dalam kalangan rakyat Malaysia, terutamanya disebabkan harga yang menarik, menjadikan pemilikan EV lebih mudah bagi lebih ramai orang dan sesuai bagi seisi keluarga. Selain dari harga yang berpatutan, BYD ATTO 3 membezakan dirinya sebagai SUV pertama yang dibina menggunakan e-platform 3.0 lanjutan BYD dengan jarak perjalanan hebat sehingga 480km dengan satu cas. Keupayaan ini sesungguhnya menawarkan kesenangan, keselesaan dan ketenangan fikiran kepada rakyat Malaysia bagi pemanduan harian masing-masing.

Sejajar dengan perkembangan ini, SDBA telah secara rasmi membuka pratempahan bagi BYD SEAL pemenang anugerah yang amat dinanti-nantikan bakal para pemilik. Mulai 19 Januari, peminat EV boleh mengesahkan tempahan masing-masing menerusi laman web rasmi baharu yang dilancarkan semula, https://byd.simedarbymotors.my/. Pilihan terbaharu dalam rangkaian EV BYD ini pasti menambat hati penggemar EV, dengan membawakan teknologi terkini, reka bentuk bergaya dan prestasi tiada tandingan.

Layari laman web rasmi untuk menjadi antara yang pertama untuk meneroka pelbagai versi dan warna yang disediakan. Dengan yuran pratempahan RM1,000 seunit, pelanggan yang berminat boleh mengesahkan status mereka sebagai salah satu daripada pembeli terawal BYD SEAL yang menjadi idaman. Tambahan lagi, yuran ini adalah sebahagian daripada harga kenderaan dan bayaran muka, dengan pengembalian wang tempahan yang tertakluk kepada terma dan syarat.

BYD SEAL berjaya meraih anugerah berprestij, termasuk Anugerah Reka Bentuk iF, membuktikan kecemerlangannya dari segi estetika dan fungsi. Kenderaan ini juga mempunyai penarafan keselamatan lima-bintang daripada Euro NCAP, program keselamatan bebas terkemuka di Eropah. Dalam pada itu, BYD SEAL telah muncul sebagai calon pusingan akhir dalam anugerah Kereta Terbaik Eropah Tahun 2024, mengukuhkan statusnya sebagai pelopor dalam industri EV.

Jeffrey Gan, Pengarah Urusan, Asia Tenggara, Sime Darby Motors, berkata, “Pencapaian kami mencatatkan jualan EV tertinggi pada 2023 mencerminkan sokongan dan kepercayaan kukuh yang diberikan oleh pengguna Malaysia terhadap BYD. Rangkaian sokongan lepas jualan kami yang menyeluruh di seluruh negara ialah pembeza penting kejayaan kita. Kami teruja untuk menyediakan perkhidmatan luar biasa dan penjagaan teknikal kepada semua pemilik BYD dan selanjutnya.”

“Dengan kehadiran BYD SEAL yang amat dinanti-nantikan, SDBA kekal komited untuk menggalakkan penggunaan EV di Malaysia dan yakin ini akan mengukuhkan lagi kedudukan BYD sebagai pemimpin dalam sektor automotif negara yang kian berubah.”


Untuk maklumat lanjut, layari http://byd.simedarbymotors.my/ atau ikuti https://www.facebook.com/BYDCarsMalaysia atau https://www.instagram.com/byd.malaysia/. Untuk pertanyaan, sila hubungi Perkhidmatan Pelanggan di 1300-38-1888.



Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM