REVIEW: PENGALAMAN MENGGUNAKAN PERANTI AGELOC WELLSPA IO SELAMA 28 HARI!


Nu Skin Malaysia, penyedia produk kecantikan dan kesihatan secara menyeluruh yang terkemuka, telah memperkenalkan ageLOC WellSpa iO peranti kecantikan dan kesejahteraan diri pintar yang direka untuk meningkatkan keyakinan terhadap tubuh badan, peremajaan kulit dan kesejahteraan diri secara menyeluruh. ageLOC WellSpa iO adalah inovasi terbaru daripada jenama terlaris di dunia ini dalam sistem peranti kecantikan selama enam tahun berturut-turut.

Hendrix Wong, Naib Presiden Operasi Pasaran Nu Skin Malaysia & Brunei berkata, “Nu Skin Malaysia amat teruja untuk memperkenalkan inovasi terbaru ini dalam pasaran. Kami amat berbesar hati membawakan ageLOC WellSpa iO, produk yang bukan sahaja meningkatkan penampilan malah menyokong pendekatan holistik terhadap kesejahteraan diri. Dengan teknologi arus mikro adaptif yang sedang dipatenkan, ageLOC WellSpa iO menawarkan pengalaman yang boleh diperibadikan untuk memenuhi keperluan rakyat Malaysia yang semakin berkembang.”


ageLOC WellSpa iO merupakan peranti istimewa yang direka untuk menambahbaik penampilan dan membantu pengguna bersantai selepas melakukan aktiviti fizikal yang bertenaga. Peranti ini menggunakan teknologi arus mikro adaptif unik yang sentiasa beradaptasi (lebih daripada 80 kali sesaat) dengan kekonduksian kulit sepanjang setiap sesi untuk memberikan pengalaman yang optimum dan selesa. Nod logam pada peranti yang kini sedang dipatenkan, membantu memberikan urutan yang lancar dan selesa. Direka untuk digunakan pada bahagian atas dan bawah kaki, lengan serta abdomen, nod direka agar bersesuaian dengan kontur badan serta meluncur lancar pada permukaan kulit untuk membantu pengguna berasa tenang dan santai.

ageLOC WellSpa iO dicipta untuk digunakan bersama ageLOC Body Serum dan ageLOC Body Activating Gel. Peranti pegang-tangan ini meningkatkan manfaat penjagaan kulit yang ditawarkan oleh produk pelengkap tersebut dengan menyasarkan pada kontur yang ketara, mengurangkan penampilan selulit, merangsang relaksasi badan serta untuk pengalaman kepuasan yang menyeluruh.



Sementara itu, aplikasi Nu Skin Vera memperkasakan pengguna untuk memperibadikan pengalaman ageLOC WellSpa iO mereka, dengan menawarkan tutorial berpandu, maklumat data masa nyata, dan merekod penggunaan untuk mengukur kemajuan dari semasa ke semasa. Aplikasi ini juga menyediakan skor iO yang diperibadikan untuk mengekalkan motivasi.

Nu Skin menjalankan kajian rutin penggunaan ageLOC WellSpa iO Revitalize atas 33 wanita berumur antara 25 hingga 60 tahun yang mempunyai selulit ringan hingga sederhana di bahagian atas belakang paha, atas belakang lengan dan/atau abdomen. Rutin ini merangkumi penggunaan ageLOC Body Polish sebagai pembersih pengelupasan pada semua permukaan kulit tersebut; penggunaan peranti ageLOC WellSpa iO bersama ageLOC Body Serum selama tiga minit, tiga kali seminggu; dan penggunaan ageLOC Dermatic Effects sebanyak dua kali sehari. Setiap permukaan kulit dinilai mengikut penilaian klinikal dan persepsi kendiri pada peringkat permulaan, dan pada minggu kedua, keempat, kelapan, serta kedua belas. Bahagian atas belakang paha juga dinilai menggunakan peralatan pada tempoh masa yang sama. Para peserta mencatatkan penambahbaikan dalam penampilan kulit mereka berdasarkan ciri berikut pada setiap permukaan kulit iaitu selulit, keanjalan, kontur, ketegangan, kelembutan, penghidratan dan keseluruhan penampilan.

Aplikasi Nu Skin Vera boleh dimuat turun daripada laman aplikasi pada semua telefon pintar dan dihubungkan dengan mana-mana peranti ageLOC WellSpa iO untuk menikmati pengalaman menyeluruh yang premium.


Review oleh Balqis @ femagonline:

Dalam review ini, saya telah menggunakan Nu Skin ageLOC WellSpa iO Revitalize secara rutin selama 28 hari, bersama empat produk penjagaan kulit badan Nu Skin iaitu ageLOC Body Activating Gel, ageLOC Body Polish, ageLOC Body Serum, dan ageLOC Dermatic Effects. Aplikasi Vera telah dimuat turun ke telefon bimbit dan digunakan seiring dengan ageLOC WellSpa iO dan tetapan program Revitalize sebanyak 25 minit pada keseluruhan badan saya (bahagian betis, paha, pinggul, perut dan lengan) dua kali sehari, di waktu pagi dan malam.

Saya memulakan rutin dengan membersihkan permukaan kulit badan dengan ageLOC Body Polish. Haruman produk ini sangat menenangkan dan produk ini membantu menyingkirkan sel sel kulit mati dengan lembut. Setelah selesai mengeringkan kulit badan saya lumurkan ageLOC Body Activating Gel atau ageLOC Body Serum pada permukaan kulit yang ingin digunakan bersama peranti ageLOC WellSpa iO dan aplikasi Vera. 

Selepas selesai rutin program Revitalize yang disyorkan di dalam aplikasi Vera, saya mengakhiri rutin dengan menggunakan ageLOC Dermatic Effects. Kulit badan saya menyerap produk ini dengan pantas dan saya boleh mengenakan busana pilihan dengan segera kerana kulit badan saya tidak terasa melekit.

Saya berasa yakin menggunakan rutin Revitalize di aplikasi Vera bersama ageLOC WellSpa iO serta keempat-empat produk tersebut kerana aplikasi ini akan memberitahu saya sekiranya saya perlu menambah ageLOC Body Activating Gel atau ageLOC Body Serum ketika melaksanakan program Revitalize. Saya juga berasa lebih bersemangat bila aplikasi Vera memberitahu saya peratusan pencapaian saya melaksanakan rutin Revitalize di dalam masa seminggu. 

Kulit badan saya terasa akan kesan penghidratan, ketegangan dan keanjalan optima sepanjang saya melaksanakan penggunaan ageLOC WellSpa iO Revitalize ini. Saya juga berasa lebih yakin dan bersemangat menjalankan aktiviti harian saya.


Untuk maklumat lanjut, sila layari www.nuskin.com/content/nuskin/en_MY

 

Comments

Popular posts from this blog

COLGATE OPTIC WHITE PURPLE: UBAT GIGI PEMUTIH UNGU PERTAMA COLGATE

THE EXPERTS - FILEM AKSI HEIST YANG DINANTIKAN 2024, TAMPILKAN BARISAN PELAKON HEBAT TANAH AIR

ICBS 2024: MENJEMPUT ANDA MENEROKA INOVASI KAFE DI KUALA LUMPUR!