COCOA STRAITS 1778 TAWARKAN COKLAT MEWAH BERSALUT EMAS DI SKYAVENUE, GENTING HIGHLANDS


Cocoa Straits 1778 memperkenalkan coklat bonbon dan trufle pertama di Malaysia yang dihiasi dengan kerajang emas 24K, merupakan ciptaan eksklusif yang membuktikan komitmen jenama tersebut dalam pembuatan coklat berseni dan terbaik dunia. 


Pengasas Cocoa Straits 1778 Jeffrey Kee dalam kenyataan hari ini berkata coklat berkenaan dihasilkan dengan reka bentuk mewah dan menarik bagi menampilkan kemewahan serta keunikan coklat sepenuhnya. 

“la bukan sahaja coklat yang lazat tetapi juga karya seni berharga yang direka dengan tujuan memberi pengalaman deria dan visual yang belum pernah dinikmati sebelum ini,” katanya. Coklat berkenaan dilancarkan dalam majlis yang berlangsung di Genting Highlands baru-baru ini, dengan produk Cocoa Straits 1778 ditawarkan secara eksklusif di kedai terpilih. 

Antara yang turut hadir pada majlis itu Pengarah Lembaga Koko Malaysia Datuk Dr Ramle Kasin. Kee berkata nama Cocoa Straits 1778 mempunyai makna khusus bersumberkan daripada sejarah koko yang luar biasa di Malaysia. 


“la simbol kepada kesungguhan kami memenuhi misi untuk menyampaikan sejarah koko Malaysia kepada peminat coklat di seluruh dunia. Penanaman koko di Malaysia telah menjangkau lebih dua abad. Mengikut catatan sejarah, biji koko ditemui di sebuah taman di Melaka pada 1778. Justeru, ‘1778’ adalah mewakili tahun penemuan pokok koko pertama di Melaka,” katanya dipetik ketika berucap pada majlis perasmian. 

Dalam pada itu, kenyataan tersebut memaklumkan, Cocoa Straits 1778 merancang untuk mewujudkan cawangan francaisnya di Kuala Lumpur bagi memudahkan lagi pembelian selain meluaskan rangkaian produknya dengan memperkenalkan pelbagai perisa coklat yang baharu dan reka bentuk pembungkusan yang menarik. 

“Syarikat juga akan terus berusaha mempromosikan jenama ini di peringkat global untuk membolehkan lebih ramai orang berpeluang menikmati keenakan coklat Cocoa Straits 1778 dan menghayati warisan serta budaya koko yang kaya di Malaysia,’ menurut kenyataan itu. 


Menurut kenyataan itu, syarikat juga berhasrat untuk menjadi peneraju dalam pasaran global bagi jenama tulen yang mempunyai satu tempat pengeluaran, menghasilkan coklat mewah_ berkualiti tinggi, pembelian beretika dan kepakaran penghasilan. 

“Bagi meningkatkan kesedaran produk dan mempromosikan jenama, Cocoa Straits 1778 merancang untuk melancarkan kempen_ promosi pada acara tertentu atau semasa musim perayaan untuk merangsang pembelian oleh pelanggan,’ menurut kenyataan itu.

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM