DOMINO’S INFAQ KASIH & PIZA KEMBALI UNTUK GALAKKAN RAKYAT MALAYSIA MEMBUAT KEBAIKAN PADA BULAN RAMADAN DAN SYAWAL


Bulan Ramadan yang indah dan penuh dengan peluang untuk beramal dan berbuat kebaikan akhirnya tiba! Domino’s Pizza berbesar hati mengambil peluang dalam bulan istimewa ini dengan menawarkan kebahagiaan melalui hidangan lazat menerusi kempen, Domino’s Infaq Kasih & Piza.

Domino’s Infaq Kasih & Piza adalah sebuah kempen yang dilancarkan di seluruh negara bertujuan untuk memperkasakan rakyat Malaysia untuk memberi impak positif dalam komuniti. Bermula dari 12 Mac hingga 17 Jun 2024, hanya dengan membeli hidangan daripada Domino’s Pizza, rakyat Malaysia berpeluang untuk menaikkan semangat dan membantu mereka yang memerlukan. Sama ada pelanggan ingin menyumbang kepada pertubuhan amal, anggota barisan hadapan, golongan kurang bernasib baik, atau orang tersayang, kempen ini menawarkan cara yang bermakna untuk menyebarkan kebaikan, terutamanya pada bulan Ramadan yang mulia ini dan sambutan Hari Raya yang akan datang.

Shamsul Amree, Ketua Pegawai Eksekutif Domino’s Pizza Malaysia berkata, “Kempen Domino’s Infaq Kasih & Piza ini adalah penting buat kami kerana ia selaras dengan nilai teras kami untuk menyumbang kembali kepada komuniti. Sebagai jenama yang telah lama bertapak di Malaysia, kami percaya ia menjadi tanggungjawab kami dalam memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk mencipta perubahan positif dalam komuniti. Kami berharap kempen ini dapat mencetuskan kesan “domino”, di mana ia akan memberi inspirasi kepada orang lain untuk melakukannya.”

“Kempen Domino’s Infaq Kasih & Pizza memudahkan pelanggan kami untuk menyumbang menerusi proses pesanan kami yang lancar dan mudah. Dengan caj penghantaran percuma kepada mana-mana penerima sumbangan pilihan mereka, inisiatif kami membolehkan orang ramai membuat kebaikan tanpa sebarang kerumitan. Selain itu, kami juga akan membalas budi pelanggan yang mengambil bahagian dalam Infaq Kasih & Pizza atas sokongan dan sumbangan peribadi mereka melalui nilai dan penjimatan yang tiada tandingan.” tambah Shamsul.

Sebarkan kasih sayang dan hulurkan sumbangan makanan hari ini dengan Infaq Kasih & Piza Domino’s. Untuk membuat pesanan, pelanggan hanya perlu memasukkan alamat penerima yang bakal menerima sajian Infaq Kasih & Piza dan memilih cawangan Domino's terdekat supaya Abang dan Kakak Domino's boleh menghantar pesanan ke lokasi tersebut bagi pihak pelanggan secara percuma. Menerusi sajian Infaq Kasih & Piza, Domino’s Pizza membolehkan pelanggan membuat pembelian pukal 10 Piza biasa pada harga hanya RM145 untuk 20 orang (10 kotak) sambil menikmati diskaun sehingga 60% atau penjimatan kira-kira RM214.00!. Sememangnya berbaloi dengan harga piza yang mampu milik iaitu RM7.25 seorang.

Mulai 12 Mac hingga 17 Jun, 2024, pelanggan yang mahu membeli dan menyumbang mana-mana hidangan Infaq Kasih & Piza boleh membuat pesanan dan pembayaran menerusi https://www.dominos.com.my/ atau menerusi aplikasi mudah alih Domino’s. Untuk proses pesanan tanpa sebarang kerumitan, pelanggan digalakkan memesan lebih awal menerusi laman web rasmi Domino’s.  


Comments

Popular posts from this blog

COLGATE OPTIC WHITE PURPLE: UBAT GIGI PEMUTIH UNGU PERTAMA COLGATE

ICBS 2024: MENJEMPUT ANDA MENEROKA INOVASI KAFE DI KUALA LUMPUR!