DURIOO+ MELANCARKAN KEMPEN RAMADAN TERBESARNYA DENGAN ALIF SATAR


Dalam langkah menarik untuk hiburan keluarga pada Ramadan ini, Durioo+, Platform Video Selamat Khusus Untuk Kanak Kanak Islam, dengan bangganya memperkenalkan siri Durioo+ Original terbarunya, "ILM: Kebangkitan Khalifah." 

Siri luar biasa ini, yang menampilkan artis Malaysia terkenal, Alif Satar sebagai salah seorang watak suara, menggabungkan ajaran Islam dengan genre fiksyen sains dan aksi, ditujukan untuk kanak-kanak berusia 8-12 tahun. 

Ramadan ini juga menyaksikan pelantikan rasmi Alif Satar sebagai duta Durioo+. Durioo+ komited untuk menceriakan Ramadan ini dengan lebih daripada 9,000 video dan kandungan eksklusif untuk kanak-kanak, di samping melancarkan aplikasi baru yang mesra kanak-kanak dan tawaran harga langganan istimewa. 

Siri Durioo+ Original "ILM: Kebangkitan Khalifah" Dilancarkan Sempena Ramadan 

Durioo+, platform hasil anak tempatan terkemuka dengan kandungan selamat dan Islamik untuk kanak-kanak, dengan bangganya mengumumkan pelancaran "ILM: Kebangkitan Khalifah" pada Ramadan ini. Bertujuan untuk memupuk imaginasi dan menanam nilai-nilai Islam, siri yang direka khusus untuk penonton muda ini menandakan kali pertama genre aksi sains-fiksyen Islamik diperkenalkan dalam industri animasi seluruh dunia. 

Sinan Ismail, Pengasas Durioo+ berkata, "Melancarkan 'ILM: Kebangkitan Khalifah' sempena Ramadan adalah cara kami menyumbang kepada bulan yang bermakna bagi umat Islam. Siri ini, bersama dengan aplikasi baru kami dan harga langganan khas, melambangkan komitmen kami untuk menyediakan kandungan berkualiti berdasarkan misi kami untuk mendidik ummah yang beriman, berakhlak & berilmu."

Alif Satar, Artis & Duta Rasmi Durioo+ turut berkongsi pengalamannya dengan berkata, "Memberikan suara saya kepada 'ILM: Kebangkitan Khalifah' merupakan pengalaman yang sangat istimewa. Ia merupakan suatu kehormatan untuk menjadi sebahagian daripada projek yang tidak hanya menghiburkan tetapi juga berfungsi sebagai sumber pembelajaran Islam yang berharga untuk kanak-kanak. Saya yakin dengan usaha Durioo+ ini, keluarga Muslim di Malaysia boleh mengoptimumkan manfaat Ramadan mereka dengan nilai murni dari siri ILM dan konten lain yang ditawarkan di Durioo+” 

Selain daripada pelancaran siri ILM di acara Duriooversary yang berlangsung pada 6 Mac 2024, Durioo+ juga dengan berbesar hati mengumumkan pelancaran aplikasi baru yang dioptimumkan untuk kanak-kanak. Aplikasi mesra pengguna ini direka untuk memudahkan kanak-kanak mengakses ribuan konten Islamik dan ‘edutainment’ penuh nilai positif. 


Tambahan lagi, Durioo+ menawarkan kadar langganan khas untuk Ramadan, bermula serendah RM 8.25 sebulan, menjadikannya lebih berpatutan untuk menjangkau lebih banyak ibu bapa. (Tentang Durioo) Durioo: Platfom Video Selamat Khusus Untuk Kanak Kanak Islam Durioo+ adalah Platfom Video Selamat Khusus Untuk Kanak Kanak Islam yang komited dengan misinya untuk membentuk ummah yang Beriman, Berakhlak & Berilmu. 

Ditubuhkan pada tahun 2022, ia pantas menjadi nama yang dipercayai oleh keluarga Muslim di seluruh dunia yang mencari kandungan yang selaras dengan nilai-nilai Islam. [‘Call to Action’ : Pada Ramadan ini, ambil peluang untuk memanfaatkan sambil menghiburkan anak-anak anda dengan "ILM: Kebangkitan Khalifah" dan lebih 9,000 video di Durioo+. 

Lawati www.duriooplus.com untuk melanggan pada kadar istimewa Ramadan kami atau muat turun aplikasi Durioo+ baru di Google Play atau App Store.

Comments

Popular posts from this blog

COLGATE OPTIC WHITE PURPLE: UBAT GIGI PEMUTIH UNGU PERTAMA COLGATE

ICBS 2024: MENJEMPUT ANDA MENEROKA INOVASI KAFE DI KUALA LUMPUR!