FABER LANCAR KOLEKSI SARAPAN VINTAJ YANG ANGGUN LAGI SOFISTIKATED


FABER Appliances Malaysia (FABER) yang terkenal dengan tumpuan kepada fungsi dan reka bentuk terbaru dalam rangkaian produknya, kini memperkenalkan Siri Sarapan Vintaj terkini, yang merupakan koleksi empat peralatan dapur yang melambangkan gaya dan fungsi hasil gandingan kemudahan moden dan pesona vintaj.

Siri Sarapan Vintaj FABER menampilkan rangkaian peralatan dapur yang terdiri daripada pembakar roti, cerek automatik, cerek jag dan blender dalam rekaan vintaj, setiap satunya dihasilkan dengan ciri yang versatil dan boleh dipercayai untuk memenuhi pelbagai keperluan kulinari.

Encik Chua Ah Boon, Pengarah Urusan FIMACO Sdn Bhd, menekankan komitmen jenama itu untuk memperhalusi produknya bagi memenuhi keperluan pengguna masa kini yang sentiasa berubah. "Menyedari kepentingan utama dalam menggabungkan gaya dengan kepraktisan, kami di Faber berdedikasi untuk menyediakan produk yang meningkatkan kedua-dua bentuk dan fungsi kepada para pengguna. Siri Sarapan Vintaj terbaharu kami disesuaikan untuk pengguna yang arif pada zaman kini, meremajakan ruang kediaman dengan peralatan yang cemerlang dalam prestasi dan meningkatkan pengalaman masakan, memastikan setiap penyediaan hidangan adalah usaha yang menggembirakan."

Beliau menambah bahawa peralatan ini diperkenalkan tepat pada masanya untuk Hari Raya, berfungsi sebagai peneman yang tidak ternilai memberikan fleksibiliti dan kebolehpercayaan yang tiada tandingan kepada pelanggan yang meraikan perayaan itu.

Sentiasa Anggun dan Sofistikated

Menampilkan reka bentuk yang tidak keterlaluan tetapi cukup untuk menyerlahkan keanggunan dan pesona yang tak lapuk dek zaman, setiap peralatan dalam rangkaian ini didatangkan dengan kemasan putih vintaj, rona lembut dan mesra yang mengimbau estetik dapur klasik.

Skema warna putih vintaj bukan sahaja menyerlahkan elemen sofistikated di mana-mana ruang dapur, malah turut berupaya mewujudkan suasana yang tenang dan lapang, menjadikan ruang dapur tampak lebih terbuka dan mesra. Dihiasi kemasan rona perak, peralatan dalam Siri Sarapan Vintaj ini menonjolkan keharmonian gandingan reka bentuk inspirasi vintaj dan fungsi moden.

Di samping itu, reka bentuk siri ini yang mengutamakan mutu kemasan mencerminkan komitmen FABER terhadap gaya dan fungsi. Setiap aspek peralatan ini, dari ciri-ciri tombol dan pemegang berinspirasi retro sehinggalah garisan dan lengkungan yang kemas dan halus, dihasilkan dengan teliti supaya dapur anda tampak lebih menarik dengan peralatan yang berprestasi tinggi dan boleh dipercayai.

Kelengkapan versatil yang diyakini untuk keperluan dapur anda

Pembakar roti dari rangkaian ini dilengkapi seting yang boleh dilaraskan supaya roti dibakar mengikut selera anda, sama ada anda lebih menggemari roti bakar yang mempunyai sedikit keperangan atau yang lebih pekat dengan warnanya.

Pembakar roti 

Rangkaian ini menampilkan cerek yang dilengkapi teknologi termaju untuk ketahanan dan keselamatan, untuk memberikan ketenangan fikiran semasa anda menyediakan minuman panas kegemaran anda. Dengan ciri pemanasan pantas dan reka bentuk ergonomik, kemudahan dan fungsi cerek ini amat sesuai untuk tempoh pagi yang sibuk atau petang yang santai.

Faber Jug Kettle

Faber Auto Kettle


Sama ada anda menyediakan smoothie berkhasiat untuk sarapan atau membuat sos berkrim, blender dari rangkaian ini sentiasa memberikan hasil yang lunak. Dengan kawalan yang mudah digunakan dan motor yang berkuasa kuat, blender ini menjadi alat yang versatil di dapur yang membolehkan anda mencuba beraneka resepi dengan begitu mudah sekali.


Siri Sarapan Vintaj FABER yang menggandingkan reka bentuk klasik dengan inovasi moden yang menawarkan pengalaman gaya hidup hebat dengan penerokaan kulinari di samping menambahkan keanggunan kediaman anda. Sama ada anda gemar memasak atau hanya ingin menyerikan dapur anda, siri ini menjanjikan gaya tersendiri yang lebih unggul untuk anda.

Harga & Ketersediaan

 

FABER

Vintage Breakfast Series

harga promosi*

RRP

Faber Auto Kettle Vintage Series

(Model: FK V218)

RM 179.00

RM 219.00

Faber Toaster Vintage Series

(Model: FT-V8502)

RM 169.00

RM 189.00

Faber Jug Kettle Vintage Series

(Model: FCK-V217)

RM 179.00

RM 219.00

Faber Blender Vintage Series

(Model: FBG-V515)

RM 169.00

RM 229.00

*Tertakluk pada terma & syarat. Sementara stok masih ada.


Siri Sarapan Vintaj FABER kini boleh didapati di pengedar sah Faber, dan platform e-dagang rasminya seperti di bawah:


Untuk maklumat lanjut, layari https://www.faber.my/

Comments

Popular posts from this blog

COLGATE OPTIC WHITE PURPLE: UBAT GIGI PEMUTIH UNGU PERTAMA COLGATE

ICBS 2024: MENJEMPUT ANDA MENEROKA INOVASI KAFE DI KUALA LUMPUR!