LG RENT-UP MENINGKATKAN TARAF HIDUP KEDIAMAN MALAYSIA


LG Electronics (M) Sdn Bhd dengan bangganya mengumumkan pelancaran LG Rent-Up, yang merupakan perkhidmatan penyewaan peralatan rumah yang komprehensif di Malaysia. Program penyewaan yang inovatif ini menawarkan fleksibiliti dan kemampumilikan kepada rakyat Malaysia untuk memiliki dan meningkatkan kehidupan mereka dengan peralatan rumah pintar terkini daripada LG.

Dengan LG Rent-Up, pengguna tidak perlu lagi mengeluarkan kos pendahuluan yang tinggi untuk membeli peralatan rumah dan peralatan yang usang juga boleh diketepikan. Program terbaharu daripada LG ini bertujuan untuk memperkasakan rakyat Malaysia untuk meningkatkan ruang kediaman mereka dengan mudah sambil mengekalkan kestabilan kewangan. Dengan sembilan rangkaian produk LG yang tersedia untuk program ini, termasuk penulen air, penulen udara, penghawa dingin, mesin basuh, peti sejuk, TV dan banyak lagi, rakyat Malaysia kini boleh menaik taraf kediaman mereka dengan mudah dengan tempoh sewaan fleksibel minimum 5 tahun dan maksimum 7 tahun, bergantung pada rangkaian produk yang dipilih.

“Kami sangat teruja untuk memperkenalkan program penyewaan LG Rent-Up kami yang komprehensif kepada rakyat Malaysia. Dengan LG Rent-Up, kami berhasrat untuk mendatangkan pengalaman penyewaan yang terbaik kepada pengguna tempatan supaya mereka dapat menikmati produk dan perkhidmatan yang inovatif tanpa memerlukan bayaran pendahuluan yang berlebihan,” kata Justin Choi, Pengarah Urusan LG Malaysia.

Produk LG juga didatangkan dengan pakej perkhidmatan komprehensif yang merangkumi pilihan servis layan diri dan lawatan berkala daripada juruteknik LG. Selain itu, penyepaduan yang lancar antara produk LG dengan aplikasi LG ThinQ membolehkan pengguna memantau status produk yang disewa dengan mudah untuk memastikan peralatan tersebut kekal efisien.

Justin Choi, Pengarah Urusan LG Malaysia.

Selain daripada ketersediaan perundingan pakar, perkhidmatan penghantaran dan pemasangan percuma, serta khidmat pelanggan, LG Rent-Up turut menawarkan waranti standard sepanjang tempoh penyewaan. Untuk mewujudkan pengalaman pelanggan yang memuaskan, pengguna juga boleh menaik taraf produk sewaan mereka kepada peralatan rumah LG yang lebih baharu pada penghujung tempoh penyewaan produk semasa.

“Apa yang benar-benar membezakan perkhidmatan penyewaan kami daripada yang lain ialah komitmen kami untuk menyediakan pengalaman yang mudah dan lancar. Sebagai satu-satunya penyedia yang menawarkan rangkaian produk yang pelbagai di bawah program penyewaan kami, kami tidak sabar untuk menyaksikan rakyat Malaysia merangkul gaya hidup yang lebih pintar,” kata Justin.

LG Rent-Up kini boleh didapati di seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut tentang LG dan program Rent-UpTM mereka, sila layari laman web rasmi LG https://www.lg.com/my/rent-up atau ikuti halaman Facebook rasmi LG di https://www.facebook.com/LGMalaysia untuk kemas kini, berita, dan promosi terkini.

Comments

Popular posts from this blog

COLGATE OPTIC WHITE PURPLE: UBAT GIGI PEMUTIH UNGU PERTAMA COLGATE

ICBS 2024: MENJEMPUT ANDA MENEROKA INOVASI KAFE DI KUALA LUMPUR!