MARSHA MILAN SALUR EMOSI MELALUI ‘DULU, KINI DAN AKHIRNYA’


Marsha Milan Londoh, nama yang tidak asing lagi dalam industri tanah air, kini muncul dengan single terbaharu berjudul ‘Dulu, Kini dan Akhirnya’. Lagu yang penuh emosi ini turut menjadi runut lagu bagi drama Samarinda ‘Lelaki Itu’ yang akan disiarkan di TV3 sepanjang Ramadan ini.

‘Dulu, Kini dan Akhirnya’ merupakan hasil ciptaan dan penulis lirik Hanis Rafi, Firdaus Rahmat dan Omar K. Walaupun ini kali pertama Marsha bekerjasama dengan Hanis Rafi, namun, ini bukan penghalang buat Marsha yang hanya mengambil masa 2 jam ketika rakaman di dalam studio.

Menurut Omar K, lagu ini mengisahkan tentang semangat seseorang dalam meneruskan kehidupan walaupun telah dilukai berkali-kali oleh orang tersayang dan dilihat amat seusai untuk dijadikan runut lagu bagi drama ‘Lelaki Itu’. “Marsha memang seorang penyanyi yang bijak untuk kawal emosi dan menjiwai lagu. Tambahan dengan lontaran suara yang jelas dan juga vokal yang mantap, saya pasti lagu ini akan menjadi hit di kalangan pendengar.”

Menurut Marsha, sewaktu lagu ini pertama kali dimainkan kepadanya, beliau terus berminat untuk menyanyikan lagu ini kerana olahan melodi dan liriknya yang unik dan menusuk kalbu. “Apabila saya baca lirik yang diberi dan dengar melodi lagu ini, saya terus jatuh cinta. Lirik lagu ini bagi saya sangat unik dan membawa makna yang sangat mendalam. Mencabar juga menyanyikan lagu ini kerana apabila saya bawakan lagu ini, emosi menyelubungi diri dan membuatkan saya perlu melawan emosi ini dan membawakan lagu ‘Dulu, Kini dan Akhirnya’ dengan baik.”

“Saya lebih teruja apabila mendapat tahu lagu ini dijadikan runut lagu bagi drama Samarinda ‘Lelaki Itu’ yang dibintangi oleh pelakon hebat seperti Dato’ Adi Putra, Che Puan Sarimah Ibrahim, Nabila Huda, Nadia Brian, Hannah Delisha dan Sophia Al-Barakbah,” tambah Marsha lagi.

‘Dulu, Kini dan Akhirnya’ telah mula berkumandang di pelbagai platform iTunes atau melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify, Apple Music, Youtube Music, Tidal dan Deezer sejak dan boleh dilayari di pelbagai platform musik bermula 6 Mac 2024 lalu. Untuk mendapatkan maklumat terkini tentang Alternate Records & Talents, layari akaun rasmi media sosial Alternate Records & Talents di Facebook, @alternate.my_ di Instagram, dan @alternate.rt_ di TikTok.

Comments

Popular posts from this blog

COLGATE OPTIC WHITE PURPLE: UBAT GIGI PEMUTIH UNGU PERTAMA COLGATE

THE EXPERTS - FILEM AKSI HEIST YANG DINANTIKAN 2024, TAMPILKAN BARISAN PELAKON HEBAT TANAH AIR

ICBS 2024: MENJEMPUT ANDA MENEROKA INOVASI KAFE DI KUALA LUMPUR!