MUSLIM PRO MELANCARKAN BOT AI ISLAMIK DAN AL-QURAN YANG DIPERKASA MENJELANG RAMADAN


Muslim Pro, aplikasi gaya hidup Islam yang sangat popular, hari ini mengumumkan pelancaran dua ciri baru: "Ask AiDeen," sebuah chatbot Islam yang berkuasa AI, dan penambahbaikan baru pada ciri Al-Quran, dengan fungsi Immerse, Memorise, dan Learn. Penambahbaikan ini direka khas untuk membantu pengguna memperoleh pemahaman dan hubungan yang lebih mendalam dengan agama, menyediakan pengalaman Ramadan yang lebih bermakna dan introspektif di mana-mana.

Al-Quran adalah unsur utama dalam aplikasi Muslim Pro dan merupakan salah satu ciri yang paling banyak digunakan sepanjang tahun, terutamanya di kalangan pengguna Malaysia. Menyedari hal ini, Muslim Pro telah menyiapkan semula ciri-ciri Al-Quran untuk menyokong hafalan dan pemahaman Al-Quran melalui mod pendengaran mesra pengguna, kuiz interaktif, dan pelbagai alat pembelajaran yang luas. Penambahbaikan ini dirancang dengan teliti untuk memenuhi keperluan pelbagai dalam komuniti Muslim, menjamin pengalaman Ramadan yang lebih bermakna dan introspektif.

Fara Abdullah, Ketua Pegawai Strategi Muslim Pro menyatakan, "Kami memahami bahawa membaca dan menghafal Al-Quran merupakan sebahagian penting Ramadan bagi rakyat Malaysia. Penambahan alat menghafal moden melambangkan satu gabungan harmoni antara teknologi dan kaedah tradisional pengajian Al-Quran, menetapkan piawaian baru untuk aplikasi pendidikan Islamik."

Aplikasi Muslim Pro juga merupakan antara yang pertama yang menawarkan pengajaran yang memberi tumpuan pada surah-surah penting dengan komponen kuiz tambahan. Ciri menghafal ini unik kerana sifat inklusifnya, memenuhi keperluan pelbagai jenis pengguna termasuk penggunar visual dan auditori.

Ask AiDeen: Rakan Islamik Anda yang Dikuasakan oleh AI

Selain Al-Quran yang diperkemaskan dan ciri-ciri pembelajaran dan menghafal yang baru, satu lagi ciri penting yang dilancarkan menjelang Ramadan adalah bot AI yang dipanggil "Ask AiDeen". Bot ini, yang dikuasakan oleh Kecerdasan Buatan Generatif (Gen) AI, dilatih untuk menjawab pertanyaan-pertanyaan Islam berdasarkan sumber-sumber yang sahih, termasuk Al-Quran dan hadis-hadis yang disahkan. Ask AiDeen mengatasi cabaran untuk mencari maklumat Islam yang disahkan dan boleh diakses dengan mudah dan dimana sahaja.

Menurut Fara, "Ask AiDeen lebih daripada sekadar inovasi teknologi; ia sedia membantu pengguna kami dalam usaha mereka untuk mencari ilmu agama di mana sahaja dan pada bila-bila masa." "Kami menggunakan AI untuk memberikan jawapan yang telah disahkan dan memastikan ianya relevan secara kontekstual. Melalui Ask AiDeen, kami juga ingin memperkasa komuniti Muslim Pro dengan membolehkan pengguna belajar mengenai agama menggunakan alat berasaskan AI namun pengguna juga perlu menyemak semula dengan pihak berkuasa agama tentang topik-topik agama yang memerlukan penjelasan yang lebih mendalam," tambahnya.

Ciri Al-Quran yang telah ditambah baik dan ciri Ask AiDeen akan dapat diakses dalam aplikasi Muslim Pro, dilancarkan pada semua peranti iOS menjelang 5 Mac 2024, dan pada peranti Android menjelang 8 Mac 2024. Untuk memastikan pengalaman yang lancar dan optimum sepanjang bulan Ramadan yang mulia, pengguna dinasihatkan untuk mengemaskini aplikasi mereka sebaik sahaja kemas kini tersedia.

Tawaran ini dipilih dengan teliti untuk melengkapkan perjalanan rohani pengguna kami, menyediakan landasan untuk refleksi, pembelajaran, dan hiburan Muslim semasa bulan yang Ramadan yang mulia. Melalui inisiatif-inisiatif ini, Muslim Pro menekankan dedikasinya untuk meningkatkan perjalanan rohani umat Islam di Malaysia dan di seluruh dunia, dengan menyepadukan teknologi dengan iman untuk memberikan pengalaman yang bermakna yang selari dengan komuniti kami, terutamanya semasa Ramadan.

Di Malaysia, terdapat kira-kira 1.5 juta pengguna aktif bulanan Muslim Pro, mengukuhkan kedudukannya sebagai aplikasi teratas untuk ciri-ciri Al-Quran, dengan penggunaan yang ketara terhadap Pemain Audio Al-Quran, Qibla, dan Waktu Solat. Dengan lebih daripada 150 juta muat turun di lebih 190 negara, Muslim Pro tersedia di Play Store Android dan App Store Apple.

Comments

Popular posts from this blog

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

FIRETALK 2024 BY NOURUL DEPP KEMBALI SUNTIK MOTIVASI, UBAH MENTALITI