PUSAT PERUBATAN SUNWAY VELOCITY RAIKAN WANITA DENGAN THE GLOW RETREAT: UNWIND AND REJUVENATE BERSEMPENA HARI WANITA ANTARABANGSA
Pusat Perubatan Sunway Velocity (SMCV) baru-baru ini telah mengadakan sebuah acara yang dihadiri oleh semua peserta wanita, dipanggil “The Glow Retreat: Unwind and Rejuvenate” di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur. Diadakan bersempena dengan sambutan Hari Wanita Antarabangsa, acara ini telah dihadiri oleh 50 orang peserta, termasuk pesakit SMCV, pemimpin pendapat (KOL), wakil media dan para pemenang daripada pertandingan akaun media sosial SMCV.
Ketua Pengawai Eksekutif SMCV, Susan Cheow berkongsi bahawa SMCV melihat acara ini sebagai sebuah sebuah peluang untuk meraikan kekuatan dan kejayaan para wanita daripada pelbagai latar belakang dan usia. “Wanita lazim membawa pelbagai peranan dalam kehidupan, sama ada sebagai ibu, kakak, isteri atau profesional. Melalui acara seperti ini, kami ingin menghargai usaha gigih wanita yang sentiasa bekerja keras ini dalam menjalankan pelbagai tanggungjawab dan menyumbang kepada masyarakat,” katanya.
Di “The Glow Retreat,” para peserta menikmati pelbagai aktiviti berbeza yang direka khas untuk membolehkan mereka berehat daripada rutin harian yang sibuk serta dapat menyegarkan badan dan minda mereka. Ini termasuk sesi meditasi dan ‘sound healing’ yang dikendalikan oleh personaliti kesihatan dan pengasas OhanaJo Studio, Jojo Struys yang merupakan hos acara ini, bengkel pembuatan minyak wangi dan lilin aromaterapi yang dikendalikan oleh jenama penjagaan kulit organik, Claire Organics.
Memberi fokus kepada kesejahteraan wanita secara holistik, SMCV menganjurkan sesi perkongsian kesihatan bersama barisan doktor pakar daripada SMCV. Dr Farah Leong Rahman, Pakar Perunding Perbidanan, Sakit Puan dan Pakar Kesuburan, menekankan kepentingan penjagaan diri untuk wanita. Beliau berkata, "Wanita sering menjalani kehidupan yang sibuk sehingga mereka mungkin mengabaikan kepentingan kesihatan mereka sendiri sama ada dari segi fizikal dan mental. Melalui aktiviti seperti ini, kami dapat mengumpulkan para wanita yang luar biasa untuk bersama-sama meningkatkan kesedaran dan menekankan kepentingan untuk mengutamakan diri dan kesejahteraan mereka.”
Dr Farah turut menerangkan kepentingan memahami aspek kesihatan wanita secara menyeluruh dengan membincangkan topik-topik yang sering diabaikan seperti kesihatan faraj. Beliau menjelaskan bahawa di sebalik kepentingannya, ramai wanita cenderung mengabaikan aspek kesejahteraan ini. Melalui sesi perkongsiannya bersama Dr Wong Yen Shi, Pakar Perunding Perbidanan dan Sakit Puan, kedua-dua doktor ini menekankan peranan kesihatan faraj dalam memberikan kesejahteraan keseluruhan, dengan tujuan untuk memberikan lebih kesedaran mengenai topik ini.
Turut hadir di acara ini ialah Dr Ryan Tee Chun Keat, Pakar Perunding Psikiatri SMCV, yang berkongsi mengenai kepentingan untuk para wanita mengambil sedikit masa untuk bersendirian dan adakan ‘me time’ untuk kesihatan mental mereka. Selain itu, Dr Irene Lee Chew Kek, Pakar Perunding Dermatologi, menerangkan kesan hormon pada kesihatan kulit. Menerusi The Glow Retreat juga, peserta berpeluang untuk mengetahui tentang teori warna dan mengenalpasti warna yang bersesuaian dengan mereka menerusi Bengkel Analisis Warna yang dikendalikan oleh Style by OSH. Selain itu, Elixir, jenama penjagaan kulit anti-penuaan No 1 Jepun turut mengadakan sesi perkongsian mengenai kesihatan kulit dan demonstrasi untuk para peserta.
Sebagai hadiah bersempena dengan Hari Wanita Antarabangsa dan untuk menghargai wanita di atas komitmen mereka, SMCV turut menghadiahkan para peserta dengan baucar spa percuma untuk rawatan urutan seluruh badan di UR SPA oleh The RuMa Hotel and Residences, membolehkan mereka untuk menikmati 'me time' mengikut keselesaan mereka.
The Glow Retreat juga menandakan pelancaran "Empowering Women Campaign," sebuah kempen SMCV yang akan berlangsung selama dua bulan serta menampilkan inisiatif seperti promosi pakej pemeriksaan kesihatan wanita dan pelancaran siri video 'HealthyHER'. Menerusi siri video ini, hos Jojo Struys dan barisan pakar perunding SMCV berkongsi kepakaran dan pandangan mereka mengenai kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan wanita, dan menyediakan platform untuk wanita mempelajari cara untuk menjaga kesihatan mereka dengan lebih baik dan lebih menyayangi diri mereka sendiri.
Dengan tumpuan untuk meraikan kekuatan wanita daripada pelbagai latar belakang, "The Glow Retreat: Unwind and Rejuvenate" memberikan sebuah pengalaman yang menyegarkan untuk para peserta untuk berehat dari rutin seharian mereka sambil memberikan lebih peluang dan inisiatif untuk wanita memperkasakan diri mereka.
Pusat Perubatan Sunway Velocity terletak di Lingkaran SV, Sunway Velocity, Kuala Lumpur. Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan dengan Sunway Medical Centre Velocity, sila layari www.sunwaymedicalvelocity.com.my/ (Facebook: Sunway Medical Centre Velocity).
Comments
Post a Comment