RAKYAT MALAYSIA SEDIA SAMBUT KERIANGAN DAN SEMANGAT KEBERSAMAAN SEPANJANG RAMADAN DAN RAYA DENGAN TIKTOK


Sempena Ramadan dan Raya ini, TikTok, iaitu platform utama untuk video bentuk pendek, bakal menyemarakkan semangat perayaan dan kebersamaan dengan menyatukan pengguna, pencipta, penjual dan jenama melalui ‘Shoppertainment’. Ia merupakan kaedah perdagangan berasaskan kandungan, yang bukan hanya menawarkan hiburan dan pendidikan, tetapi juga mengintegrasi kandungan dan komuniti bagi mencipta pengalaman beli-belah yang mengasyikkan.

“Ramadan dan Raya adalah detik bermakna yang menyatupadukan rakyat Malaysia. TikTok ingin merancakkan sambutan ini dengan menyediakan bukan sahaja kandungan yang asli dan menghiburkan, tetapi juga saluran untuk inspirasi, penerokaan dan pembelian,” kata Ketua Perkongsian Pendapatan Saluran, Asia Tenggara, TikTok, Sea Yen Ong. “Sempena Ramadan dan Raya ini, TikTok muncul sebagai pencetus revolusi kerana pengguna hari ini tidak lagi hanya mengutamakan soal jualan, tetapi juga menginginkan hiburan. Interaksi jenama dan pengguna telah mengalami peralihan asas – pengguna kini giat mencari pengalamanan yang interaktif, mengujakan, berunsurkan pendidikan dan menghiburkan dalam jenama.”

Meneroka dan Mencari Inspirasi Sepanjang Ramadan

Pada 2023, TikTok mencatatkan 14 bilion tontonan untuk video berkaitan Ramadan – meningkat sebanyak 4 bilion berbanding 10 bilion pada 2022. Pada tahun sama, 5 juta video berkaitan Ramadan telah dicipta pada platform itu, dan ini adalah satu peningkatan berbanding 3 juta video pada 2022.

Satu kajian yang ditugaskan oleh TikTok mendapati 7 daripada 10 pengguna Malaysia menggunakan TikTok sepanjang tempoh Ramadan. Malah, lebih 76 peratus pengguna giat mencari kandungan yang menghiburkan di TikTok semasa Ramadan. Dalam tempoh sama, tontonan video dan penerbitan video masing-masing meningkat 73 peratus dan 61 peratus semasa sahur.

Di samping itu, kandungan pada platform itu juga berkembang dari segi penciptaan video dan tontonan video, dengan peningkatan 1.7 kali ganda tahun ke tahun dalam penciptaan video, dan peningkatan 40 peratus dalam tontonan video. 74 peratus daripada pengguna ingin mencari inspirasi berkaitan Ramadan pada platform itu, manakala 67 peratus lagi ingin berkongsi keriangan dengan mencipta kandungan sendiri. Tambahan pula, tanda pagar #Ramadan telah mendapat lebih 7 bilion tontonan setakat ini, manakala topik-topik relevan seperti #BajuRaya, #HariRaya dan #GayaRaya masing-masing meraih 729 juta, 615 juta dan 400 juta tontonan.

Bersiap sedia dan beli-belah untuk Raya

Dari Ramadan sehingga Raya, 86 peratus pengguna cenderung membeli sesuatu yang dilihat di TikTok. Ini kerana mereka menggunakan TikTok untuk mencari inspirasi berkaitan Raya, dengan 59 peratus berkongsi mereka melayari platform itu untuk memperoleh berita dan trend terkini.

Sebagai persediaan rumah terbuka dan kunjung-mengunjung, 96 peratus pengguna bercadang membuat pembelian untuk diri sendiri atau orang lain semasa Raya. Selain itu, 86 peratus berkongsi mereka akan membeli produk makanan dan minuman (F&B) menjelang Raya, manakala 67 peratus lagi akan membeli detergen, mesin basuh pinggan mangkuk dan pencuci pelbagai guna untuk rumah mereka.

Tip-tip untuk Memanfaatkan TikTok

Perniagaan daripada semua saiz dan pencipta boleh memanfaatkan platform semasa Ramadan dan Raya dengan memberi perhatian kepada hal-hal berikut:

· Tarik perhatian penonton anda dengan memuatkan hantaran dan membuat siaran langsung sewaktu sahur

· Manfaatkan pelbagai alatan yang tersedia di TikTok dan TikTok Shop untuk mencapai penonton sasaran anda – mudah untuk mencipta kandungan dan menarik minat mereka di TikTok

· Manfaatkan suasana perayaan dengan berkongsi keriangan melalui tanda pagar dan kandungan yang terkini dan relevan, dan gunakan strategi ‘full-funnel’ menerusi kolaborasi pencipta TikTok, penyelesaian pengiklanan dan TikTok Shop untuk mencipta pengalaman membeli-belah yang lancar dan mengujakan.

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

APAKAH RISIKO MAKANAN DIPROSES BERLEBIHAN YANG WAJIB DIKETAHUI?

PERSEMBAHAN BALET SENSASI LONDON MENAMPILKAN PENARI CILIK CEMERLANG, SOPHIA ONG DARI SELANGOR, DALAM BALLET NIGHTS KUALA LUMPUR!