RESORTS WORLD GENTING MENYAMBUT RAMADAN BERSAMA ANAK-ANAK YATIM


Resorts World Genting (RWG) meraikan 25 orang anak-anak yatim dari Rumah Titian Kaseh dalam sebuah majlis berbuka puasa yang Istimewa di Resorts World Awana (RWA). Komitmen tanggungjawab sosial korporat kali ini melibatkan Genting Green Generation (G3), sebuah inisiatif sukarelawan kakitangan RWG yang memberi tumpuan kepada pemuliharaan alam sekitar. Majlis ini menggabungkan perpaduan antara budaya sambutan Ramadan dan usaha kelestarian sempena Earth Hour.

Anak-anak ini dihidangkan dengan pelbagai sajian Pantai Timur yang menyelerakan dan lazat di Jom Makan Awana. Mereka ternyata gembira menikmati hidangan istimewa dan mempesonakan seperti Kambing Bakar, Ayam Percik, Sup Aneka, Rendang Tok, Singgang Kelantan, Ayam Cincalok, Urab Nangka dan pelbagai jenis kuih tradisional Melayu.

Sebelum jamuan berbuka puasa, anak-anak berusia dari 5 hingga 17 tahun ini menyertai aktiviti-aktiviti bermakna yang disediakan. Aktiviti tersebut adalah menanam anak pokok di Taman Herba RWA dan menjelajah Awana Trail, di mana mereka berpeluang mempelajari dan mengetahui kepelbagaian flora dan fauna di kawasan Genting Highlands bersama-sama sukarelawan G3.


Seterusnya, anak-anak ini mempamerkan bakat seni masing-masing melalui cetakan tangan, diikuti dengan nyalaan lilin bersama sukarelawan G3 sebagai simbolik pemuliharaan alam sekitar sempena sambutan Earth Hour.

Sebagai tanda ingatan lawatan ke RWG, setiap anak menerima duit raya dan beg cenderahati yang mengandungi anak patung siamang, buku aktiviti Genting Highlands Heroes dan kit seni pasir. Sumbangan ini disempurkan oleh Dato’ Sri Kay Atisha Parasuraman, Naib Presiden Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam, Dato’ Sri Kay Atisha Parasuraman. Turut hadir ialah Encik Khew Choon Teck, Naib Presiden Resorts World Awana,

“Kami amat berbesar hati dapat memberikan peluang kepada anak-anak dari latar belakang yang kurang bernasib baik untuk menikmati aktiviti alam sekitar yang menyeronokkan dan berbuka puasa dalam suasana tenang dan nyaman di Resorts World Awana pada Ramadan kali ini,” kata Dato’ Sri Kay.

RWG tetap kukuh dengan komitmennya dalam memberikan impak positif dengan melibatkan diri dan menyokong pelbagai segmen di dalam komuniti sekeliling.

“Kami amat bersyukur dan menghargai jemputan daripada RWG pada hari yang indah ini. Anak-anak kami ternyata amat gembira dapat berbuka puasa dengan hidangan buffet yang lazat di tempat percutian tropika sebegini,’ kata Puan Siti Nor Ajlaa Hashim, Ketua Pentadbiran Rumah Titian Kaseh.

 

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

NESTLÉ MALAYSIA DAN BSMM BERGANDING BAHU MEMBANTU PENDUDUK TERJEJAS BANJIR : 5,000 KOTAK BARANGAN MAKANAN ASAS DISEDIAKAN BARISAN SUKARELAWAN

APAKAH RISIKO MAKANAN DIPROSES BERLEBIHAN YANG WAJIB DIKETAHUI?