VIVO MALAYSIA MEMPERKENALKAN SIRI VIVO V30 MENGGABUNGKAN TEKNOLOGI ZEISS DAN AURA LIGHT 3.0


vivo Malaysia dengan bangganya melancarkan penambahan baru dalam siri V mereka iaitu vivo V30 dan vivo V30 Pro hari ini. Keluaran pada siri vivo V30 kali in memaparkan reka bentuk telefon pintar ternipis daripada vivo, siri vivo V30 ini dilengkapi dengan bateri 5000 mAh (TYP) yang tahan lasak selama empat tahun, disertakan dengan ciri Aura Light Portrait 3.0 bagi kualiti gambar yang lebih baik dan pilihan warna yang menarik. Bagi vivo V30 Pro, ia mempunyai satu kelebihan pada kameranya iaitu, kamera potret profesional dari ZEISS yang direka khas untuk memberikan pengguna pengalaman fotografi potret seperti di dalam studio. Inovasi dari vivo kali ini memastikan prestasi yang berkualiti dan hayat bateri yang berpanjangan.

“Kami memang mengekalkan estetika minimalis pada kebanyakan siri V kami. Kali ini, dengan siri vivo V30, kami telah mencapai tahap kejuruteraan yang luar biasa dengan adanya Bateri 5000 mAh dan mampu bertahan sehingga 4 Tahun dalam reka bentuk senipis ini. Kami juga telah menambah baik pada ciri Aura Light 3.0 serta bekerjasama dengan ZEISS untuk memberikan pengguna satu alat untuk mengambil gambar potret bertaraf studio walaupun pada keadaan cahaya yang rendah,” kata Mike Xu, Ketua Pegawai Eksukitif vivo Malaysia

Potret bertaraf studio hanya di hujung jari

Siri vivo V30 meningkatkan pengalaman fotografi potret dengan adanya ciri Aura Light Portrait 3.0 yang dinaik taraf, meningkatkan perisian dan perkakasan untuk ketepatan seperti di studio dan menangani masalah seperti mempunyai cahaya rendah dan kurang ketepatan warna. Aura Light Portrait 3.0 menawarkan sumber cahaya yang lebih besar dan lebih lembut, 19 kali lebih besar dan 50 kali lebih lembut daripada kilat standard, memastikan butiran hidup dan pemeliharaan tekstur kulit yang halus.

Selain itu, ciri Penyesuaian Suhu Warna Pintar yang berintegrasi membolehkan siri vivo V30 mengenal pasti dengan bijak dan menyesuaikan suhu warna berdasarkan persekitaran subjek, menawarkan julat suhu warna yang hampir 20% lebih luas berbanding dengan iterasi sebelumnya dan membolehkan cahaya sekeliling tidak mempengaruhi ciri-ciri subjek dan nada warna sejajar dengan persekitaran.

Siri V30 menampilkan Pencahayaan Peka Jarak, menyesuaikan kecerahan Aura Light Portrait 3.0 berdasarkan jarak subjek secara langsung untuk potret yang diterangi dengan sempurna. Apabila dekat, cahayanya lembut dan seimbang; apabila lebih jauh, ia menjadi lebih terang untuk fotografi yang mudah. Aura Light Portrait 3.0 mempunyai mod kreatif seperti Mod Makanan, menangkap butiran yang mampu menggugah selera dalam cahaya penuh maya 3D.

Mencorak semula keupayaan imej dengan penataan kamera yang berkuasa

Siri vivo V30 memaparkan sistem kamera yang canggih dengan hasil kerjasama bersama ZEISS Optic pada model V30 Pro. Penataan kamera yang merangkumi Kamera Utama VCS True Color, Kamera Sudut Lebar Auto Fokus 50 MP, dan Kamera Selfie Kumpulan Auto Fokus 50 MP. Untuk meningkatkan fotografi suasana malam, Kamera Utama VCS True Color 50 MP dilengkapi dengan sensor 1/1.55", menyediakan kepekaan cahaya tahap flagship, dan disokong oleh Pengstabilan Imej Optik yang canggih.

vivo telah memainkan peranan yang penting dalam perekaan semula dalam penderia imej bagi meningkatkan kualiti foto dalam kumpulan telefon pintar yang nipis. Reka bentuk semula ini adalah berdasarkan piawaian bionik mata manusia yang melibatkan penapisan bahan penapis dan struktur optik piksel melalui kerjasama dengan pengeluar sensor. Teknologi Camera-Bionic Spectrum (VCS) eksklusif vivo membolehkan penglihatan kamera lebih dekat dengan mata manusia yang meningkatkan ketulenan imej sebanyak 25% dan pembiakan warna sebanyak 15% berbanding dengan generasi sebelumnya.

Selain itu, Kamera Sudut Lebar Auto Fokus 50 MP didatangi dengan ciri Fokus secara automatik dan sudut 119°, ia mampu memberi pengguna pengalaman yang senang semasa mengambil gambar. Ini juga menandakan Auto Fokus kamera sudut lebar ultra 50 MP tersebut merupakan yang pertama yang ada pada siri V kali ini, dengan jumlah piksel 6.25 kali lebih tinggi daripada kamera 8 MP sudut lebar biasa. Ciri kamera pada siri V30 kali ini juga dilengkapi dengan fungsi Potret Berkumpulan Kecerdasan Buatan untuk foto berkumpulan, memastikan kejelasan sehingga 30 individu dalam potret. Untuk menangkap swafoto bersama rakan-rakan dan keluarga, Kamera Selfie Kumpulan Auto Fokus 50 MP menyokong Auto Fokus dan sudut lebar 92°, memuatkan lebih banyak subjek dengan selesa dalam bingkai.

Penciptaan video yang mudah dengan mod dan alatan inovasi

Siri vivo V30 ini membolehkan pengguna mengekspresikan kreativiti mereka dengan mudah bagi menyediakan alatan yang diperlukan untuk merakam dan mengedit vlog pada tahap profesional. Dengan ciri kamera Aura Light Portrait 3.0, ia boleh meningkatkan kejelasan video dalam tetapan cahaya malap, serta menghasilkan potret yang lebih jelas dan pemandangan malam yang terang.

Ciri Penstabilan Imej Hibrid (menggabungkan OIS + EIS) dapat menjamin rakaman yang lebih lancar dan stabil kerana siri V30 kali ini mempunyai pengiraan penstabilan untuk setiap saat. Tambahan pula, ciri Filem Mikro dalam model ini adalah penyelesaian yang komprehensif bagi penciptaan video, yang membolehkan pelbagai kesan video dan ciri pengoptimuman untuk menyelaraskan proses penyuntingan.

Reka bentuk kreatif dan ringan dengan estetika yang ringkas dan elegan

Siri vivo V30 adalah gabungan yang sempurna antara gaya dan teknologi, dengan menyatukan reka bentuk yang nipis dan ringan bersama bateri yang tahan lama selama 4 tahun berkuasa 5000 mAh, menjadikannya telefon teringan vivo pada ketebalan hanya 7.45 mm. Teknik Enkapsulasi Satu Keping yang inovatif ini membolehkan penyatuan bateri berkapasiti tinggi ke dalam profil yang nipis dengan konfigurasi semula keseluruhan pengepala, yang boleh menciptakan ruang tambahan bagi sel bateri. Ini menghasilkan peranti yang elegan dan bergaya tanpa mengorbankan estetika sambil memberikan hayat bateri yang luar biasa. Berbanding dengan telefon pintar lain yang menggunakan bateri 5000 mAh, siri vivo V30 ini adalah 12% lebih nipis secara purata. Ini menunjukkan komitmen vivo kepada reka bentuk yang menarik dan prestasi tahan lama bagi telefon pintarnya. Selain itu, reka bentuk skrin lengkung 3D dengan Struktur Penyokongan yang selesa akan meningkatkan cengkaman, menjadikan siri vivo V30 ini bukan hanya bergaya tetapi juga mudah dipegang untuk tempoh yang panjang.

Siri vivo V30 juga memperkenalkan kemajuan inovatif dari segi Warna, Bahan dan Kemasan, untuk memberi penggunanya pengalaman yang segar dan menampilkan pelbagai warna serta tekstur yang menawan dari segi reka bentuk. Ia diinspirasikan dengan elemen kesederhanaan dan keanggunan ikonik siri vivo V, siri vivo V30 telah menggabungkan inovasi proses yang unik untuk meningkatkan setiap varian warna. Terutamanya, edisi Petal White yang mempamerkan corak kelopak 3D yang dicapai dengan ukiran 13 juta garisan tangen pada permukaan menggunakan fotolitografi. Ini adalah inspirasi daripada kelopak yang mekar.

Bagi edisi Aquamarine, ia menampilkan warna kehijauan pada permukaan kaca, yang diperkukuhkan dengan corak riak air dihasilkan melalui proses Zarah Magnet Bergelombang. Proses ini melibatkan kawalan tepat zarah magnet kecil dalam resin yang mengalir, mencipta kesan riak air yang berkilauan untuk menambah pergerakan dan kecairan dalam reka bentuk. Selain itu, siri vivo V30 juga mempunyai varian Noble Black yang kekal abadi, direka dengan Fluorite AG Glass untuk sentuhan klasik.

Prestasi yang sempurna dan jangka hayat bateri yang panjang untuk hiburan sepanjang hari

Memperkenalkan teknologi bateri yang inovatif, siri vivo V30 telah menggandakan jangka hayat baterinya, mengekalkan lebih 80% kapasiti walaupun selepas 1600 kitaran nyahcas, menghasilkan jangka hayat bateri selama empat tahun. Ciri bateri tahan lama 5000 mAh (TYP) 4 tahun, siri vivo V30 menyokong sehingga 23 jam masa siap sedia dan mencapai pengecasan penuh dalam masa 48 minit sahaja, berkat teknologi FlashCharge 80W. Peranti tersebut dipasangkan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon® 7 Gen 3 dan dipertingkatkan oleh teknologi Extended RAM 4.0, siri ini memastikan prestasi lancar dan tidak terganggu, memberikan pengguna pengalaman berbilang tugas yang cekap.

Siri vivo V30 dilengkapi dengan Paparan 120 Hz 1.5K AMOLED, memberikan pengalaman visual yang menakjubkan sesuai untuk hiburan. Paparan AMOLED ultra-jelas, bersama-sama dengan Skrin Melengkung 3D Struktur Kusyen dan kadar segar semula 120 Hz bagi memastikan visual yang lancar. Paparan kekal jelas dan senang dilihat walaupun dalam cahaya terang dengan adanya kecerahan 2800 nits yang mengagumkan. Di samping visual yang luar biasa, pengguna juga mendapat manfaat daripada perlindungan mata peringkat perdana, memastikan pengalaman menonton yang selesa dan menyeronokkan untuk tempoh yang lama.

Untuk prestasi maksimum, siri vivo V30 menampilkan Sistem Penyejukan Pintar Ultra Besar, menggabungkan ruang wap yang luas 3002 mm2 untuk pelesapan haba berbilang lapisan yang cekap. Dengan 11 penderia suhu terbina dalam peranti tersebut bagi pengesanan masa nyata, V30 cemerlang dalam senario yang mencabar, seperti permainan mudah alih, memberikan prestasi yang lancar dan stabil.

Selain itu, peranti ini menggabungkan struktur kusyen yang komprehensif untuk meningkatkan rintangan jatuh, melindungi semua komponen dalaman dan luaran. Kaca "Schott α" berprestasi tinggi memastikan kekuatan skrin yang luar biasa, manakala lensa kaca 2.5D modul kamera belakang dilindungi oleh bezel logam yang dinaikkan untuk perlindungan tambahan. Selain itu, bahan aloi mengukuhkan sudut peranti, mengekalkan integriti strukturnya. Dengan penarafan IP54 untuk rintangan habuk dan air, siri vivo V30 menawarkan ketahanan dan kebolehpercayaan yang dipertingkatkan.

Gabungan fesyen dengan universiti UCSI dan vivo Malaysia untuk siri vivo V30

vivo Malaysia telah memperkenalkan siri vivo V30 terbarunya dengan kerjasama universiti UCSI, di mana pereka muda mempamerkan pakaian bertemakan perkahwinan yang direka secara kreatif. Reka bentuk pakaian itu menggambarkan kepentingan Aura Light Portrait 3.0 dan mendapat inspirasi daripada reka bentuk seperti kelopak pada bahagian belakang telefon. Tema tersebut menonjolkan kepelbagaian warisan Malaysia, menekankan kerjasama vivo dengan pengaruh pelbagai budaya negara.

Malaysia adalah salah satu hab untuk bakat fesyen baru, vivo berdedikasi untuk mengenal pasti dan memupuk bakat yang bakal berjaya dalam industri ini. Kerjasama dengan universiti UCSI dan vivo Malaysia bertujuan untuk membawa fesyen Malaysia ke peringkat global. Pelancaran siri vivo V30 menyediakan platform untuk pereka muda universiti UCSI untuk mempamerkan bakat mereka, dengan model dengan yakin melangkah di landasan yang dihiasi dengan siri vivo V30 yang diinspirasikan dari segi estetik. Selebriti, influencer, media dan tetamu terpikat dengan gabungan inovatif fesyen dan teknologi dalam suasana bertemakan perkahwinan yang mempesonakan.


Daiyan Trisha, duta mempesonakan bagi siri vivo V30

Pada keluaran siri vivo V30 Kali ini, Daiyan Trisha dipilih sebagai duta. Menyerlahkan kecantikan dan personaliti yang menawannya, diekspresikan kepada rekaan siri vivo V30 yang anggun. Daiyan Trisha memaparkan keterujaan dalam kerjasama bersama jenama yang mementingkan nilai kreativiti, inovasi dan pengalaman yang hebat kepada pengguna.

Daiya Trisha mengutamakan reka bentuk yang menawan dan juga ciri yang canggih dalam pemilihan telefon pintar kegunaannya. Daiyan Trisha mengekspresikan rasa terujanya apabila beliau dikenalkan dengan siri vivo V30 yang bakal dilancarkan dalam warna Noble Black, Aquamarine dan Petal White. Petal White menjadi pilihan beliau kerana reka bentuk yang minimal, bergaya dan serba guna. Daiyan Trisha juga terpesona dengan teknologi Aura Light Portrait 3.0, dan sebagai seorang peminat fotografi, beliau memuji keupayaannya untuk mengubah potret biasa menjadi karya indah yang memukau.

Daiyan Trisha turut kagum dengan ciri Tiga Kamera ZEISS pada kamera utama vivo V30 Pro yang mampu memberikan pengalaman fotografi yang bagus tidak kira pada jenis keadaan pencahayaan. Sebagai duta siri vivo V30, Daiyan Trisha membawakan semangat dan minatnya dalam bidang teknologi yang terkini dan canggih. Kolaborasi ini bertujuan untuk memberi inspirasi kepada pengguna untuk menerokai sesuatu yang baharu dan merakam memori indah. Kerjasama ini mencorak semula

Selain itu, Kerjasama ini juga bertujuan untuk mencorak semula kecantikan dan teknologi canggih, menjanjikan sesuatu yang mengujakan dalam bidang telefon pintar yang tidak hanya berkesan di pasaran Malaysia, tetapi juga melepasi sempadan.

Harga dan ketersediaan siri vivo V30

Hari ini menandakan pelancaran siri vivo V30 yang dinanti-nantikan di Malaysia. Model vivo V30, untuk varian 12+256GB adalah berharga RM1,999 dan bagi varian 12+512GB, ia boleh didapati pada harga RM2,199. Manakala model vivo V30 Pro, dalam konfigurasi 12+512GB, ia berharga RM2,599.

Peminat vivo yang berminat boleh membuat pesanan awal untuk peranti ini, bermula dari 16 Mac 2024 yang didatangi dengan hadiah percuma dan promosi.

Berikut adalah maklumat tentang harga, pesanan awal, promosi dan ketersediaan siri vivo V30 :

Tarikh Pelancaran

13 Mac 2024

Tarikh Jualan Pertama

       vivo V30 : 16 Mac 2024

       vivo V30 Pro : 30 Mac 2024

Tarikh Pesanan Awal

13 Mac 2024

Tarikh Tawaran Istimewa

16 Mac 2024

Promosi Pesanan Awal

Pesan awal sekarang dan berpeluang untuk mendapat hadiah istimewa bernilai sehingga RM 769

       vivo TWS 3e

       vivo V30 Limited Gift Box

       vivo care 1+1* Extended Warranty

       vivo care 180 days Screen Protection

 

Pelanggan yang membuat pesanan awal pada 16 Mac 2024, di mana mana kedai konsep vivo, layak untuk mendapat naik taraf storan secara percuma bagi unit siri V30 secara  terhad yang bernilai sebanyak RM200. Tertakluk kepada terma dan syarat.

RRP

vivo V30 12+ 256GB pada harga RM1999

vivo V30 12+512GB pada harga RM2199

 

vivo V30 Pro 12+512GB pada harga RM2599


Ikuti perkembangan terkini dengan promosi terkini dan spesifikasi produk siri vivo V30 di laman web rasmi vivo Malaysia dan halaman facebook vivo Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

FIRETALK 2024 BY NOURUL DEPP KEMBALI SUNTIK MOTIVASI, UBAH MENTALITI